Tular Penemuan Rumpai Invasif Doa Seru Orang Ramai Buat Laporan


Tular Penemuan Rumpai Invasif, DOA Seru Orang Ramai Buat Laporan
Baru-baru ini tular di media sosial penemuan sejenis rumpai pendatang yang mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang menyentuhnya.
Susulan itu, Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) mengeluarkan kenyataan berkenaan rumpai tersebut yang dikenali sebagai Rumpai Miang Mexico atau nama saintifiknya, Parthenium hysterophorus.
Menurut DOA, rumpai tersebut mungkin kelihatan seakan-akan ulam raja. Rumpai berbahaya ini diketahui berasal dari Mexico.
Kerajaan India menggelarnya sebagai “rumpai paling dahsyat abad ini”.
“Ia telah merebak ke lebih 30 negara seperti Australia, India, Vietnam dan beberapa negara di Afrika.
“Di Malaysia, rumpai ini diwartakan sebagai perosak berbahaya di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981.
“Penyebarannya mudah berlaku melalui bijirin, jerami, biji benih, ternakan, kenderaan dan jentera yang tercemar.
“Rumpai ini mampu hidup sepanjang tahun, tumbuh agrsif walaupun dengan cahaya minimum serta menghasilkan sehingga 100,000 biji benih setiap kitaran, malah benihnya boleh kekal dorman dalam tanah hingga 10 tahun,” maklum DOA.
Jabatan berkenaan turut menjelaskan bahawa rumpai berkenaan menimbulkan ancaman besar terhadap keselamatan makanan berikutan ia mengeluarkan bahan kimia allelopathic yang menghalang percambahan tanaman seperti sayuran, bijirin, pastura dan pelbagai spesis pokok.
“Di Queensland, Australia, kerugian industri ternakan dianggarkan mencecah USD16.5 juta setahun akibat kehilangan padang ragut dan kos kawalan.
“Rumpai ini turut memberi kesan kesihatan kepada manusia dan haiwan seperti alergi kulit, asma, dan hay fever. Kes sedemikian turut dilaporkan di Negeri Sembilan.
“Beberapa langkah kawalan boleh dilaksanakan termasuk mencabut dan memusnahkan rumpai pada peringkat awal sebelum ia berbunga dengan memakai sarung tangan dan pakaian perlindungan bagi mengelakkan sentuhan langsung,” katanya lagi.
Kawalan rumpai di kawasan kediaman Dalam pada itu, DOA turut memberi petua bagi mereka yang menemui rumpai ini di kawasan rumah.
“Larutan air garam pada nisbah satu kilogram garam dalam empat liter air boleh digunakan untuk merencatkan pertumbuhan rumpai ini.
“Menurut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, tuan tanah bertanggungjawab melaporkan kewujudan perosak berbahaya termasuk Rumpai Miang Mexico kepada Jabatan Pertanian berdasarkan Seksyen 11.
“Di bawah Seksyen 12(1), Pengarah atau Ketua Pengarah Pertanian boleh mengeluarkan notis bertulis mengarahkan kerja-kerja kawalan dilaksanakan, manakala Seksyen 12(3) memperuntukkan bahawa semua kos kawalan ditanggung oleh tuan tanah.
“Seksyen 19A pula memperuntukkan dedan sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya jika gagal mematuhi notis kawalan,” jelas DOA lanjut.
Sehubungan itu, pihak DOA menyeru orang ramai yang mengesan Rumpai Miang Mexico di kawasan masing-masing supaya segera membuat laporan di Pejabat Pertanian berhampiran.
BACA: Lebih 500 Sekolah Di Wilayah Sempadan Kemboja Ditutup Akibat Pertempuran Dengan Thailand BACA: Aceh Berdepan Wabak Penyakit Selepas Bencana Banjir Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)
The post Tular Penemuan Rumpai Invasif, DOA Seru Orang Ramai Buat Laporan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/10/tular-penemuan-rumpai-invasif-doa-seru-orang-ramai-buat-laporan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa 29 November 2025

Doa 29 November 2025

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 157 hits
Ya Allah tenangkan hati kami dalam doa meski dunia penuh bising
Doa Di Hujung Nyawa Kisah Seorang Pesakit Seorang Doktor Dan Hidayah Yang Perlahan Menyapa

Doa Di Hujung Nyawa Kisah Seorang Pesakit Seorang Doktor Dan Hidayah Yang Perlahan Menyapa

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 138 hits
Doa di Hujung Nyawa Kisah Seorang Pesakit Seorang Doktor dan Hidayah yang Perlahan Menyapa Doa di Hujung Nyawa Kisah Seorang Pesakit Seorang Doktor dan Hidayah yang Perlahan Menyapa Kadang kadang hidayah tidak datang melalui kata kata lanta...
Pempengaruh Danny Evans Dilapor Buta Sebelah Mata Netizen Titip Doa Sokongan

Pempengaruh Danny Evans Dilapor Buta Sebelah Mata Netizen Titip Doa Sokongan

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Tular di laman sosial selepas pengguna TikTok Nurnasha berkongsi sebuah video memaparkan keadaan kesihatan pempengaruh popular Danny Evans yang dilaporkan semakin merosot Dalam video tersebut Danny kelihatan lemah dan doktor me...
Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 260 hits
Pagi ni bangun subuh rasa sejuk betul Seremban dari malam tadi hujan sampai ke pagi ni agaknya Tengok media sosial kawasan PD ribut kuat Johor dan Melaka pun sama hujan dan angin kuat Semalam MET Malaysia pun ada buat sidang akhbar supaya a...
Assalam Buat Bos Mara Azhar Sulaiman Seru Asyraf Wajdi Berkenaan Konflik Rita Rudaini Dan Muafakat Mrsm

Assalam Buat Bos Mara Azhar Sulaiman Seru Asyraf Wajdi Berkenaan Konflik Rita Rudaini Dan Muafakat Mrsm

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 153 hits
Pelakon Azhar Sulaiman menarik perhatian ramai apabila tampil memberi pandangan berhubung isu pemilihan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA yang kini hangat diperkatakan susulan kemelut antara pelakon Rita Rudaini dan pihak pengurusan MUAFA...
Doa 1 Disember 2025

Doa 1 Disember 2025

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 168 hits
Ya Allah buka bulan ini dengan rahmat Mu dan jadikan ia penutup tahun yang penuh berkah
Ulasan Buku Wirid Dan Doa Selepas Solat

Ulasan Buku Wirid Dan Doa Selepas Solat

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 183 hits
Buku Wirid dan Doa Selepas Solat terbitan Naseehat Holding Sdn Bhd merupakan panduan ringkas dan bermanfaat untuk memperkukuh amalan zikir dan doa harian selepas solat fardu Ia sesuai untuk semua peringkat usia dan latar belakang Isi Kandun...
Doa 4 Disember 2025

Doa 4 Disember 2025

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 152 hits
Ya Allah jadikan setiap usaha kami bernilai pahala meski kecil pada pandangan manusia
Selama 16 Tahun Saya Melihat Kebaikannya Zizie Izette Mohon Doa Kesihatan Bung Moktar

Selama 16 Tahun Saya Melihat Kebaikannya Zizie Izette Mohon Doa Kesihatan Bung Moktar

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 135 hits
Isteri yang juga bekas aktres Zizie Izette menarik perhatian ramai apabila memuat naik hantaran menyentuh hati mengenai keadaan suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin yang kini dilaporkan menerima rawatan di hospital Menerusi hantaran terseb...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selasa Dak Jasmine

Lirik Lagu Terang Bulan Zamzuriah Zahari

Siapakah Ahmed Al Ahmed Wira Yang Menyelamatkan Nyawa Dalam Serangan Tembakan Sydney

Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec