Tukar K Jaan Bukan Rampaskuasa Tapi Mesti X Dap


 

Tukar k’jaan diizinkan Perlembagaan, bukan rampasan kuasa
KUALA LUMPUR: Pertukaran kerajaan adalah tindakan perubahan yang diizinkan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana sistem demokrasi diamalkan negara ini, demikian pandangan Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.

Tegas beliau, oleh itu perkara tersebut bukanlah suatu tindakan pengkhianatan atau durhaka terhadap Kerajaan Yang di-Pertuan Agong atau rakyat sendiri, sekiranya dilakukan mengikut proses yang menepati undang-undang negara.


Menurutnya, kerajaan bertukar tangan bukan hanya dalam PRU, tetapi juga boleh berlaku semasa dalam penggal pemerintahan kiranya Perdana Menteri (PM) atau Menteri Besar (MB) telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan. 
Jelas beliau, apabila ini berlaku, PM perlu meletak jawatan atau memohon perkenan Agong membubarkan Dewan bagi diadakan PRU, namun Tuanku punya kuasa menerima atau atas budi bicara melantik seorang PM baru yang pada hemat Baginda mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan

“Perlu diingat dalam kes Dewan Rakyat, semua 222 Ahli Dewan telah mengangkat sumpah setelah memenangi pilihan raya di Parlimen masing-masing. Menerusi pilihan raya, rakyat telah mewakilkan suara mereka kepada Ahli-ahli ini untuk dibawa sepanjang penggal lima tahun ke Dewan Rakyat

“Justeru segala tindakan dan sikap Ahli-ahli Dewan di Parlimen termasuklah tindakan mereka menarik atau menyokong sebenarnya mewakili suara rakyat yang mengangkat mereka. Rakyat yang marah atau tidak berpuashati bolehlah bertindak menolak mereka tadi dalam PRU berikutnya

“Tindakan perubahan seperti ini, dengan cara menarik sokongan atau memberi sokongan kepada PM baru bukanlah suatu ‘rampasan kuasa’ atau ‘coup d’état’ sebagaimana biasa berlaku di negara-negara lain,” jelas beliau

Terangnya, rampasan kuasa merujuk kepada tindakan pengambil-alihan kuasa melalui kekerasan yang lazimnya dengan campur tangan tentera atau seumpamanya di mana perubahan seperti ini tidak pernah berlaku dalam Malaysia

Pun demikian beliau sedar dan mengakui bahawa sudah pastilah pihak yang bakal kehilangan kuasa akan menjadi panik dan bertindak sedaya upaya mungkin bagi mempertahankan kedudukannya. 
“Namun jika berlaku juga melalui proses undang-undang, semua pihak perlu menghormatinya kerana ia perlu datang dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Tidak perlulah mengembar-gembur kononnya pihak yang mahu bawa perubahan itu sebagai antinasional, mahu sabotaj ekonomi negara atau umpamanya. 
“Sedangkan perkara asasnya adalah bahawa Perdana Menteri perlu memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan. Kiranya sokongan tadi telah tiada, sebaiknya sebagaimana amalan dalam negara kita mendepani proses seumpama ini, PM yang hilang sokongan itu berundurlah secara tertib demi menghormati undang-undang negara,” kemukanya

Menurut Roslan Shahir, seawal 30  Oktober 1961 lagi perkara seumpama ini pernah berlaku di mana PAS telah hilang Kerajaan Negeri Terengganu kepada Perikatan dalam krisis politik selepas menang Pilihan Raya Pertama tahun 1959. 
Katanya, ketika itu usul undi tidak percaya telah dibawa terhadap MB PAS Terengganu, Allahyarham Mohd Daud Abdul Samad dan diterima, lalu Sultan telah melantik MB baru dari Perikatan yang ternyata memiliki majoriti baru di DUN Terengganu

Tambah beliau, perkara sama berlaku di beberapa negeri lain termasuklah Kelantan, Sabah, Melaka, Perak dan Kedah di mana ia bukannya sesuatu yang pelik atau luar biasa, tetapi berkali-kali pernah diterima dan diperakui dalam negara ini

Beliau melibatkan gegaran politik tersebut sebagai gempa yang memungkinkan Kerajaan Campuran Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) ketika baru melepasi usia setahun dan mengulangi ‘Langkah Sheraton’ tahun 2020 dahulu

Namun katanya, jika gempa di Jepun pada 1 Januari lalu mengorbankan nyawa, tetapi sebaliknya gempa politik tersebut seandainya berlaku, hanya memerlukan semua pihak untuk berlapang dada

Beliau turut mengulas pandangan seorang ahli akademik, Prof Wong Chin Huat yang menyifatkan kemungkinan itu sebagai fantasi politik yang sukar bertahan mengikut matematik mudah dan tidak masuk akal

Juga sinikal seorang pemimpin Umno yang pro-Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menolak langkah tersebut kerana mendakwa pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN) tidak kenal politik Sabah dan Sarawak

“Bolehlah masing-masing berhujah termasuk menidakkan kemungkinan perubahan ini, tetapi yang penting adalah sikap dan pendirian Ahli-ahli Dewan sendiri. Benar mungkin pimpinan Borneo pernah keluarkan kenyataan akan terus menyokong Kerajaan PH-BN ini bawah PM-10. 
“Tetapi itu tidak mutlak kerana ini politik, dan politik di Malaysia kebelakangan ini cukup dinamik. Siapa berani menidakkan bahawa pimpinan di Sarawak contohnya memang tidak selesa dengan kehadiran DAP yang dilihat cukup ekstrem.  
“Beberapa pimpinan Umno yang kita tahu juga tidak selesa dengan DAP. Semuanya tidak stabil dalam PH-BN tetapi selama ini ia cuba disembunyikan. Walau mereka mengguna dan mengeksploitasi istilah Kerajaan Perpaduan, realitinya perpaduan sebenar tidak dan ia bukan rahsia lagi. 
“Tambahan dengan dominasi DAP dalam Kerajaan dengan 40 kerusi, semuanya menjadi tidak lancar. Biarlah pihak yang mendakwa mereka punya majoriti, membawanya dengan tertib melalui proses undang-undang yang ada. 
“Yang hilang majoriti pula tabah dan bersedia beralih bangku. Untung sabut timbul untung batu tenggelam, apapun pada Allah SWT kita berserah,” hujahnya. – HARAKAHDAILY 9/1/2024 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tukar k'jaan bukan rampaskuasa. Tapi mesti X DAP!
Lihat komen ini..
(i) ‘Kerajaan yang ditubuhkan mestilah tanpa DAP…’Mohd Zai Mustafa
KUALA LUMPUR: “Kerajaan yang ditubuhkan mestilah tanpa DAP, kerana mutakhir ini dilihat pemimpin mereka terlampau rakus mencampuri urusan hal ehwal orang Islam di negara ini.”Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata demikian sambil menambah, UMMAH dan gabungan NGO Islam amat menyokong sekiranya berlaku peralihan kerajaan secara demokrasi 
[Sila log in atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya


(ii) Pemuda PAS sertai Sidang Antarabangsa di Pakistan

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menyertai Persidangan Pemuda Antarabangsa anjuran Jamiat e-Talaba yang berlangsung di Karachi, Pakistan pada 29 dan 30 Disember baru-baru ini.
Delegasi diwakili Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Mohd Imran Md Ishak dan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim. 
Turut serta adalah Ahli Jawatankuasa Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Bazli Md Yusoff pada Persidangan yang dikendalikan bersama Persekutuan Pertubuhan Pelajar Islam Antarabangsa (IIFSO)

Para peserta dalam persidangan selama dua hari tersebut telah mengikuti pembentangan disampaikan Ahli Majlis Eksekutif Kesatuan Ulama Palestin, Dr Ibrahim Muhanna membicarakan tajuk ‘Islam dan Krisis Dunia Moden’. 
Juga dari bekas Presiden Jamaat Islami Lubnan, Dr Azzam Ayubi bertajuk ‘Masa Depan Politik Islam Dalam Dunia Islam’, selain pembentangan dari pensyarah Hubungan Antarabangsa, Universiti Qatar, Dr Muhammad Mukhtar Al-Shanqiti

Pembentang lain adalah Amir Jamaat Islami Kashmir, Dr Mushtaq Ahmad, manakala dalam Forum Al-Quds empat panelis ditampilkan dengan masing-masing berkomentar memberi dukungan kepada Palestin

Mereka ialah pemimpin HAMAS, Dr Khalid Qaddumi dan Pengarah Hubungan Antarabangsa Jamaat Islami Pakistan, Asif Luqman Qazi serta Naib Ketua Pemuda HAMAS, Dr Ashraf Awad dan Setiausaha Agung IIFSO, Dr Faisal Mustafa Pervaiz

Para panelis antara lain sepakat untuk meneruskan kempen boikot produk sebagai salah satu senjata ampuh yang kini turut didukung masyarakat bukan-Muslim bagi melemahkan kekuatan Israel

Mohd Imran turut diberikan peluang menyampaikan ucapan di majlis perasmian penutup di hari akhir persidangan yang disempurnakan sendiri oleh Amir Jamaat Islami Pakistan, Syeikh Sirajul Haq.  
Presiden Jamiat e-Talaba, Shakeel Ahmed sebagai mewakili sayap kemahasiswaan Jamiat Islami Pakistan iaitu gerakan Islam terbesar di negara itu begitu menghargai penyertaan perwakilan dari 30 pertubuhan negara Islam

Malah, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sangat tidak asing bagi Jamiat Islami yang diasaskan oleh Syeikh Abul A’ala Al-Maududi di mana mantan Amir Jamaat Islami, Almarhum Qazi Hussin Ahmed merupakan rakan karib beliau. – HARAKAHDAILY 3/1/2024  
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.








Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir.. 
1. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...2 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?4. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..5.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++6. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..7. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?8. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...9. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..10. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...11. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/01/tukar-kjaan-bukan-rampaskuasa-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Bersih Dan Stabil Ni Mesti Negeri Dap Kan

Contoh Bersih Dan Stabil Ni Mesti Negeri Dap Kan

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 245 hits
MMMSPelik juga clue litar lumba dan projek loji takungan air macam pernah dengar Apa apa pun kita karaoke dulu hanya liberal sahaja yang tak suka karaoke ALOR SETAR Empat individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif dan dua wakil perun...
Lalat Mesti Banyak Waktu Siang Tapi Malam Tiada Ini Sebabnya

Lalat Mesti Banyak Waktu Siang Tapi Malam Tiada Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 275 hits
Lalat lebih aktif pada siang hari kerana beberapa faktor yang paling penting adalah suhu dan cahaya Di bawah ialah penjelasan beberapa sebab mengapa lalat lebih aktif pada siang hari 1 Suhu Lalat secara amnya memerlukan suhu panas untuk akt...
Pertama Kali Tukar Main Switch Key Fz150i Tapi Tak Menjadi

Pertama Kali Tukar Main Switch Key Fz150i Tapi Tak Menjadi

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 151 hits
Sebelum video ini dibuat berlaku satu kisah mendebarkan semasa aku habis selesai mengisi minyak motor di Stesen Minyak Petronas Serdang Nak dijadikan cerita aku nak tutup tangki minyak tapi pulas punya pulas tak boleh Lubang kunci tangki da...
Anak Suka Melawan Ibu Bapa Hilang Sabar Ini Fakta Mesti Ambil Tahu

Anak Suka Melawan Ibu Bapa Hilang Sabar Ini Fakta Mesti Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 232 hits
Bila yang masih dibangku suka melawan bukan sahaja jadi hilang sabar tetapi juga sedih yang dijaga dengan penuh kasih sayang akhirnya mula bercakap menyakitkan hati selain menunjukkan perlakuan yang menguji kesabaran Anak Suka Melawan Ibu B...
Mesti Ditamatkan Shamsul Iskandar Adu Langkah Dubai Ke Polis

Mesti Ditamatkan Shamsul Iskandar Adu Langkah Dubai Ke Polis

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 118 hits
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat gerakan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim Shamsul Iskandar berkata laporan itu dibu...
Anak Isteri Terjaga Ciri Ciri Suami Tip Top Rumah Tangga Mesti Aman Bahagia

Anak Isteri Terjaga Ciri Ciri Suami Tip Top Rumah Tangga Mesti Aman Bahagia

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 176 hits
Tak perlukan suami yang kacak cukup hanya seorang suami yang mampu jalankan tanggungjawabnya membimbing isteri dan anak ke jalan Allah dan menyediakan kelengkapan cukup sempurna sebagai tanggungjawab dan amanah hidupnya Itu kemahuan seorang...
Resipi Nuget Nasi Homemade Mewah Dengan Khasiat Ayam Sayur Anak Anak Mesti Suka

Resipi Nuget Nasi Homemade Mewah Dengan Khasiat Ayam Sayur Anak Anak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 262 hits
Resipi nuget nasi homemade sesuai untuk anak anak yang susah makan nasi Biasanya pilihan anak yang mudah adalah nuget tapi kali ini kita olah jadi makanan yang sihat Jika tengok anak jenis suka makan nuget apa kata tukarkan versi nuget siha...
Umno Diminta Kaji Semula Kerjasama Dengan Dap

Umno Diminta Kaji Semula Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 150 hits
PETALING JAYA Umno perlu mengkaji kerjasama dengan DAP jika serius mahu menawan semula Terengganu bukan sekadar melantik empat penasihat kata veteran yang juga bekas pemimpin Abdul Rahman Bakar Beliau berkata keputusan melantik tiga bekas m...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini