Tuduhan Palsu Terhadap Guan Eng Dapsy Gesa Tuan Ibrahim Mohon Maaf




Pada 23 November 2019oleh Teh Hoong Keat
Kenyataan Media oleh Setiausaha Sosialis Muda DAP (DAPSY) Teh Hoong Keat pada 20hb November 2019 di Kuala LumpurSetiausaha Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), Teh Hoong Keat menggesa Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man membuat permohonan maaf kepada Sdr Lim Guan Eng kerana membuat tuduhan palsu terhadap Menteri Kewangan.
Semasa Sdr Lim Guan Eng menerima lantikan sebagai Menteri Kewangan, beliau ada menegaskan bahawa beliau adalah menteri yang menjaga dan mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia. Beliau dilantik atas dasar kebolehan dan keupayaan beliau dalam hal ehwal pengurusan kewangan berdasarkan prestasi beliau sewaktu menerajui Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri.
Teh berpendapat bahawa semua tuduhan yang dilemparkan terhadap Sdr Lim Guan Eng adalah fitnah dan langsung tidak berasas. Jelasnya, sesetengah pihak sengaja memainkan sentimen perkauman dengan niat untuk melihat Sdr Lim Guan Eng disingkirkan daripada barisan Kabinet.
Tuan Ibrahim berbohong dan membuat tuduhan palsu apabila mendakwa Belanjawan 2020 memperuntukkan sejumlah RM10 bilion untuk Pulau Pinang bagi tujuan pembangunan dan hanya memperuntukkan RM10 juta untuk rancangan atau inisiatif industri halal. Sdr Lim Guan Eng telah menjelaskan bahawa dalam Belanjawan 2020, kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan geran pembangunan RM799.5 juta kepada Pulau Pinang, bukannya RM10 bilion seperti yang didakwa Tuan Ibrahim. Malah, kerajaan Pakatan Harapan juga telah memperuntukkan RM125.2 juta untuk rancangan atau inisiatif industri halal, dan bukannya RM10 juta seperti yang didakwa pemimpin PAS itu.
Kata Teh lagi, kerajaan perlu memainkan peranan yang serius dalam mengekang sebarang sentimen perkauman atau tuduhan palsu daripada terus berleluasa, lebih-lebih lagi jika ia digunakan pihak tertentu sebagai modal politik mereka. Jika tidak, mereka yang bersikap oportunis dan golongan yang memainkan sentimen perkauman seperti ini pasti akan mengambil kesempatan untuk terus-menerus menghasut rakyat! Kerajaan baharu perlu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan reformasi dan tidak berkompromi terhadap pihak yang memainkan sentimen perkauman dan tuduhan palsu.
Teh turut menggesa kerajaan supaya tidak sesekali mengambil pendekatan berlembut terhadap fenomena ekstremisme, kerana membiarkan perkara ini terus berleluasa hanya akan mengakibatkan sentimen perkauman semakin menjadi-jadi. Apa jua bentuk sentimen perkauman, politik perkauman dan dasar perkauman adalah ibarat batu yang menghalang kemajuan dan perpaduan negara ini.
Arah demokrasi jelas terlihat selepas Malaysia melangkah ke alaf baharu setelah melakar peristiwa bersejarah pada 9 Mei 2018. Selain kemajuan ekonomi, kerajaan juga perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa ia mempunyai kesungguhan dalam melakukan reformasi dengan mempromosikan dan melaksanakan nilai yang betul, supaya rakyat yang hidup dalam era Malaysia Baharu ini tidak bermusuhan disebabkan kaum, agama, bahasa atau latar belakang. Kerajaan harus bekerja keras mempertahankan kepentingan setiap kaum dan membentuk Malaysia yang memberikan layanan sama rata kepada setiap kaum serta menghapuskan diskriminasi kaum. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/tuduhan-palsu-terhadap-guan-eng-dapsy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Ibrahim Dicabar Guan Eng

Tuan Ibrahim Dicabar Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 262 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mencabar Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man supaya meminta maaf kerana membuat dakwaan palsu dan fitnah jahat berhubung peruntukan Belanjawan 2020 sekiranya beliau seorang yang beretika dan bermoral Li...
Guan Eng Slams Tuan Ibrahim As Unethical Over Non Muslim Rights

Guan Eng Slams Tuan Ibrahim As Unethical Over Non Muslim Rights

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 393 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng attacked PAS Umno and MCA over statements that questioned the rights of non Malay and non Muslim Malaysians PETALING JAYA The deputy president of PAS Tuan Ibrahim Tuan Man was described today as a dishones...
After Tg Piai Guan Eng Adamant Mca Should Give Up Tar Uc For Funding

After Tg Piai Guan Eng Adamant Mca Should Give Up Tar Uc For Funding

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 368 hits
Finance Minister Lim Guan Eng still insisted MCA should relinquish its control of the Tunku Abdul Rahman University College if it is to get more than the RM1 million funding earmarked for the education institution under Budget 2020 which he...
Tak Cukup Sekadar Kerajaan Bersih Rakyat Mahu Ph Tunaikan Manifesto Kata Guan Eng

Tak Cukup Sekadar Kerajaan Bersih Rakyat Mahu Ph Tunaikan Manifesto Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 390 hits
TIDAK cukup sekadar berubah dari kerajaan yang korup dan rasuah kepada kerajaan yang bersih rakyat mahu Pakatan Harapan tunaikan janji janji dalam manifesto Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata demikian ketika mengulas tentang perubahan pe...
Guan Eng Penyumbang Utama Kekalahan Ph Di Prktgpiai

Guan Eng Penyumbang Utama Kekalahan Ph Di Prktgpiai

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 252 hits
oleh Salahuddin Hisham LGE PENYEBAB LEBIH UTAMA PH KALAH TERUK TG PIAI Lebih utama dari Mahathir Sebab utama kerajaan PH gagal adalah kerana kewangan negara yg tidak diurus baik dan akhirnya membinasa ekonomi Keadaannya hingga rakyat marhae...
Bn Exploited Tar College And Uec Issues Claims Guan Eng

Bn Exploited Tar College And Uec Issues Claims Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 344 hits
Lim Guan Eng has demanded that the MCA relinquish control of Kolej Tunku Abdul Rahman KUALA LUMPUR Lim Guan Eng said today that education issues such as MCA linked Kolej Tunku Abdul Rahman and the United Examination Certificate could have c...
A Lot Of Reasons Why Pakatan Lost Tg Piai Says Guan Eng

A Lot Of Reasons Why Pakatan Lost Tg Piai Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 320 hits
Lim Guan Eng said today that education issues such as MCA linked Kolej Tunku Abdul Rahman and the United Examination Certificate could have cost the DAP some Chinese votes leading to Pakatan Harapan s heavy defeat at the Tanjung Piai by ele...
Lepas Kecam Israel Guan Eng Temui Pm Palestin

Lepas Kecam Israel Guan Eng Temui Pm Palestin

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 270 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilapor bertemu Perdana Menteri Palestin Dr Mohammad Shtayyeh bagi menzahirkan sokongan parti itu terhadap perjuangan rakyat negara tersebut Menerusi hantaran di Facebook Guan Eng berkongsikan gambar pertem...
Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

What Are The Benefits Of Chiku Fruit

Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran