Tujuh Tahun Kahwin Fattah Amin Dedah Sikap Sebenar Fazura Di Rumah Tak Pernah Miss Senduk Nasi
Pelakon Fattah Amin mengakui isterinya, Fazura adalah satu dalam sejuta dan dia suami yang teramat bertuah kerana memiliki Fazura.
Menerusi Podcast bersama Pa&Ma, Fattah berkongsi kisah kehidupan bahagianya bersama isteri dan anak kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya.
Malah suami penyayang ini turut berkongsi sikap sebenar Fazura di rumah yang membuatkan dia terus jatuh hati hari demi hari.
“Sudah tujuh tahun dengan dia (Fazura), saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka hargai suami, bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya.
“Fazura ni dia seorang yang sangat menghargai suami dan orang sekeliling dia. Kalau birthday kawan-kawan dia celebrate, suami dekat rumah jangan cakaplah.
“Paling saya sangat-sangat terharu dia sangat murah hati dengan orang sekeliling dia.
“Saya sangat terinspirasi dengan Fazura sebab dia sangat ikhlas dan tak harapkan apa-apa balasan pun. Dan sebagai seorang suami, banyak sangat pengorbanan yang dia lakukan.
“Kalau ikutkan sebenarnya dia boleh duduk rumah, saya seorang je bekerja pun dah cukup tapi dia tetap nak bekerja dan buat bisnes sama-sama,” katanya berkongsi.
Tak miss senduk nasi untuk suami
Ketika ditanya mengenai diri Fazura sebagai isteri di rumah, Fattah mengakui isterinya adalah satu dalam seribu.
“Dekat rumah pula dia sebenarnya kalau saya duduk makan, dia tak pernah biarkan saya senduk nasi sendiri. Sebolehnya dia akan buatkan semua itu untuk saya.
“Dia tak nak saya sendukkan nasi, kalau boleh dia nak buat. Saya rasa dia one in million dan saya hargai layanan dia untuk saya.
“Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Apa yang dia buat selalunya lebih dari apa yang saya buat, atau untuk kawan-kawan dia jugak.
“Sebagai suami ni saya jenis tak kisah pun nak sendukkan nasi sendiri tapi dia everytime without miss, mesti dia ada. Walaupun dia dah makan, dia akan duduk sebelah saya. Saya rasa bertuah miliki dia,” tambah Fattah lagi.
Fattah juga tidak lokek berkongsi kisah Fatima yang banyak mengikut jejak ibunya terutama dalam soal bergaya.
Terdahulu Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Menarik: Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Tujuh Tahun Kahwin. Fattah Amin Dedah Sikap Sebenar Fazura Di Rumah, “Tak Pernah Miss Senduk Nasi” appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tujuh-tahun-kahwin-fattah-amin-dedah-sikap-sebenar-fazura-di-rumah-tak-pernah-miss-senduk-nasi/