Tulis Komen Buruk Di Media Sosial Adakah Dianggap Ghibah



“Weyh, aku bukan nak cerita apalah, tapi kan Asma tu kan, dia selalu balik lewat malam.”
“Kau tahu tak Ali tu dah kahwin lagi dekat Siam.”
Bukan ini sahaja, malah banyak lagi dialog sebegini rupa yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian.
Kadang-kadang kita terdengar perbualan yang sebegini atau mungkin kadang-kadang perbualan itu datang kepada kita tanpa kita pinta.
Dalam sedar atau tidak, kita sebenarnya telah melakukan ghibah atau terpalit sekali dalam ghibah, iaitu ketika sekadar menjadi pendengar.
Apa itu ghibah dan apa pula hukumnya?
Banyak dalil yang telah dikemukakan Allah melalui kalamnya dan juga pesanan daripada Baginda SAW mengenai ghibah.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.” -(Surah Al-Hujurat, 49:12)
Para ulama’ mentafsirkan ghibah sebagai prasangka buruk dan menyebarkannya kepada orang lain. Malah, dalam dalil di atas juga, ia menyebut bahawa perbuatan mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain adalah termasuk dalam perbuatan awal ghibah.
Ghibah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud berkata-kata perkara yang buruk mengenai seseorang yang tidak ada di kalangan atau kumpulan tersebut.
Manakala, dari segi istilah, ia adalah perbualan di antara dua orang atau secara berkumpulan mengenai seseorang yang tiada di dalam kumpulan tersebut mengenai keburukan atau sesuatu yang tidak disukai. Ia adalah berbeza dengan menipu atau bercakap dusta kerana perbicaraan dalam ghibah adalah kebanyakannya benar.
Imam Nawawi Rahimahullah ada menyebutkan mengenai ghibah di dalam kitabnya al-Adzkar (hal.579) yang bermaksud:
“Ghibah adalah sesuatu yang amat buruk dan ia akan tersebar kepada ramai orang. Yang boleh selamat dari perbuatan ini hanyalah sedikit. Perbualan ghibah ini dibicarakan mengenai kebenaran yang ada pada seseorang namun ia adalah perbualan yang buruk dan tidak enak didengar. Sesuatu yang dibicarakan boleh jadi mengenai badan, agama, dunia, diri, akhlak, fizikal, harta, anak, orang tua, isteri, pembantu, kebodohan atau segala yang berkaitan dengannya. Cara ghibah boleh jadi melalui lisan, tulisan, isyarat atau bermain isyarat dengan mata, tangan, kepala atau seperti itu.”
Jumhur ulama’ telah meletakkan hukum haram dan ia adalah termasuk dalam dosa besar. Walau bagaimanapun, ada beberapa pendapat daripada ulama’ lain yang menghuraikan jenis-jenis ghibah yang tidak dijatuhkan hukum haram dalam Islam. Antaranya ialah:
#1 – Tadzalun, iaitu apabila berlaku penganiayaan.
#2 – Membantu untuk mencegah kemungkaran.
#3 – Meminta fatwa atau penerangan.
#4 – Untuk memberi peringatan mengenai sesuatu.
#5 – Sebagai tanda pengenalan.
#6 – Pelaku maksiat yang melakukannya secara terang-terangan.
Walau bagaimanapun, jika sekadar mengumpat untuk menyebarkan keburukan seseorang, itu adalah dikira dosa besar dan sebaiknya mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbuatan tersebut.
“Ouh, aku tak mengumpat, aku dengar sahaja apa yang dikatakan.”
Mungkin kita pernah berkata atau berfikiran begitu apabila berada di dalam situasi atau kumpulan mereka yang sedang mengumpat.
Kadang-kadang, kawan yang rapat datang menjengah untuk menceritakan perihal seseorang dan ada kalanya perbualan yang pada awalnya untuk kebaikan ada terpalit juga ghibah dan umpatan terhadap seseorang.
Adakah ia juga dikira ghibah dan akan mendapat ganjaran dosa yang sama dengan si tukang umpat tersebut?
Menerusi pendapat jumhur ulama’ dan beberapa pendapat dari golongan Mazhab Syafi’e ada menyebutkan bahawa, sama ada si tukang umpat atau yang mendengar umpatan tersebut, masing-masing akan mendapat dosa dan saham yang sama.
Oleh itu, elakkanlah daripada terjebak dengan dosa ini. Apabila didatangi orang atau kenalan untuk mengumpat, maka jauhilah atau cuba beredar dari tempat tersebut.
Bahaya Dosa Ghibah
Hal ini ada disebut melalui beberapa riwayat Rasulullah SAW, antaranya ialah:
حَسْبُكَ مِنْ صَفِيَّةَ كَذَا وَ كَذَا. قَالَ غَيْرُ مُسَدَّدٍ تَعْنِيْ قَصِيْرَةً. فَقَالَ : لَقَدْ قُلْتِ كَلِمَةً لَوْ مُزِجَتْ بِمَاءِ الْبَحْرِ لَمَزَجَتْهُ
Maksud: “Wahai Rasulullah, cukuplah menjadi bukti bagimu kalau Shafiyah itu memiliki sifat demikian dan demikian.”
Salah seorang periwayat hadis menjelaskan maksud ucapan ‘Aisyah bahawa Shafiyah itu orangnya pendek. Oleh kerana itu, Nabi SAW bersabda:
“Sungguh, engkau telah mengucapkan sebuah kalimat yang seandainya dicelupkan ke dalam lautan, maka ia akan merubahnya.” (Hadis Riwayat Sunan Abu Dawud no. 4875)
Mereka yang mengumpat juga adalah diibaratkan sedang memakan daging saudaranya sendiri dan ia adalah perbuatan yang jijik dan kotor.
Mafhum: “Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.” (surah Al-Hujurat, 49:12)
Dosa dengan Allah akan diampunkan olehNya, tetapi apabila kita berbuat dosa dengan manusia, kita perlu meminta ampun dari manusia itu sendiri. Pasti kita takut untuk membayangkan keadaan diri kita di Padang Mahsyar kelak jika tidak sempat untuk meminta keampunan di dunia. Nauzubillahhiminzalik.
Adakah Menulis Komen Buruk Di Media Sosial Juga Dikira Ghibah
Menerusi arus kemodenan dan diri yang diasak dengan pengaruh media sosial, kita cenderung untuk berhubung menerusi alam maya jika dibandingkan dengan perjumpaan di alam realiti.
Apabila berbual mengenai keburukan di dalam kumpulan perbualan seperti aplikasi WhatsApp, Messenger atau Telegram maka secara terang-terangan ia adalah dikira sebagai ghibah dan hukumnya adalah sama dan dikira berdosa.
Jika anda yang berada di dalam kumpulan perbualan tersebut dan secara tidak sengaja membacanya, maka ia adalah tidak mengapa. Namun, jika anda juga turut serta dalam menyebarkan aib dan mengumpat, maka ia adalah berdosa.
Namun, bagaimana pula jika kita meninggalkan komen yang buruk di ruangan media sosial seperti di posting Instagram atau Facebook, adakah ia juga dikira ghibah?
Menurut pendapat beberapa golongan agamawan, mereka mengatakan jika tulisan tersebut adalah mengenai keburukan dan tiada manfaat pun jika ditulis, maka ia adalah sama seperti ghibah.
Malah, jika sehingga mampu menimbulkan kekecohan dan menyebabkan ia kepada perbincangan yang membuka aib dan keterlaluan, ia juga dikira berdosa. Hal ini kerana, ia adalah sama dengan perbuatan menyebarkan aib terutamanya di ruangan yang terbuka atau umum.
Mafhum: “Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.” (Surah Al-Hujurat, 49:12)
Malah, melalui pandangan Imam Nawawi di atas ada juga dihuraikan mengenai ghibah dalam bentuk tulisan. Maka, jumhur ulama’ berpendapat bahawa ia adalah sama dengan situasi di media sosial.
Maksud: “Cara ghibah boleh jadi melalui lisan, tulisan, isyarat atau bermain isyarat dengan mata, tangan, kepala atau seperti itu.”
(KitabAl-Adzkar, hal.579)
Oleh itu, adalah lebih baik untuk tidak meninggalkan fitnah, ghibah dan aib di mana-mana ruangan atau perbualan, bimbang ia jua akan mendatangkan fitnah yang lebih besar. Wallahu a’lam.
Kesimpulan
Ghibah dan umpatan itu merupakan suatu dosa yang akan diampunkan oleh Allah jika manusia itu telah memberi kemaafan kepada kita.
Oleh itu, berusahalah untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara yang tidak berfaedah. Adalah lebih baik jika kita mendengar perkara yang baik-baik sahaja jika tidak mampu untuk mencegah mereka yang sedang dalam dosa ini.
يبصر أحدكم القذاة في أعين أخيه، وينسى الجذل- أو الجذع – في عين نفسه
Maksud: “Salah seorang dari kalian dapat melihat kotoran kecil di mata saudaranya, tetapi dia lupa akan kayu besar yang ada di matanya.” (Az-Zuhd war Raqaiq Ibnul Mubarak, 211)
Wallahu a’lam.
Rujukan: Rumaysho.com
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Tulis Komen Buruk Di Media Sosial – Adakah Dianggap Ghibah? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/tulis-komen-buruk-di-media-sosial-adakah-dianggap-ghibah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Kerap Upload Gambar Di Media Sosial Petanda Kurang Bahagia

Adakah Kerap Upload Gambar Di Media Sosial Petanda Kurang Bahagia

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 320 hits
Menurut pakar pasangan yang kelihatan sering update status yang menunjukkan saling bergurauan sesama sendiri di media sosial sering berkongsi komen dan selfie diri sendiri walaupun berada dalam situasi yang biasa biasa sahaja mungkin bermak...
Bayi Baru Lahir Ini Ditinggalkan Di Sebuah Surau Dengan Sekeping Nota Sehingga Menjadi Tular Di Media Sosial

Bayi Baru Lahir Ini Ditinggalkan Di Sebuah Surau Dengan Sekeping Nota Sehingga Menjadi Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 360 hits
Zuriat ini rezeki yang ditunggu tunggu oleh pasangan suami isteri terutama yang baru berkahwin Untuk mendapatkan anak ada yang senang dan ada pasangan terpaksa menunggu bertahun tahun untuk menimang cahaya mata Bayi Baru Lahir Ini Ditinggal...
Budaya Jaga Tepi Kain Orang Di Media Sosial Makin Menular

Budaya Jaga Tepi Kain Orang Di Media Sosial Makin Menular

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 407 hits
Hi korang Saje nak share dan simpan dalam blog ni as usual la ada yang DM SA kat ig ikutkan nak tayang jer sapa orang yang DM ni tapi korang tau kan SA ni jenis macam mana selalu biar je orang buat SA adakala kalau SA dah tak tahan sangat S...
Anggota Polis Cedera Diserang Isteri Selepas Melihat Gambar Ini Tersebar Di Media Sosial

Anggota Polis Cedera Diserang Isteri Selepas Melihat Gambar Ini Tersebar Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 1107 hits
The ReporterViral di media sosial gambar anggota polis dan orang awam membantu mengangkat seorang wanita selepas keretanya terbabit dalam kemalangan Dalam kejadian yang berlaku di Thailand itu kereta yang dipandu oleh mangsa dilaporkan terj...
Adakah Akibat Gila Rating Media Suka Melagakan Ph

Adakah Akibat Gila Rating Media Suka Melagakan Ph

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 271 hits
Permainan tajuk media akhir akhir ini Semuanya ke arah nak menjahanamkan PH Agak agak berapa juta nak tarik rating pembaca Yang nipis dan tohor mungkin percaya Padahal gambaran tak sbgaimana yang berlaku Adakah ianya benar
Viral Kakek Sebatang Kara Penjual Bubur Hidupnya Susah Hingga Keajaiban Media Sosial Terjadi

Viral Kakek Sebatang Kara Penjual Bubur Hidupnya Susah Hingga Keajaiban Media Sosial Terjadi

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 364 hits
Satu postingan di media sosial terkadang bisa mengubah hidup seseorang Seperti yang dilakukan seorang pria asal Bangkok bernama Max Udomsak ini Max Udomsak tergerak hatinya untuk mengunggah kisah kakek berusia 78 tahun penjual bubur yang hi...
Kasus Pelecehan Seksual Pada Anak Banyak Berawal Dari Media Sosial

Kasus Pelecehan Seksual Pada Anak Banyak Berawal Dari Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 224 hits
Kabagpenum Divisi Humas Polri Kombes Pol Asep Adi Saputra menyebut pelaku child grooming atau pelecehan seksual terhadap anak kerap dilakukan melalui media sosial Polri masih mengalami kendala dalam pengungkapan kasus ini secara tuntas lant...
Pernah Tular Di Media Sosial Kini Ke Kaca Televisyen Kisah Mowgli Malaysia Akhirnya Jadi Telemovie

Pernah Tular Di Media Sosial Kini Ke Kaca Televisyen Kisah Mowgli Malaysia Akhirnya Jadi Telemovie

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 327 hits
Mohd Syukor Khamis nama yang pernah menggegarkan negara awal tahun ini apabila gambarnya bersama haiwan peliharaan memenangi Anugerah Istimewa dari bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik Malah bukan sahaja menjadi sebutan di negara ini te...
Ucapan Dan Pantun Raya Aidilfitri Yang Menarik Dan Seronok Untuk Dikongsi Di Media Sosial

Ucapan Dan Pantun Raya Aidilfitri Yang Menarik Dan Seronok Untuk Dikongsi Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 437 hits
Salam 1 Syawal dan selamat hari raya aidilfitri Buat sesiapa yang membaca perkongsian saya kali ini dan sedang mencari ucapan dan pantun raya aidilfitri yang
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran