Tteokbokki



Kalau korang suka tengok cerita Korea atau pernah ke Korea atau suka makanan Korea, mesti korang tau apa itu Tteokbokki kan

Bagi yang tak tahu, Tteokbokki adalah makanan tradisi Korea yang menggunakan rice cake / kuih beras. Rasanya manis manis pedas. 

Tteokbokki yang dah siap dimasak :)



Sekarang ni aku nak share resepi Tteokboki yang aku buat. Bahan-bahannya sangat simple dan boleh didapati di pasaraya tempatan
Bahan-bahan :-
- rice cake - 600gm ( untuk 4-6 orang makan )- gochujang - 6 sudu besar ( kalau suka pedas boleh letak lebih )- ikan bilis - 15 ekor ( boleh kurang atau lebih )- kelp (sejenis seaweed yang tebal) - saiz dua tapak tangan ( boleh letak lebih kalau suka )- daun bawang / leek- pucuk perisa ikan ( optional )- telur rebus (optional) - gula secukup rasa
* tak perlu letak garam sebab gochujang tu dah masin. Kuantiti barang tu korang boleh adjust ikut selera korang.

* korang boleh ganti pucuk perisa ikan dengan fish ball, sosej, ayam atau any lauk. Cuma, bagi aku pucuk perisa ikan tetap yang terbaik. Memang masuk sangat dengan gochujang. Superb!

* korang juga boleh letak sayur seperti kubis, lobak merah kalau suka
* rice cake tu korang boleh buat sendiri kalau nak. cara paling senang guna tepung pulut dan air. rasanya lebih lembut dan kenyal daripada beli rice cake yang segera

* gochujang pun sama. Boleh buat sendiri tapi susah sikit. Guna tepung pulut, tepung soya, tepung barli, rice syrup, serbuk lada dan air. Campur semua bahan dan masak hingga pekat. Kemudian peram di bawah cahaya matahari dalam claypot selama 3 bulan. Yang ni aku tak pernah buat lagi. Boleh refer mangchi atau youtube untuk full resepi.

* nak beli gochujang tu tengok-tengok sikit ingredient sebab ada yang dicampur arak.

* aku beli semua bahan-bahan yang dari korea tu kat aeon mall atau nama lamanya jusco. kat giant pun ada gak

Antara bahan-bahan untuk masak Tteokbokki










Cara Penyediaan :
- Rebus kelp dan ikan bilis hingga menggelegak - Buang semua kelp dan ikan bilis. Biar tinggal air rebusan je. - Masukkan rice cake ke dalam air rebusan kelp dan ikan bilis. Tunggu hingga menggelegak- Masukkan gochujang ke dalam periuk rice cake tadi. Tunggu hingga menggelegak- Masukkan leek Kacau hingga pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.
- Hiaskan dan hidangkan Tteokbokki korang

* Untuk pucuk/sosej/fish ball atau any frozen food. Aku lebih suka rebus dulu separately. Nanti Tteokbokki tu dah masak dan nak makan baru gaul frozen food dengan Tteokbokki. Sebabnya aku tak suka air yang keluar dari frozen food bila direbus tu bercampur dengan rasa Tteokbokki. Air dari frozen food tu masin sangat. Kalau guna real food macam ayam, daging, tak per lah nak campur sekali. Kalau korang tak kisah dengan rasa air dari frozen food tu, boleh terus masak bersama dengan rice cake tadi.

* Kalau korang guna rice cake yang dibuat sendiri, yang guna tepung pulut dan air tu, kuah gochujang tidak sepekat guna kuih beras segera. Jadi, korang tambahlah tepung pulut/tepung beras dalam kuah gochujang nak bagi pekat. Sukatan tepung pulut/tepung beras tu korang kena try ikut kuantiti kuah tu dan ikut tahap kepekatan yang korang nak yer. Kalau guna tepung pulut  kuah gochujang tu jadi pekat dan sticky sikit, kalau guna tepung beras, jadi pekat jek. :)

Rice cake direbus didalam air rebusan kelp dan ikan bilis











Tteokbokki siap! Sedia di makan






Tteokbokki sedap di makan panas-panas. Kalau sejuk rice cake tu mengeras, kena panaskan balik bagi lembut.


Ni versi yang letak cheese. Sama je resepi cuma tabur mozzarella cheese time tteokbokki masih panas










Selamat mencuba !





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://fatihazainal.blogspot.com/2015/04/tteokbokki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Amd Ryzen 7 5800u Processor Gaming Yang Menyaru

Anak Bongsu Darjah 1

Bolehkah Berangkat Umrah Tetapi Ke Madinah Terlebih Dahulu

Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti