Tukar Tayar Kereta Di Hotel Dashbox Cyberjaya


Semalam Mummy pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan kesihatan susulan. Mummy pergi naik GRAB kereta Proton Persona pada waktu makan tengahari.
Aina pula tinggal di rumah pengasuh, jadi semalam sebaik sahaja Master habis kerja, Master terus pergi jemput Aina di rumah pengasuh.
Mummy pula menanti ketibaan kawan beliau yang bekerja di Cyberjaya menjemputnya untuk makan malam. Tempat mereka makan malam ialah di Dashbox Hotel Cyberjaya.
Laluan yang Master ambil kali ini adalah Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya atau lebih dikenali dengan Maju Expressway atau MEX. Pemanduan agak lancar, kami berhenti sebentar di hentian RNR Seri Kembangan untuk membetulkan posisi duduk Aina yang mula meronta nak keluar daripada car seat.
Kami tiba di Dashbox Hotel pada waktu Maghrib. Sebaik sahaja turun kereta kedengaran bunyi seperti tekanan udara panas dikeluarkan daripada paip. Apabila diamati semula rupa-rupanya ia adalah bunyi angin keluar daripada tayar kereta Proton Persona transmisi manual kami.
Master pergi memeriksa tayar kereta sebelah penumpang depan di mana bunyi itu kuat kedengaran dan mendapati bahawa tayar tersebut telah koyak. Baru sahaja Master meminta Tedi memeriksa senarai harga tayar kereta 15 inci untuk dijadikan panduan sebelum menukar tayar kereta Proton Persona kami pada hari Sabtu nanti, tapi ia telah koyak terlebih dahulu. Nasib baik juga ia tidak hancur terus mungkin kerana Master memandu perlahan disebabkan Aina ada di hadapan dan tiba-tiba Master terbayangkan di bahagian penumpang kiri itulah kereta Proton SAGA BLM kami ditembusi divider.
Sebenarnya telah beberapa kali Master memeriksa tayar tersebut dan Master rasa hari Sabtu ini adalah hari yang paling sesuai untuk menggantikannya.
Master bawa Aina menemui Mummy di Mya Cafe di Dashbox Hotel tersebut, kemudian Master pergi menunaikan solat Maghrib. Surau di Dashbox Hotel agak selesa cuma nampak terabai sedikit, macam tiada orang guna.
Selesai menunaikan solat Maghrib, Master membawa Aina berjalan-jalan di sekitar kawasan Dashbox Hotel tersebut. Suasana di sana memang agak bagus untuk mereka yang suka bergambar kerana hiasan luarannya lain daripada yang lain. Master bawa Aina pergi melihat kolam renang yang mempunyai gelongsor di mana kita boleh gelongsor dari tingkat satu masuk ke dalam kolam renang tersebut.
Bilik-bilik di Dashbox Hotel menggunakan kontena kapal, kelihatannya macam itulah, tak tahulah jika ia adalah rekaan semata.
Aina sibuk menarik Master naik tangga turun tangga naik tangga turun tangga lagi. Ada seekor patung arnab besar berwarna hijau memakai headphone di tengah laman di depan kolam renang tapi Aina takut dengannya. Jika tidak, bolehlah suruh Aina berposing dengan patung arnab gergasi tersebut.
Selepas Mummy siap makan malam dan solat Maghrib, Master memulakan kerja-kerja menukar tayar kereta yang koyak tadi. Mungkin juga tayar kereta kami itu tidak berderai kerana ia tayar Continental. Jadi penerimaan terbaru ini agak menggugat keyakinan Master untuk beralih kepada tayar kereta jenama lain.
Kerja menukar tayar kereta kali ini terasa mudah sebab ada spanar berbentuk X, terasa senang sahaja membuka nat tayar kereta tanpa perlu menggunakan banyak tenaga. Selalu Master struggle juga nak buka nat tayar. Selain spanar X, ada cadangan supaya kita membawa batang paip besi yang boleh dimasukkan hujung spanar ke dalamnya kerana semakin panjang spanar maka semakin kurang daya diperlukan untuk membuka nat tayar kereta. Mungkin spanar X mempunyai daya yang lebih untuk memusingkan nat tayar kereta kerana kita boleh menggunakan dua belah tangan pada dua arah berlainan.
Selain itu jack yang ada juga mempunyai pemutar yang sangat mesra pengguna seolah-olah direka oleh seorang pembuka tayar profesional.
Alat terakhir yang membantu kerja-kerja penggantian tayar kereta Proton Persona Elegance 2009 itu ialah pam tayar kereta yang dibeli di Mr DIY, walaupun murah dan nampak koman, ia telah berjasa sekurang-kurangnya tiga kali setakat ini iaitu sekali semasa tayar kereta Subaru XV pancit di Kelantan, sekali semasa tayar kereta Mak Su Izati pancit di rumah kami, dan ini kali ketiga.
Berikut adalah langkah-langkah diambil Master semasa menukar tayar kereta:
1. keluarkan tayar spare kereta
2. letakkan tayar spare kereta di bawah kereta, sebagai alas jika jack terbalik dan sebagainya, tinggalkan sedikit ruang yang muat-muat jack. Posisi jack ialah di tengah di antara tayar kereta yang nak digantikan dan tayar ganti.
3. letakkan jack di bawah kereta (di sebelah tayar spare tadi).
4. angkat kereta sedikit gunakan jack, pastikan tayar masih cecah tanah
5. buka nat tayar
6. angkat kereta gunakan jack sehingga tayar kereta tidak mencecah tanah
7. cabut tayar kereta, jika agak sukar boleh guna teknik tolak tarik (macam goncang tayar kereta tu), tapi jangan ganas sangat nanti terbalik kereta, dan jangan sopan sangat.
8. keluarkan tayar spare dari bawah kereta, gantikan dengan tayar yang dicabut tadi.
9. pasang tayar spare, jangan terus ketatkan nat sebaliknya pusing keempat-empat nat sedikit demi sedikit supaya tidak senget.
10. turunkan tayar sehingga mencecah tanah.
11. ketatkan semua nat, boleh pijak spanar, tapi jangan ganas sangat.
12. pam tayar ganti jika kurang angin. Tekanan angin maksimum untuk tayar ganti kereta Proton Persona ialah 60 PSi.
Master jangkakan pemanduan akan jadi tidak selesa kerana tayar ganti Proton Persona ni kecil, lebarnya separuh lebar tayar sebenar, macam tayar motosikal saja rupanya. Tetapi selesa juga memandu menggunakan tayar ganti tersebut, cuma harus waspada kerana kelajuan maksimum dibenarkan ialah 80 kilometer sejam.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://interpretzz.blogspot.com/2019/02/tukar-tayar-kereta-di-hotel-dashbox.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tayar Kereta Profil Rendah

Tayar Kereta Profil Rendah

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 476 hits
Karangan kali ini adalah kajian tentang tayar profil rendah bersempena dengan cadangan Master untuk menukar profil tayar kereta Proton Persona Elegance daripada saiz 60 kepada 55 Apakah itu profil tayar Profil tayar adalah ketinggian bahagi...
Tewas Tersambar Kereta Api Mimpi Sukirjo Beli Sapi Pun Kandas

Tewas Tersambar Kereta Api Mimpi Sukirjo Beli Sapi Pun Kandas

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 241 hits
Saat melintasi perlintasan tanpa palang di Gancahan teman korban Pawiro sempat turun dari sepeda motor yang dikendarai oleh korban Saat turun itu Pawiro sempat menasehati korban bahwa akan ada kereta yang lewat Namun kata Herry nasehat dari...
Pakej Percutian Ke Lombok Dengan Traveloka Pakej Kombo Flight Hotel Sangat Menarik Dan Menguntungkan

Pakej Percutian Ke Lombok Dengan Traveloka Pakej Kombo Flight Hotel Sangat Menarik Dan Menguntungkan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 344 hits
Seri Wangi dah lama tak makan angin jauh jauh nampaknya Seri Wangi nak berjalan jauh pulak tengok negeri orang bersama cik abang tersayang Honeymoon kata orang Haaaa jangan nak muntah pulak Uoll rasa kat mana yang best nak bercuti dengan ya...
Harga Tiket Kereta Api Bukit Bendera Naik Rm2 Untuk Dua Hala

Harga Tiket Kereta Api Bukit Bendera Naik Rm2 Untuk Dua Hala

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 462 hits
PERBADANAN Bukit Bendera Pulau Pinang akan menaikkan harga tiket untuk perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera bermula 1 April ini Pengurus Besarnya Cheok Lay Leng berkata tiket laluan normal untuk dewasa kanak kanak dan ...
Pemandu Gemar Lakukan 4 Kesilapan Ini Tanpa Sedar Sebab Itu Gearbox Kereta Auto Cepat Rosak

Pemandu Gemar Lakukan 4 Kesilapan Ini Tanpa Sedar Sebab Itu Gearbox Kereta Auto Cepat Rosak

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 450 hits
Kereta ni kita nak pakai lama jadi mesti lah kena jaga dengan baik Tapi ada orang bila dapat kereta je dia akan jaga baik baik lepasa beberapa tahun dibiarkan macam itu je Maintenance dan service pun sudah jarang sekali lakukan Artikel kali...
Ops Tahun Baru Cina Jpj Sabah Guna Kereta Motosikal Peronda Dilengkapi Kamera

Ops Tahun Baru Cina Jpj Sabah Guna Kereta Motosikal Peronda Dilengkapi Kamera

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 438 hits
Bernama JPJ Sabah juga membekukan semua cuti pegawai dan anggota di Bahagian Penguatkuasaan sepanjang operasi tersebut yang dilaksanakan sejak Sabtu lepas hingga 12 Feb ini KOTA KINABALU Jabatan Pengangkutan Jalan Sabah menggunakan kereta d...
Dua Sahabat Nyaris Maut Kereta Rempuh Lori Bawa 2 000 Ekor Ayam

Dua Sahabat Nyaris Maut Kereta Rempuh Lori Bawa 2 000 Ekor Ayam

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 343 hits
Astro Awani Kedua dua sahabat yang berusia lingkungan 20 an itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bandar Al Mukhtafi Billah Shah selepas makan malam DUNGUN Dua sahabat nyaris maut apabila kereta mereka naiki merempuh sebuah lori...
Pemkot Bandung Segel Hotel Sheo Ciumbuleuit Bandung

Pemkot Bandung Segel Hotel Sheo Ciumbuleuit Bandung

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 452 hits
Pemerintah Kota Bandung menyegel sebuah hotel bintang empat Hotel Sheo di Jalan Ciumbuleuit Kamis Hotel ini telah melanggar perizinan yang diatur dalam Perda Nomor 7 Tahun 2012 tentang Penyelenggaraan Kepariwisataan
Encore Melaka X The Pines Melaka Hotel

Encore Melaka X The Pines Melaka Hotel

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 355 hits
Ada ke yang merancang bercuti ke Melaka Ada kempen menarik Campaign Period20 Feb 2019 28 Feb 2019Encore Melaka x The Pines HotelBook Your Package To Kuala Lumpur and MelakaAnd Get The Lowest Price On Encore Melaka PackagePackage Includes 1 ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan