Tukar Bateri Dan Skrin Smartphone Sendiri Waktu Pkp 1 0
Kalau ikutkan apa yang aku nak ceritakan sekarang sepatutnya aku publish waktu selepas habis PKP 1.0 pada tahun lepas. Disebabkan malas dan banyak kerja disamping dah tak ada minta nak menulis, aku cuma tangkap gambar sahaja dan buat draft.
Waktu PKP 1.0 bermula, seperti orang lain aku juga diperintahkan oleh pihak majikan untuk bekerja dari rumah. Benda yang aku paling risau adalah dari segi ketiadaan liputan internet yang bagus. Yang aku ada hanyalah mobile internet hotspot yang terhad. Aku terus naik taraf pelan internet aku yang lebih baik. Iaitu yang ada had kuota hotspot yang besar dan panggilan tanpa terhad.
Walaupun pihak ke semua telco di Malaysia baik hati beri 1GB data hotspot percuma tapi itu tak cukup untuk cover meeting online yang panjang. Tapi sekurangnya-kurangnya data hotspot asal tak digunakan sepenuhnya.
$ads={1}
Baca: Upgrade Plan Prepaid GX30 ke Postpaid P99
Mujurlah aku ada dua handphone, iaitu satu personal handphone dan satu lagi untuk kerja. Ini bukan majikan yang beri tetapi phone yang aku beli sendiri khas untuk kerja. Phone untuk kerja inilah yang aku jadikan sebagai modem untuk kongsi data internet dengan laptop.
Sepanjang bekerja dari rumah, phone yang dijadikan modem semakin hari semakin membuncit. Mana tidaknya waktu tengah buka hotspot bateri pula habis. Sambil hotspot sentiasa aktif, sambil tu charge bateri phone. Jadi itu yang membuatkan bateri phone rosak dan seterusnya jadi kembung. Sehinggakan skrin phone dah hampir nak tercabut.
Jadi aku pun cuba hubungi kedai atau orang perseorangan yang buat khidmat tukar bateri. Tetapi semua tak dapat nak berikan khidmat tukar bateri. Aku dah mula risau nanti tak pasal-pasal meletup pulak bateri phone kalau tak tukar.
Aku pun buat keputusan nak cuba sendiri tukar bateri phone yang dah kembung tu. Bateri aku beli di Shoppe. Yang bagusnya bateri dibekalkan sekali dengan tools. Dengan berbekalkan tutorial daripada Youtube aku pun tukar tanpa ada sebarang masalah. Senang sahaja nak buka bateri iPhone 5.
Cuba Tukar Bateri Phone Personal dan Tukar Bateri & Skrin Phone Ayah Aku
Bila dah keyakinan tu dah ada, aku beli pula bateri phone ayah aku yang dah lama membuncit. Tapi masa tukar bateri tu, aku tersilap cungkil bahagian skrin dan membuat aku terpaksa membeli skrin yang baharu.
Proses tukar skrin ni agak leceh sedikit berbanding dengan bateri. Aku kena transfer kamera depan dan juga sebagainya sebelum boleh pasang pada motherboard phone dan juga body phone
Disebabkan bekerja dari rumah, ada la duit lebih yang aku simpan daripada perbelanjaan kos minyak dan servis motor. Aku pun beli bateri baru untuk personal phone aku pula. Itu pun sama, dah kembung juga dan hampir-hampir je skrin nak tercabut.
Dalam keadaan terdesak, benda yang tak boleh buat sebelum ini pun boleh buat. So far, bateri dan skrin yang aku beli (bukan original) dari Shopee masih lagi dalam keadaan yang baik. Lepas ni dah tak perlu risau lagi kalau nak tukar bateri atau pun skrin. Boleh buat sendiri saja.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ariazir.com/2021/01/tukar-bateri-dan-skrin-smartphone.html