Tubuhkan Rci Untuk Buang Prasangka Dan Pertahan Kesucian Tabung Haji



Kerajaan hendaklah segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ke atas Tabung Haji untuk mengelak prasangka buruk umat Islam terhadap pengurusan dan kesuciannya.
Selama ini masih ada umat Islam yang termakan dengan tuduhan bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Mujahid Yusuf Rawa, bahawa BN telah gagal menguruskan dana badan itu mengikut lunas Islam, sehingga hibahnya dikatakan tidak halal.
Malahan ada yang menuduh pengurusan dana TH pada zaman BN adalah sama dengan ‘skim cepat kaya Pak Man Telo’.
Fitnah sedemikian amat melukakan hati dan mencabul kepercayaan pencarum TH, kerana ia melibatkan soal ibadah atas perintah Allah.
Selain itu, hanya RCI yang dapat membongkarkan skandal rasuah jika ada, apabila aset TH dijual wewenangnya dengan harga di bawah pasaran.
Anehnya pemimpin seperti Mujahid masih gah mendabik dada bahawa dia berada pada landasan yang benar, sedangkan pihak yang berilmu tentang perbankan Islam, seperti Datok Dr Asraf Wajdi Dusuki tetap mempersoalkan penyelewengan pengurusan aset TH pada era PH.
DS Abdul Azeez Abdul Rahim sendiri, yang merupakan Pengerusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan TH pada era BN, mendesak supaya RCI ditubuhkan untuk melawan fitnah dan mendedahkan kepincangan golongan yang memusnahkan harta TH.
Lantas mengapakah Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad masih berdolak-dalik untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat dan membongkarkan pembohongan dan menegakkan kebenaran?
Malahan DS Abdul Azeez mendedahkan bahawa cadangan penubuhan RCI TH telah dicanang semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) lagi untuk menyiasat secara telus dan menjawab segala dakwaan berkaitan institusi kewangan umat Islam tersebut.
DS Anwar Ibrahim sendiri telah menggesa PM, TS Muhyiddin Yassin agar mewujudkan RCI bagi meleraikan kemelut tuduhan Mujahid yang membangkitkan prasangka buruk dalam kalangan umat Islam serta keyakinan terhadap TH sebagai institusi kewangan bagi mereka menabung untuk menunaikan fardu Haji.

DS Ahmad Maslan pula mempersoalkan kemusykilan mengapakah PH tidak membentangkan laporan kewangan TH sepanjang mereka menerajui kerajaan pada 2018 dan 2019 yang dilihat melanggar Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 serta Seksyen 5, 7, 8, 9 Akta Badan-Badan Berkanun (Akta 240)? 
Persoalan utama ialah adakah kedudukan kewangan TH telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dan dibentangkan di parlimen sebagaimana lazimnya ketika BN berkuasa?
Bagaimanakah Mujahid boleh umumkan hibah apabila akaun tidak diaudit? Sekali gus ia bertentangan dengan Akta 22 TH.
Datuk Dr. Asyraf Wajdi juga turut menggesa agar diwujudkan RCI untuk memperbetulkan fitnah PH, terutamanya dakwaan Mujahid bahawa telah berlaku penyelewengan dalam TH ketika BN berkuasa.
Sebaliknya PH telah menangguk di air keruh dengan sedemikian banyaknya jualan lambak ke atas 76.2 peratus tanah ladang milik TH Plantations dengan harga di bawah nilai pasaran kepada kroni-kroni mereka.
Tanah ladang tersebut tidak termasuk aset-aset hartanah Tabung Haji bernilai RM10 bilion yang sudah terjual kepada syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jemaah Sdn Bhd.
Anehnya sehingga kini tidak ada satupun tuduhan penyelewengan TH pada era BN yang dibawa oleh PH ke mahkamah.
Pastinya RCI itu juga boleh menyiasat termasuk penjualan tanah TRX bernilai RM400 juta dan hotel-hotel milik TH di seluruh Malaysia yang selama ini banyak menyumbang kepada perolehan dana TH.
Kecemerlangan TH bukan sahaja diiktiraf oleh dunia malah prestasi kewangan yang memberangsangkan sehingga membolehkan pencarum berkongsi hibah dan bonus secara purata tidak kurang daripada 6.25 % setiap tahun setelah ditolak zakat 2.5 %.
Anehnya apabila PH memerintah, TH hanya mengeluarkan hibah sebanyak 1.25% tanpa ada pembentangan laporan kewangan di parlimen.
Apakah sebenarnya muslihat Mujahid sebagai Menteri Agama yang bertanggungjawab ke atas TH ketika PH memerintah?
Sebab itulah, apabila pelbagai tuduhan penyelewengan, skandal, defisit yang melanda secara tiba-tiba sejurus selepas PH memerintah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan polemik yang mencabar kesucian TH.
Rakyat merasa hampa apabila dalam sidang parlimen, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli menyatakan bahawa kerajaan hanya akan menimbangkan penubuhan jawatankuasa petugas khas untuk mengkaji urus niaga Tabung Haji jika ada keperluan, sebaliknya menolak penubuhan RCI.
Adakah Dr Zulkifli cuba hendak melindungi Mujahid, atau hendak membantu TH membersihkan nama baiknya dan melindungi kesucian wang caruman 9.3 juta umat Islam?

Dr Mamat Desa


#Sumber :https://cungkils.com    

MR : Setuju, biar isu ini tutup dan selesai   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/tubuhkan-rci-untuk-buang-prasangka-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Menteri Ugama Dan Perdana Menteri Tidak Mahu Tubuh Rci Tabung Haji

Kenapa Menteri Ugama Dan Perdana Menteri Tidak Mahu Tubuh Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 354 hits
Pendedahan mengenai salah laku Lembaga Pengarah TH sudah dibuat oleh MP Baling merangkap mantan Pengerusi Tabung Haji DS Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim dalam Dewan Rakyat Malah Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri H...
Kerajaan Timbang Tubuh Rci Tabung Haji

Kerajaan Timbang Tubuh Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 397 hits
MENARA Tabung Haji Jalan Tun Razak FOTO Arkib NSTP BERNAMAKERAJAAN akan mempertimbangkan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan membabitkan Tabung Haji Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S...
Rci Tabung Haji Muhyiddin Nak Cover Siapa

Rci Tabung Haji Muhyiddin Nak Cover Siapa

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 797 hits
Kalau kita lihat sebaik sahaja pelantikan speaker dan timbalan speaker dewan rakyat selesai ahli ahli parlimen dari BN dan PAS hebat berbahas mengenai isu Tabung Haji Ya isu Tabung Haji menjadi topik perbahasan yang cukup hot di parlimen pe...
Hanya Pm Boleh Putuskan Tubuh Rci Tabung Haji Kata Timbalan Menteri

Hanya Pm Boleh Putuskan Tubuh Rci Tabung Haji Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 310 hits
KOTA BHARU Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi Tabung Haji adalah perkara besar dan perlu dibawa ke Kabinet dan ia hanya boleh diputuskan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk ...
Pm Must Decide On Setting Up Rci For Tabung Haji Says Deputy Minister

Pm Must Decide On Setting Up Rci For Tabung Haji Says Deputy Minister

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 273 hits
The establishment of a royal commission of inquiry for Tabung Haji is a big issue that should be brought to Cabinet and it can only be decided by Prime Minister Muhyiddin Yassin said Deputy Minister in the Prime Minister s Department Ahmad ...
Cabinet To Discuss Tabung Haji Rci

Cabinet To Discuss Tabung Haji Rci

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 231 hits
PETALING JAYA The Cabinet will discuss the proposal for a royal commission of inquiry into claims of misconduct and irregularities involving Tabung Haji Minister in the Prime Minister s Department Zulkifli Mohamad Al Bakri said the governme...
Rci Tabung Haji Dulu Kita Desak Sebab Tiada Maklumat Kata Pas

Rci Tabung Haji Dulu Kita Desak Sebab Tiada Maklumat Kata Pas

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 412 hits
Diterbitkan Hari ini 12 47 pmKeputusan kerajaan untuk tidak menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat urus niaga Tabung Haji mungkin dibuat selepas ada perkembangan baru mengenainya kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah Kata...
Rci Tabung Haji Menteri Mungkin Mahu Ambil Hati Ambil Jalan Selamat

Rci Tabung Haji Menteri Mungkin Mahu Ambil Hati Ambil Jalan Selamat

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 273 hits
Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berpendapat kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji sebagai mengelirukan Me...
Rahsia Tabung Haji Terbongkar Jam 8 30 Malam Ini

Rahsia Tabung Haji Terbongkar Jam 8 30 Malam Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 316 hits
Sinar Harian bakal mempertemukan Ahli Parlimen Parit Buntar vs Ahli Parlimen Baling bagi menjawab polemik pengurusan Lembaga Tabung Haji menerusi program BERANI SEMUKA Saksikan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian The post...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan

Craving Roti Canai Restoran Abc Brickfield