Tuduhan Seks Haziq Aziz Perlunya Mahkamah Syariah Diperkasakan


Pengakuan bersumpah Ahli PKR yang juga Ketua AMK Santubong dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Aziz, bahawa beliaulah “individu bersama Azmin Ali dalam video yang telah viral semalam” sepatutnya menyedarkan kita kepada betapa pentingnya usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah dihidupkan kembali.
Qazaf atau perbuatan melemparkan tuduhan zina adalah satu kesalahan jenayah yang hukumannya sudah ditetapkan oleh syarak selaras dengan Firman Allah SWT dalam Ayat 4 Surah al-Nur yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq.”
Begitupun, disebabkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 mengehadkan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah hanya kepada hukuman penjara selama tiga tahun, denda sebanyak RM5000 dan sebatan sebanyak enam kali sahaja maka hukuman 80 kali sebatan ke atas orang-orang yang melemparkan tuduhan zina ini tidak dapat dibuat.
Lebih malang lagi, selain pengenaan hukuman yang tidak selari dengan kehendak syarak, terdapat ketidakseragaman yang nyata dalam penjenayahan qazaf mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), ada negeri yang langsung tidak mempunyai peruntukan ke atasnya.
Paling menonjol adalah bila Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, Seksyen 81A Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995, Seksyen 41 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996, Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 41 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan Seksyen 38 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak 2001 memperuntukkan bahawa qazaf hanya merangkumi tuduhan zina tetapi tidak meliputi tuduhan liwat.
Sebab itulah Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk memulakan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan bila Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memutuskan pada 14 April 2010 dan Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memutuskan pada 5 Disember 2016 bahawa liwat tidak termasuk dalam qazaf mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Begitu juga dengan cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 27 Oktober 2016 dan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Selangor pada 5 Jun 2017 yang memutuskan liwat tidak termasuk dalam qazaf mengikut Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Ini berbeza dengan Seksyen 37 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang mendefinisikan qazaf sebagai “mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina atau liwat tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu” mahupun dengan Seksyen 50 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang 2013 yang meletakkannya dalam peruntukan umum berbunyi “mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan maksiat tanpa bukti mengikut Hukum Syarak atau iqrar orang yang dituduh itu”.
Semoga kemelut yang muncul sehubungan dengan isu tuduhan seks Haziq Aziz ini akan membawa kebaikan yang tersembunyi kepada umat Islam di dalam erti kata ia akan menggerakkan kembali usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah bagi membolehkan tuduhan begini, mahupun kesalahan jenayah syariah lain, dapat ditangani dengan lebih berkesan selaras dengan kehendak syarak.
FB: Kamarul Yusoff


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/14/tuduhan-seks-haziq-aziz-perlunya-mahkamah-syariah-diperkasakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haziq Ulangi Tuduhan Dakwa Pisah Kerja Dengan Skandal Seks Sejenis

Haziq Ulangi Tuduhan Dakwa Pisah Kerja Dengan Skandal Seks Sejenis

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 309 hits
June 20 2019 11 08 AMKetua Pemuda PKR Santubong Haziq Aziz PETALING JAYA Individu di tengah tengah klip video seks yang menyasarkan Mohamed Azmin Ali mendedahkan lebih banyak maklumat berhubung dakwaan insiden itu walaupun menteri terbabit ...
Haziq Aziz Dibebaskan Mahu Bersendirian Enggan Bertemu Media

Haziq Aziz Dibebaskan Mahu Bersendirian Enggan Bertemu Media

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 655 hits
Suspek utama dalam bersama Azmin Ali iaitu Haziq Abdullah Abdul Aziz telah dibebaskan daripada tahanan polis Sabtu lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hostpital Kuala Lumpur BACA Menurut peguamnya Ramesh Sivakumar Haziq dibebaskan dengan ...
Haziq Aziz Berdepan 26 Tahun Penjara

Haziq Aziz Berdepan 26 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 431 hits
Berdasarkan 4 kertas siasatan yang dibuka kepada Haziq Aziz yang ditahan di KLIA sewaktu dijadualkan berlepas ke Manila semalam maka didapati bahawa jika didakwa dan disabitkan beliau berdepan dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang b...
Saya Pun Mangsa Aksi Intim Dirakam Dan Dibocorkan Haziq Aziz

Saya Pun Mangsa Aksi Intim Dirakam Dan Dibocorkan Haziq Aziz

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 393 hits
Haziq Abdullah Abdul Aziz yang terpalit dalam skandal seks berprofil tinggi menegaskan bahawa dia juga adalah mangsa dalam kejadian itu menurut laporan Malaysiakini Semua orang lupa bahawa saya pun adalah mangsa kerana ada orang yang meraka...
Azmin Rafizi Anwar Kenal Haziq Aziz

Azmin Rafizi Anwar Kenal Haziq Aziz

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1317 hits
TIDAK kah GANJIL Anwar Ibrahim menonton wayang bersama Haziq Aziz yang mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan Azmin Ali Tidak kah GANJIL Anwar Ibrahim Rafizi Ramli dan Azmin Ali sudah lama mengenali Haziq Aziz walaupun ada cubaan menafi...
Azmin Ali Pula Naik Hantu Desak Haziq Aziz Dibuang Keahlian Pkr

Azmin Ali Pula Naik Hantu Desak Haziq Aziz Dibuang Keahlian Pkr

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1017 hits
Fuhhhhhh tiba tiba angin berubah mendadak Hebatnya seseorang pemimpin pelakon video akhir zaman itu adalah dia buat selamba jer kesalahannya dan pusing ikut cerita lain Paling latest Azmin Ali pula desak parti untuk memecat keahlian Haziq A...
Mufti Negeri Sembilan Haziq Aziz Boleh Di Hukum Di Sisi Islam

Mufti Negeri Sembilan Haziq Aziz Boleh Di Hukum Di Sisi Islam

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 280 hits
SEREMBAN Berdasarkan hukum Islam Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz sudah boleh dikenakan hukuman susulan pengakuannya terlibat dalam perlakuan seks sejenis Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata ...
Isu Video Azmin Ali Dan Haziq Aziz Mufti Wilayah Beri Komen Teguran Berhikmah

Isu Video Azmin Ali Dan Haziq Aziz Mufti Wilayah Beri Komen Teguran Berhikmah

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 1107 hits
Isu Video Azmin Ali dan Haziq Aziz Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Beberapa hari yang lepas kecoh tentang viral isu video Azmin Ali dan Haziq Aziz Tersebar sehingga masuk berita dan other social media Panas panas The latest Hazi...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cerita Pemilik Keldai Dan Anaknya

Keeping Jellyfish In The Aquarium Practical Fishkeeping

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Terlalu Ramai Berebut Peluang Yang Sedikit Peluang Yang Banyak Tak Ramai Yang Ambil

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Sisi Gelap Hari Raya Apa Yang Tak Diceritakan