Tuah Alam Hadir Hadiah Terindah Buat Remy Ezza
Pelakon kacak Remy Ishak dan isterinya, Izza Yusof menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka, Tuah Alam begitu indah. Momen pertama bergelar ibu ayah ni betul-betul ubah hidup mereka berdua terutama dari segi tanggungjawab, cara pandang dunia, dan erti pengorbanan sebenar.
Dalam episod istimewa sempena Hari Ibu untuk program Top Mom Influencer Pa&Ma 2025, Ezza Yusof terbuka berkongsi kisahnya pengalaman pertama bergelar ibu kepada Tuah Alam.
Tangisan pertama Tuah jadi titik mula segalanya hidup berubah sekelip mata. Dari suami isteri jadi ibu ayah. Dari pasangan biasa, jadi penjaga amanah Tuhan. Namun bergelar isteri kepada pelakon terkenal pastinya ada cerita yang manis untuk dikongsi
Susah Ke Jadi Isteri Remy Ishak?
Ramai yang tertanya… “Eh susah tak jadi isteri Remy ni?” Tapi bagi Izzaty, dia chill je.
“Kalau ikut rutin harian biasa je… Takde beza sangat. Tapi kalau bab kerja, especially bila dia shooting, kena faham dia macam ‘severe’ sikit. Dia tak suka campur aduk kerja dengan family. Dekat rumah, dia ayah kepada Tuah, bukan Remy pelakon.”
Ezza juga kongsi, Remy siap suruh dia stop bisnes dulu sebab nak bagi fokus pada anak. Tapi Izzaty jenis berdikari, dia dah biasa bekerja, jadi tetap jalan terus sambil urus anak.
Remy, Si Ayah Cerewet Tapi Prihatin
Lepas Tuah lahir, barulah nampak sisi ayah Remy yang ramai tak tahu. Dia cerewet dan sangat ambil berat.
“Dia memang pantang kalau saya nak bagi manis, ais krim semua tak boleh. Saya pun kadang stress juga. Tapi dia sayang anak. Semua benda dia nak tahu – makan apa, tidur macam mana. Memang terkejut tengok dia berubah bila ada anak.”
Pengurusan Tuah – Semuanya Untuk Anak
Remy memang letak keutamaan untuk anak mereka. Gaji dia? Banyak yang disalurkan untuk perkembangan Tuah.
“Saya tak beli baju baru pun untuk diri sendiri. Semua bajet kami memang untuk Tuah. Dari kelas, sekolah, sampai ke barang keperluan dia. Remy selalu cakap, ‘Rezeki ayah ni untuk Tuah, ayah spend untuk anak.’”
Fokus Pada Perkembangan Sensori
Dari awal lagi, Izza dan Remy dah plan nak bagi yang terbaik untuk perkembangan anak.
“Tuah start pergi Little Gym masa umur 6 bulan. Bukan nak main-main je, tapi ada aktiviti rangsang minda. Bila dia masuk playschool, nampak sangat dia lagi yakin dengan diri. Bukan main kosong, tapi semua untuk bantu dia bina keyakinan.”
Bila Remy Keluar Shooting… Mommy Kena Kuat!
Lepas sebulan bersalin, Remy dah kena keluar shooting. Jadi Izzaty memang kena uruskan semuanya sendiri.
“Masa pantang pun ada family jaga. Sekarang pun kadang-kadang family tolong tengokkan. Kena susun masa betul-betul. Bila Remy balik rumah, dia akan ambil alih jaga Tuah supaya saya boleh ada me time sikit.”
Tahun pertama memang mencabar, tambah pula nak balance bisnes dan anak kecil.
“Penat tu memang penat. Nak keluar rumah je dah macam satu projek besar – letak dalam car seat, siapkan stroller, pergi kelas. Tapi kita buat semua ni sebab nak yang terbaik untuk anak.”
Harapan Seorang Ibu
“Saya nak dia jadi manusia yang beri manfaat pada orang lain. Saya tak nak sekat apa yang dia minat. Apa kelas yang saya hantar sekarang, semua sebab nak tengok apa potensi dia.”
w
Walaupun sibuk, Remy tetap rapat dengan anaknya. Momen bonding mereka berdua selalu buat hati Izzaty tersentuh.
“Tuah kalau cari ayah, dia terus cari dada ayah. Bila ayah balik, mereka dua berlingkar sama-sama. Saya tengok pun rasa sayu. Sebab saya sendiri tak ada ayah… jadi bila nampak anak saya rapat dengan ayah dia, saya rasa satu nikmat yang tak terluah dengan kata-kata.”
Izzaty dan Remy, macam ramai ibu bapa lain, pun lalui fasa yang sama. Belajar kenal anak, belajar kenal diri sendiri semula. Belajar cara baru mencintai pasangan bila ada anak di tengah-tengah hidup mereka.
“Setiap hari adalah pembelajaran. Kadang menangis sama-sama. Kadang letih sangat sampai senyum pun tak larat. Tapi bila tengok anak tidur lena, rasa semua usaha tu berbaloi,” kongsi Izzaty dengan mata yang bergenang.
Mereka tahu perjalanan ini masih panjang. Tuah baru mula langkah pertama, tapi mereka mahu jadi pendamping terbaik sepanjang jalan. Tak ada siapa yang sempurna, tapi dengan kasih sayang, usaha dan doa — mereka percaya, mereka mampu jadi ibu ayah yang anak mereka banggakan satu hari nanti.
The post Tuah Alam Hadir, Hadiah Terindah Buat Remy & Ezza appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tuah-alam-hadir-hadiah-terindah-buat-remy-ezza/