Tugas Jaga Isteri Dalam Pantang Adalah Tugas Suami Kalau Nak Mak Ayah Jaga Sediakan 5 Benda Ini


Suami yang perlu jaga isteri dalam pantang bukan ibu ayah anda! Sudah menjadi kebiasaan, apabila dalam pantang ramai yang meminta bantuan dari ibu dan ayah untuk menjaga. Kalau nak ibu dan ayah anda jagakan, 5 perkara ni wajib anda sediakan. Ikuti perkongsian dari puan Intan.

Baca Selanjutnya:
“Alhamdulillah Berita Gembira Di Hari Mulia” DS Siti Nurhaliza “Excited” Menantu Selamat Bersalin

BERPANTANG DI RUMAH IBU BAPA
Saya mahu mengingatkan semua pasangan suami isteri, terutamanya saya yang menulis ini, rumah ibubapa bukanlah confinement place for free & bantuan mereka menjaga semasa berpantang pun bukanlah khidmat sukarelawan masyarakat, wahai anak-anak.
Ada ramai dari kita, hanya menjenguk kampung apabila mahu beranak semata, sebab mahukan penjagaan rapi semasa berpantang tanpa perlu mengeluarkan kos penjagaan ribu-ribuan. Astaghfirullah, moga Allah ampunkan kita kalau pernah berniat macam tu.
Lelaki sebagai suami & menantu.. ingatlah sebenarnya tanggungjawab menjaga isteri sepenuhnya atas bahumu. Ibubapa yang sukarela mahu menjaga anak perempuan mereka semasa berpantang perlu dihargai, diraikan tetapi bukan bermakna tempoh itu kamu boleh berlepas diri & bersenangan laksana bujang. Sedangkan di kampung, ibubapa yang uzur tadi terkial-kial mengangkat air panas buat isterimu mandi & hampir pitam mengendong anak kecilmu yang meragam dari malam hingga dinihari-setiap hari.
Hal berpantang jangan diambil remeh. Suami isteri perlu duduk berbincang dengan mak ayah tentang segala persediaan & keperluan yang patut dipersiapkan. Seperti ibu saya akan pesan pada suami saya untuk menyiapkan barang keperluan untuk dibawa ke hospital, barang untuk menguruskan uri dan sebagainya.
Jika suami jenis clueless, isteri mainkanlah peranan untuk ingatkan suami hal yang perlu dia ambil tahu, fikir & sediakan sebelum & semasa kita berpantang. Kadang suami ni bukan dia selfish melainkan dia tak terfikir hal remeh temeh yang bakal berlaku dalam tempoh itu. Mungkin kerana kurang membaca, kurang bertanya & mungkin juga terlalu ambil mudah. Terutamanya untuk kelahiran pertama.
Jadi para isteri untuk suami jenis begini, beritahu dia & ingatkan dia yang selain keperluan bayi, kita juga perlukan set berpantang, upah bidan mengurut, standby pam susu kalau terkena bengkak susu, serta jangan lupa beri mak ayah yang menjaga isteri;
1) duit bajet untuk lauk sepanjang berpantang yang perlu diberi kepada mak ayah. Nak beli makanan berkhasiat untuk kembalikan tenaga isteri seperti ikan jenis tertentu, daging, susu, buah, biskut, & lain-lain. Tanya mak tentang kos kasar barang keperluan itu & sediakanlah siap-siap. Jangan lupa nafkah isteri sepenuhnya dibawah tanggungjawab suami. Ada bajet extra, asingkan juga duit belanja dapur untuk mak ayah.
2) duit bil air & elektrik, kerana biasanya jumlah bil akan naik sedikit atau mungkin berganda semasa tempoh berpantang. Kalau jenis pasang air-cond 24jam pasti bil eletrik naik mendadak, jadi jangan buat-buat lupa bayar semula pada mak ayah.
3) duit minyak kereta mak ayah ke hulu hilir hantarkan isteri & anak check-up klinik/hospital/beli barang urgent.
4) duit standby incase tiba-tiba perlu belikan pacifier, baju lebih, pampers jenama lain jika tak sesuai jenama tertentu, krim ruam. Kita tidak tahu kerenah bayi seperti mana. Setiap bayi lain-lain ragamnya.
5) duit extra : jika ibubapa turut menjaga anak-anak yang lain, tentulah perlukan duit untuk beli makanan, permainan & sebagainya. Jangan ajar anak pow atuk nenek pula!

Last but not least, jika ada bajet lebih lagi selepas habis berpantang & anak sudah besar sedikit, bolehlah ajak mak ayah berjalan-jalan makan angin & belanja makan tempat-tempat yang bagus sedikit. Untuk meraikan penat lelah mereka (untuk membayar kita tidak layak & tidak mampu – hanya Allah yang mampu).
Terus terang.. mak ayah memang tidak akan meminta directly, tetapi sebagai anak yang baik, peka & sedar diri, faham-fahamlah sendiri tanggungjawab kita. Dah beranak pinak pun kan.. harapnya bolehlah lebih bertimbangrasa.
Mak ayah memang tak pernah berkira dengan anak-anak, sebaliknya anak-anak selalu sangat berkira dengan mak ayah. Walhal memang sudah tanggungjawab kita. Jadi, janganlah asyik ambil kesempatan.
Jangan zalimi ibubapa yang duit bulanan kamu tak pernah beri, tetapi bila tempoh kritikal begini kamu tambahkan pula beban lagi. Jagalah adab kita sebagai anak. Takut mak ayah kecil hati dalam diam, jadi tak redha, kita yang berdosa.
PENTING
Sekiranya ibubapa berterus terang sudah tidak mampu menjaga, mungkin atas faktor uzur & sebagainya, suami sepatutnya sudah merancang hal isteri berpantang sejak dari awal kandungan lagi. Mungkin suami sudah mula berfikir patut ambil cuti lebih lama selepas isteri bersalin dan mula mencari info tugas yang perlu dilakukan jika mahu berpantang sendiri, atau jika tak boleh cuti lama, boleh mula menabung untuk upah confinement lady serta bayaran daycare untuk anak yang lain sementara isteri berpantang. Sekarang dah moden, semua info ada di hujung jari.
Ibu selalu cakap pada saya; “dah beranak & jadi ibu ni barulah kamu lebih faham ibu kan. Bukan senang jadi ibubapa ni..” fuh memang sebak rasa. Rasa macam sangat kerdil dibandingkan dengan kasih sayang ibu ayah yang melimpah ruah. Terima kasih ibu ayah..

Maka anak-anak, janganlah ambil kesempatan atas kasih sayang mereka. Ibubapa cuma ada seorang atas muka bumi ini. Jika Allah ambil mereka kembali tentulah tiada lagi galang gantinya. Kita juga bakal menjadi orang tua kelak. Santunilah mereka semampunya, kerana Allah tahu apa di dalam hati kita.
Wallahu ‘alam.
Penulisan ini berdasarkan pengalaman & pandangan peribadi diri ini sahaja. Boleh tambah di ruang komen jika ada cadangan lain. 
Sumber: Facebook Intan Dzulkefli
19 July 2017
The post Tugas Jaga Isteri Dalam Pantang Adalah Tugas Suami. Kalau Nak Mak Ayah Jaga Sediakan 5 Benda Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tugas-jaga-isteri-dalam-pantang-adalah-tugas-suami-kalau-nak-mak-ayah-jaga-sediakan-5-benda-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Calon Syurga Tabah Jaga Suami Sakit Kanser

Isteri Calon Syurga Tabah Jaga Suami Sakit Kanser

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 407 hits
AIMUNI TUAN LAH 14 Mei 2019 12 29 PM GUA MUSANG Seorang isteri calon syurga tabah memikul tanggungjawab menjaga suami yang kehilangan sebelah mata akibat menghida
Jaga Anak Perempuan Ni Susah Tapi Kalau Kena Caranya Syurga Untuk Mak Ayah

Jaga Anak Perempuan Ni Susah Tapi Kalau Kena Caranya Syurga Untuk Mak Ayah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 661 hits
Menjaga anak perempuan tidak mudah Anak lelaki dan perempuan kedua duanya pun ada cabaran berbeza Yang penting ibu ayah mesti tahu caranya Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan dalam mendidik cahaya mata perempuan...
Stress Dah Dok Sidai Benda Ni Malu Kalau Orang Tengok Isteri Stress Suami Enggan Buang Spender Koyak Sayang Katanya

Stress Dah Dok Sidai Benda Ni Malu Kalau Orang Tengok Isteri Stress Suami Enggan Buang Spender Koyak Sayang Katanya

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 612 hits
Semua orang pasti memiliki barang kesayangannya yang langsung tak boleh disentuh dibuang atau diapa apakan Pantang barang itu hilang maka muncullah bermacam macam soalan nbsp Dalam rumah tangga pun begitu Sama ada suami atau isteri pasti pe...
Isteri Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami

Isteri Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 408 hits
Sesiapa sahaja yang bercinta pasti saja inginkan hubungan itu berakhir dengan pernikahan ada juga yang baru saja berkenal beberapa minggu terus berkahwin tanpa mengenali dahulu hati budi masing masing Zaman sekarang bukan seperti zaman dahu...
Suami Nak Isteri Hamil Cepat Isteri Carikan Isteri Untuk Suami Kisah Benar

Suami Nak Isteri Hamil Cepat Isteri Carikan Isteri Untuk Suami Kisah Benar

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 575 hits
Saya perasan banyak betul trafik masuk untuk baca artikel yang Dhia tulis kat blog Magicalips tu Dalam tu si Dhia tulis panjang lebar la petua nak cepat hamil untuk pasangan yang dah lama menanti cahaya mata Ok jangan keliru Saya Adzril dar...
Bekerja Atau Tidak Tugas Isteri Hanya Untuk Membantu Suami

Bekerja Atau Tidak Tugas Isteri Hanya Untuk Membantu Suami

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 779 hits
Hi semua Dah hampir 14 tahun saya tinggalkan alam pekerjaan Kadang kadang rasa juga sedih sebab tak bekerja Lagi lagi cara pemikiran kebanyakan orang ni yang rasa wanita bekerja lebih baik dari yang tak bekerja Bila kita tak bekerja orang a...
Suami Jaga Perangai Tu Emosi Suami Masa Isteri Hamil Pengaruhi Anak Dalam Kandungan

Suami Jaga Perangai Tu Emosi Suami Masa Isteri Hamil Pengaruhi Anak Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 905 hits
Suami jangan pandang mudah perihal emosi dalam diam mempengaruhi janin dalam kandungan isteri Semua wanita mengimpikan momen kehamilan yang lancar dan cuba melakukan yang terbaik sepanjang berbadan dua agar bayi yang lahir juga mendapat yan...
Bukan Niat Nak Marahkan Suami Isteri Hanya Mahu Difahami Ambil Tahu Emosi Isteri Jika Dia Merajuk Atau Sedang Marah

Bukan Niat Nak Marahkan Suami Isteri Hanya Mahu Difahami Ambil Tahu Emosi Isteri Jika Dia Merajuk Atau Sedang Marah

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 414 hits
Perkongsian seorang lelaki di laman Facebooknya menarik perhatian penulis Dalam penulisannya itu Najmi Nawawi bercerita tentang emosi wanita yang sentiasa berubah dan seharusnya suami memahami situasi tersebut Berikut apa yang ditulis Najmi...
Umur 12 Tahun Dah Peluk Islam Mak Dan Ayah Sediakan Kelengkapan Raya Untuk Anak

Umur 12 Tahun Dah Peluk Islam Mak Dan Ayah Sediakan Kelengkapan Raya Untuk Anak

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 477 hits
Umur 12 tahun dah peluk Islam mak dan ayah sediakan kelengkapan raya untuk anak Umum mengetahui kasih sayang seorang bapa terhadap anak tiada batasnya malah insan bergelar bapa ini sanggup membanting tulang siang dan malam mencari rezeki un...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun