Tujuh Pemuda Dap Hentam Syed Saddiq




Pemuda DAP membidas Syed Saddiq Abdul Rahman kerana menuduh beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) mendesak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berundur.
Dalam satu kenyataan bersama petang ini, tujuh pemimpin Pemuda DAP berkata Ketua Pemuda Bersatu itu tidak sepatutnya memberitahu orang lain memperbetulkan diri mereka.
Ini kata mereka, selepas serbuan polis terhadap penganjuran pesta dadah di sebuah kondominum yang turut melibatkan beberapa pemimpin Pemuda Bersatu baru-baru ini.
“Tengok siapa yang bercakap mahu memperbetulkan orang lain.
“Jika ada sesiapa yang perlu membetulkan diri mereka, ia adalah Syed Saddiq. Dia patutnya membetulkan sayap parti yang dia ketuai terlebih dahulu sebelum cuba menasihati orang lain,” kata mereka.
Pemimpin-pemimpin DAP itu juga mempertahankan orang-orang yang dibidas Syed Saddiq kerana didakwa melancarkan serangan tidak berhenti-henti pada Mahathir sehingga menyukarkan perdana menteri untuk mentadbir negara.
Baca: Syed Saddiq bidas sekutu Anwar asyik serang Dr M
“Syed Saddiq perlu baca kenyataan pemimpin itu sebelum mengulas mengenai isu itu. Dia juga menuduh pemimpin-pemimpin ini mendesak Mahathir meletak jawatan.
“Majoriti pemimpin yang disebut Syed Saddiq dalam kenyataannya tidak ada menyebut bahawa Mahathir perlu meletak jawatan serta-merta. Mereka hanya menyuarakan pandangan majoriti rakyat Malaysia.
“Rakyat Malaysia mahu peralihan kuasa secara aman tanpa kejutan. Pemimpin-pemimpin ini tidak kata Mahathir perlu segera meletakkan jawatan. Apa yang mereka minta ialah satu tarikh ditetapkan,”kata mereka.
Menurut tujuh pemimpin pemuda DAP berkenaan, tarikh peralihan yang ditetapkan dengan jelas akan menghapuskan kekeliruan ramai.
“Apa yang sukar bagi Syed Saddiq untuk faham? Syed Saddiq sendiri mengakui peralihan kuasa adalah sesuatu yang telah dibincangkan dan diputuskan oleh Majlis Presiden (Pakatan Harapan).
“Apa yang salah dalam meminta penjelasan dalam perkara ini? Komen mereka tidak lain hanyalah menyuarakan pendapat dan pandangan mereka, “kata tujuh pemimpin pemuda DAP berkenaan.
Mereka juga mendakwa Syed Saddiq, yang juga Menteri Belia dan Sukan, cuba mengalihkan perhatian daripada isu penangkapan beberapa anggota Pemuda Bersatu dalam serbuan membabitkan kes dadah baru-baru ini selain mengaitkan kenyataannya dengan pemilihan parti itu akan datang.
Antara yang ditahan dalam serbuan berkenaan ialah Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah dan seorang pegawai daripada kementerian Syed Saddiq.
“Oleh kerana pemilihan parti Bersatu makin hampir, kita dapat melihat kenyataan hero dari Syed Saddiq, yang sedang mempertahankan jawatannya,” kata mereka.
Mereka juga mengingatkan menteri berkenaan bahawa “orang-orang yang tinggal di rumah kaca tidak perlu membaling batu.”
Mereka yang menandatangani kenyataan bersama itu ialah Setiausaha Pemuda DAP antarabangsa, Satees Muniandy, Timbalan Ketua Chiong Yoke Kong, Setiausaha Eric Teh, Pengarah Pendidikan Politik Tan Tiong Yih; Setiausaha Penganjur Lee Wei Siang; bendahari Khoo Khim Han dan ahli jawatankuasa Woo Kah Leong dan Yu Ong Ching.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/22/tujuh-pemuda-dap-hentam-syed-saddiq/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Dap Bidas Syed Saddiq Hentam Pemimpin Ph Gesa Dr M Berundur

Pemimpin Dap Bidas Syed Saddiq Hentam Pemimpin Ph Gesa Dr M Berundur

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 334 hits
P Ramasamy DAP hari ini membidas Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman kerana menamakan dan memalukan beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang menggesa peralihan kuasa perdana menteri Ramasamy berkata wakil PH hanya meminta Perdana Mente...
Penerbit Filem Cabar Syed Saddiq Rebut Jawatan Ketua Pemuda Ppbm

Penerbit Filem Cabar Syed Saddiq Rebut Jawatan Ketua Pemuda Ppbm

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 258 hits
Razalif Mohd Zain menghantar borang pencalonan pemilihan PPBM hari ini GEORGE TOWN Penerbit filem yang juga ahli perniagaan Razalif Mohd Zain hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan ketua Pemuda PPBM i Bersatu Malaysia pada pemilihan p...
Syed Saddiq Tepis Dakwaan Pemuda Ppbm Tidak Beri Perhatian Pada Penyokong

Syed Saddiq Tepis Dakwaan Pemuda Ppbm Tidak Beri Perhatian Pada Penyokong

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 293 hits
Syed Saddiq PETALING JAYA Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman menepis kritikan segelintir pihak yang cuba memainkan sentimen pucuk pimpinan tidak beri perhatian terhadap kelab penyokongnya di luar negara Kelab Bunga Raya Syed Saddiq ...
Look Who S Talking Dap Youth Leaders Come Out Swinging At Syed Saddiq

Look Who S Talking Dap Youth Leaders Come Out Swinging At Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 256 hits
DAP Youth leaders have come out swinging at Syed Saddiq Syed Abdul Rahman for several Pakatan Harapan leaders of pressuring Prime Minister Dr Mahathir Mohamad to step down In a joint statement this afternoon seven DAP Youth leaders said aft...
Syed Saddiq Bidas Sekutu Anwar Asyik Serang Dr M

Syed Saddiq Bidas Sekutu Anwar Asyik Serang Dr M

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 362 hits
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas penyokong kuat dan mereka yang dianggap sebagai sekutu Anwar Ibrahim kerana terus menyerang perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Pemimpin kanan Bersatu itu berkata walaupun didesak dari pelbagai sudut M...
Syed Saddiq Lapor Polis Dakwaan Sertai Parti Dadah

Syed Saddiq Lapor Polis Dakwaan Sertai Parti Dadah

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 297 hits
January 20 2020 10 39 AMSyed Saddiq PETALING JAYA Pihak menteri belia dan sukan akan membuat laporan polis berhubung penularan cerita mendakwa menteri itu menyertai parti dadah dan akan mempertimbangkan tindakan undang undang terhadap pihak...
Kaitkan Isu Lain Tindakan 8 Pemuda Dap Bodoh Kebudak Budakan

Kaitkan Isu Lain Tindakan 8 Pemuda Dap Bodoh Kebudak Budakan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 301 hits
Ketua Pemuda Bersatu Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh membidas kenyataan lapan pemuda DAP terhadap ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ini selepas Syed Saddiq mendakwa beberapa pemimpin DAP yang merupakan sekutu Presiden PKR Anwar ...
After Drug Party Arrests Activist Demands Syed Saddiq S Ministry Come Clean On Contracts

After Drug Party Arrests Activist Demands Syed Saddiq S Ministry Come Clean On Contracts

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 257 hits
The Youth and Sports Ministry must state its dealings with the firm of a sports official who was among those arrested in a drug party involving the minister s aide activist Asheeq Ali Sethi Alivi demanded today The activist lawyer noted tha...
Cops Analysed Cctv Footage Of Syed Saddiq Papagomo Incident Court Told

Cops Analysed Cctv Footage Of Syed Saddiq Papagomo Incident Court Told

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 243 hits
The Kajang Magistrates Court was told today that police had analysed closed circuit television camera footage of an incident involving Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman and blogger Papagomo on nomination day for the Se...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids