Trump Janji Syurga Buat Warga As Tetapi Neraka Yang Didapat



Trump dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, tidak lagi mempunyai talian hayat yang kukuh serta dapat menjamin masa depan beliau sebagai presiden AS. -Gambar fail
Berakhirnya empayar Amerika Syarikat
Dr Mohd Mizan Aslam
Pengerusi Bahagian Perlis Kelab Perdana Global Peace Foundation
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mempopularkan slogan "Keep America Great" (KAG) pada pilihan raya presiden, Januari 2017.

Slogan yang diambil dari "Make America Great Again" (MAGA) yang pernah dipopularkan presiden Reagan pada 1980 dan natijahnya berjaya memenangi hati rakyat Amerika.

Presiden Bill Clinton juga menggunakan frasa yang sama dalam pilihan raya presiden pada 1992 dan berjaya menjadi presiden AS untuk dua penggal.

Donald Trump melihat naratif ini perlu dipopularkan semula agar sokongan politik mampu menjadikan beliau presiden AS yang hebat.

Maka akhirnya kejayaan memihak kepada Trump kerana berjaya memainkan sentimen ‘White Supremacy’ sebagai elemen utama dalam KAG termasuk dengan agenda anti imigran dan rasisme.

Pelbagai janji manifesto KAG ditabur oleh Parti Republikan pimpinan Trump untuk menjadi sebuah negara yang hebat di dunia.

Trump menjanjikan kepesatan ekonomi yang maha hebat untuk rakyat AS terutamanya dengan kemampuan beliau dalam bidang perniagaan hingga menjadi taikun yang disegani.

Trump juga menjanjikan pengurangan defisit kerajaan dan inflasi yang rendah buat warga AS.

Peluang pekerjaan yang besar dalam kepelbagaian bagi mengatasi masalah pengangguran yang menghampiri kadar empat peratus.

Perlombongan arang batu dan industri minyak akan diperkasakan semula serta menyekat kemaraan China bagi mengelakkan ‘global recession’.

Inilah antara janji manis KAG yang telah berjaya memenangkan Trump dalam pilihan raya presiden pada tahun 2017 yang lalu.

Walaupun keputusannya dipertikaikan, akan tetapi Trump dikira presiden yang sah dan dipilih secara demokratik dalam pilihanraya secara elektronik yang penuh kontroversi tersebut.  

Tahun 2020 adalah tahun yang getir bukan sahaja bagi Trump malah bagi seluruh warga AS.

Trump memerlukan lonjakan atau wow factor agar dapat memenangi kerusi panas presiden bagi kali kedua dalam pilihan raya presiden yang bakal diadakan pada November 2020 nanti.

Trump menjanjikan 'syurga' buat warga AS, akan tetapi 'neraka' yang didapati. 

Memasuki tahun 2020, malapetaka besar menanti dunia dan AS melalui penularan virus COVID-19 yang datang dalam keadaan tidak ada satu pun negara yang bersedia sepenuhnya.

Sepenggal Trump di White House, semua yang dijanjikan gagal dicapai.

Stephan Moore, penasihat kanan ekonomi Trump sendiri mengakui bahawa Trump menjanjikan sesuatu yang tidak masuk akal. Trump dianggap membesar-besarkan sesuatu yang tidak mungkin dicapai.

Malah Moore juga berharap tidak keluar sesuatu yang ‘gila’ dari mulut Trump.

Di sinilah agenda KAG Trump dilihat tidak mendapat sokongan penuh dari barisan Kabinetnya sendiri.  

Melihat kepada situasi semasa, adalah mustahil untuk slogan Keep America Great atau KAG ini mampu dicapai terutamanya sebelum November 2020.

Jika sebelum ini, presiden mempunyai tempoh sekurang-kurangnya 10 bulan untuk membuat pecutan saat akhir bagi meraih sokongan untuk mengekalkan beliau sebagai presiden untuk penggal kedua.

Trump harus mencari jalan untuk menjadikan AS hebat semula.

Akan tetapi ancaman pandemik dan isu kematian George Floyd telah merubah landskap sosio & politik AS buat masa ini.

Trump dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, tidak lagi mempunyai talian hayat yang kukuh serta dapat menjamin masa depan beliau sebagai presiden AS.

Ditambah pula krisis yang berlaku antara Trump dengan kebanyakan barisan pimpinan White House dan agensi kerajaan AS termasuk keselamatan dan kesihatan.

COVID-19 jelas memperlihat kegagalan sebuah negara maju bernama AS. Mereka mempunyai kemampuan teknologi dan ketenteraan pada kadar 30 dan 50 tahun terkedepan berbanding negara-negara lain.

Akan tetapi AS berada 10 hingga 20 tahun kebelakang dalam pengurusan kesihatan dan tata-etika masyarakatnya.

Hampir tiga juta kes COVID-19 dikesan dengan kematian melebihi angka 100,000 di AS atau kira-kira 1/3 daripada keseluruhan kes COVID-19 global.

Dapat dilihat bagaimana kepenatan yang dialami oleh ‘frontliners’ atau petugas barisan hadapan di Amerika.

Mereka tidak mampu untuk mengatasi masalah COVID-19 ini terutamanya dengan polisi-polisi tidak konsisten oleh kerajaan AS.

Percanggahan kenyataan oleh Trump dan pengarah kesihatan persekutuan, Anthony Fauci dalam isu-isu berkaitan pandemik ini membuktikan kegagalan AS menjadi jaguh sebagaimana yang diimpikan.

Maka akhirnya kedar kes dan kematian terus meningkat hingga AS hanya pasrah dengan mengharapkan ancaman COVID-19 ini akan berakhir dengan sendirinya.

Faktor kedua yang membantutkan usaha Trump untuk mengekalkan kuasa dan menjayakan agenda KAG adalah isu perkauman atau rasisme.

Kematian George Floyd pada 26 Mei 2020 di Minneapolis, Minnesota bolehlah dianggap sebagai pukulan K.O. kepada Trump. Isu ini telah menyebabkan rusuhan dan kerosakan yang besar di AS.

Dianggarkan kerugian mencecah ratusan juta dollar di atas kerosakan harta benda yang diakibatkan dari rusuhan yang terjadi hampir di seluruh negara AS.

Kebakaran, kecurian, kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di pelbagai kota raya di AS adalah kelihatan seperti apa yang berlaku di Iraq, Syria dan Afghanistan.

Negara-negara yang dimusnahkan tentera Uncle Sam suatu masa dahulu pastinya gembira melihat apa yang sedang berlaku di AS ketika ini.

Pandangan AS bukan sebuah negara yang hebat juga dikongsi oleh penduduk mereka sendiri.

Kajian yang dilakukan oleh Wharton School dan BAV pada akhir 2019 juga menunjukkan bahawa rakyat AS tidak gembira dengan pencapaian dan usaha yang dilakukan oleh Trump untuk menjayakan agenda KAG.

Sebanyak 61 peratus mempercayai bahawa rasisme masih bertapak keras di AS, ini sebelum kematian George Floyd.

Jika kajian ini dilakukan sekarang, pastinya peratusan ini akan meningkat dengan signifikan. Sejumlah 60 peratus lagi menolak kesamarataan pembahagiaan kekayaan dalam kalangan penduduk Amerika.

Sebanyak 45 peratus tidak mendapat akses kepada kesihatan awam dan hanya 50 peratus mempunyai kesedaran tentang kesihatan.

Malah yang lebih parah lagi, hanya 46 peratus merasa gembira dengan kehidupan yang dimiliki di AS ketika ini.

Dengan semua faktor ini, jelas sekali bahawa AS tidak lagi hebat dan gagah sebagaimana yang diimpikan oleh presiden Trump.

Presiden OECD, Jose Angel Trevino menyatakan bahawa yang mengukur tahap kemajuan dan kejayaan sesebuah negara bukanlah melalui pembangunan material semata-mata, akan tetapi ia diukur melalui indeks kegembiraan dan persepsi masyarakat di negara tersebut.

Yang boleh menjadikan AS negara yang hebat semula adalah rakyatnya sendiri dan yang boleh menggagalkan status tersebut juga adalah rakyat AS juga.

Trump tidak boleh menjadikan AS hebat dengan menakluki dan menjajah negara-negara lain, akan tetapi perlu mentamadunkan rakyat mereka sendiri.

Kegagalan masyarakat AS mengawal diri dalam menghadapi pandemik COVID-19 ditambah pula dengan insiden rasisme George Floyd membuktikan bahawa presiden dan rakyat AS itu sendiri haruslah hebat dan bertamadun bukannya mentamadunkan bangsa atau negara lain semata-mata.

Benarlah pepatah yang mengatakan bahawa ikan membusuk dimulai dari kepala. 

 Prof Madya Dr Mohd Mizan Aslam merupakan Profesor Madya UniMAP dan Pakar Kajian Strategik & Anti Keganasan

Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah (Engl...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/07/trump-janji-syurga-buat-warga-as-tetapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Mati Itu Benar Syurga Neraka Itu Benar Baca Talkin Kp Johor Ingatkan Anggotanya Jangan Ambil Rasuah

Video Mati Itu Benar Syurga Neraka Itu Benar Baca Talkin Kp Johor Ingatkan Anggotanya Jangan Ambil Rasuah

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 429 hits
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang terkenal dengan ketegasan dan kelantangan beliau menentang pembelot dan penjenayah sekali lagi menjadi perhatian rakyat Malaysia melalui bacaan talkin beliau baru baru ini Menrusi satu Pe...
Masjid Tutup Karena Pandemi Warga Palestina Jumatan Di Atap Rumah

Masjid Tutup Karena Pandemi Warga Palestina Jumatan Di Atap Rumah

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 340 hits
Masjid Tutup Karena Pandemi Warga Palestina Jumatan di Atap Rumah Sebuah keluarga di Kota Hebron menggelar salat Jumat di atas rumahnya dengan jumlah lima jemaah
Warga Emas Hilang Ditemui

Warga Emas Hilang Ditemui

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 476 hits
Pok Nor akhirnya ditemui dalam keadaan lemah setelah tiga hari tidak pulang ke rumahnya sejak 30 Julai yang lalu Oleh Alfian MamadKEMAMAN 3 Julai Seorang warga emas yang dipercayai hilang di Tasik Gajah Marah Ibok beberapa hari lalu telah d...
Uniknya Tradisi Siesta Di Spanyol Demi Tidur Siang Toko Toko Ditutup Dan Warga Berhenti Kerja Dulu

Uniknya Tradisi Siesta Di Spanyol Demi Tidur Siang Toko Toko Ditutup Dan Warga Berhenti Kerja Dulu

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 497 hits
Tidur siang dianggap bisa meningkatkan konsentrasi saat kerja Bahkan ada walikota di Spanyol yang menjamin hak warganya buat tidur siang
Dakw4an Benar Kemasukan Warga China Ini Penjelasan Ismail Sabri

Dakw4an Benar Kemasukan Warga China Ini Penjelasan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 358 hits
Berlaku kesilapan dalam laporan berita sebelum ini Ismail Sabri tampil membuat pencerahan di FB milik beliau Petang tadi tular tentang satu kesilapan tajuk oleh Berita Harian yang menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai Namun Berita ...
30 Warga Mukomuko Bengkulu Digigit Hewan Penular Rabies

30 Warga Mukomuko Bengkulu Digigit Hewan Penular Rabies

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 183 hits
Sepengetahuan kami hanya ada satu hewan anjing di daerah ini yang diduga positif mengidap penyakit rabies berdasarkan hasil pemeriksaan tetapi hewan tersebut tidak sampai menggigit orang katanya
Didatangi Sandiaga Uno Warga Kampung Pulo Minta Tak Digusur Lagi

Didatangi Sandiaga Uno Warga Kampung Pulo Minta Tak Digusur Lagi

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 187 hits
Sebelumnya Sandi mengajak generasi muda atau milenial untuk menciptakan lapangan kerja bukan mencari kerja Terlebih saat ini mencari pekerjaan sangat sulit di tengah pandemi Covid 19
Pasangan Warga Emas Bunuh Diri Selepas Anak Lelaki Meninggal Dunia Akibat Covid19

Pasangan Warga Emas Bunuh Diri Selepas Anak Lelaki Meninggal Dunia Akibat Covid19

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 382 hits
PASANGAN suami isteri warga emas di Odisha Ganjam India ditemui mati akibat bunuh diri Menurut laporan Rajkishore Satapathy dan isterinya Sulochana Satapath menggantung diri selepas anak mereka yang berusia 27 tahun meninggal akibat Covid 1...
Gugus Tugas Banyuwangi Akan Gelar Patroli Untuk Kembali Disiplinkan Warga

Gugus Tugas Banyuwangi Akan Gelar Patroli Untuk Kembali Disiplinkan Warga

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 215 hits
Patroli ini dilakukan sebagai upaya pendisiplinan terhadap warga agar kembali mematuhi protokol kesehatan terutama saat beraktivitas di luar rumah
Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku

One Avenue Band Kisah Baru Kita Chord

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Keto Diet Manfaat Keburukan Cara Diet Yang Betul

Sarapan Pagi Di Kampung