Trip Indo China Mencari Mentari Di Angkor Wat


Sambungan..

Abang Nasir janji nak pickup jam 5.30 am lepas solat Subuh. Pagi tu aku dapat mesej dari abang Zakir, adik abang Nasir. Dia akan gantikan abang dia untuk trip hari ini. Sambil tenyeh makeup tu aku call Epul member aku. Haram tak jawab. Maybe tengah mandi kot. Lepas dah siap makeup, aku try call lagi sekali. Haram tak jawab. Aku rasa member ni mesti tak bangun lagi. Tak boleh jadi ni, abang tuktuk dah sampai. 
Last option terpaksalah aku masuk bilik dia. Kejap-kejap aku berlegar depan pintu dorm dia, takkanlah aku nak sergah masuk bilik orang. Tapi nak ketuk pintu takut mengacau orang lain yang sedang lena dibuai mimpi indah. Aku tawakal je la masuk pintu dia, nasib tak berkunci. Aku main belasah je teka katil dia dan mudah-mudahan aku kejut orang yang betul la. Naya pula kejut orang lain. Hahaha. Nasib la jumpa katil dia, bukan main sedap member tidur, patut tak angkat call aku. 
Aku panggil nama dia, baru dia terjaga. Terkejut kawan tu terus mandi koboi. Abang Zakir gelak-gelak je pasal aku bagitau si Epul tak bangun lagi. Bila difikirkan semula macam aku ni warden buat sportcheck budak tak pergi solat Jumaat. Epul..epul..hampeh sungguh terlepas sunrise.



Pagi-pagi rasa nyaman je naik tuktuk disapa oleh angin pagi, sampai nak terbang topi aku. Abang Zakir bagi kuih untuk breakfast, panas-panas pula tu. Epul tak makan sebab dia sangatlah fussy eater. Pagi-pagi aku dah bising macam makcik Joyah sebab member ni bangun lambat sampai aku kena kejut dia kat bilik. Dia gelakkan aku je, sabar je la dapat member macam ni.
Sewa Tuktuk sehari 15 USD ke Angkor Wat, sampa puas round kuil tu pun boleh. Hari ini kami akan melawat ke Angkor Wat, Bayon Temple dan Ta Phrom. Sebenarnya banyak kuil boleh dilawati tetapi 3 kuil ini wajib dilawati kalau ke Kemboja. Abang Nasir ada cakap setengah hari pun dah cukup dan itu terpulang pada orang. Ada yang 2 jam dah surrender sebab berjalan-jalan di kompleks Angkor Wat memenatkan dan siapa yang tak minat sejarah mesti akan rasa bosan. Tapi bagi aku tempat ini sangat rare dan cun untuk photoshoot (sis kaki gambar).

Tiket masuk ke Angkor WatDalam 15 minit perjalanan kami dah sampai ke kaunter tiket untuk beli tiket masuk ke Angkor Wat. Harga boleh tahan mahal, 37 USD,  tapi sekali dalam seumur hidup kita pejam mata je. Lepas bayar dia akan tangkap gambar kita dan nanti dia print tiket tu siap ada gambar kita. Tak bolehlah nak pass tiket kat orang lain. Tiket ini boleh guna seharian. Ada pakej sehari, 3 hari dan sebulan. Kami ambil yang sehari je.
Aku baca kat blog ada yang cakap sehari pun tak cukup masa untuk explore semua tempat. Bagi kami yang kejar masa nak ke Bangkok malam ni, dapat pergi ke tempat yang cantik dan wajib pun dah memadai. Sebab trip kali ini memang padat dan tak boleh nak lama-lama di suatu tempat. Kira macam singgah kejap je.
Lepas dah dapat tiket kami mulakan trip ke Angkor Wat. Bila dah sampai ke situ, memang terpesona dengan seni ukir kuil Khmer. Sesuai sangat diiktiraf oleh UNESCO. Matahari tak berapa nak naik lagi dan aku nampak ramai jurugambar dah ambik port masing-masing untuk dapatkan gambar yang cun. Aku dengan member santai-santai je sambil ambil gambar.

Mengenai Angkor Wat

Selamat Pagi, Angkor WatAngkor Wat dalam bahasa Khmer bermaksud “kota kuil” dan di bahagian utara Kemboja di Siem Reap yang merupakan salah satu tapak arkaeologi terpenting di Asia Tenggara.
Ia mempunyai keluasan sepanjang 400 kilometer persegi dan menempatkan kuil-kuil, struktur hidraulik dan laluan komunikasi yang telah menjadi pusat pemerintahan zaman Khmer untuk beberapa abad lamanya.

Angkor Wat dibina pada awal abad ke-12 oleh Raja Khmer Suryavraman II sebagai pusat ibadat negara di ibu kota Angkor dan juga sebagai pengabdian kepada Dewa Vishnu.

Monumen ini amat mengagumkan dan memenuhi ciri-ciri peradaban luar biasa kerana ia dilengkapi dengan dengan pelan bandar dan takungan air yang luas. Kuil-kuil seperti Angkor Wat, Ta Phrom dan Bayon merupakan contoh kepada senibina Khmer yang berkait rapat dengan konteks geografi dan dipenuhi dengan makna simbolik. Ia merupakan tapak arkaelogi utama yang mempersembahkan budaya, agama dan nilai-nilai simbolik serta mempunyai senibina tertinggi, arkaelogi dan kepentingan artistik.

Kini, ia telah menjadi sebahagian dari Angkor Tapak Warisan Dunia sejak 1992 dan menjadi simbol kebanggaan bagi rakyat Kemboja.

 Pengalaman di Angkor Wat
Tak hairanlah kenapa bayar lebih kerana tapak ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai candi terbesar di dunia. Senibinanya memang sangat lawa dan gambar anda memang super duper awesome. Biasa orang akan tunggu sunrise dan sunset. Sunrise dah terlepas, nak harapkan Sunset memang kempunan sebab kami dah kena gerak ke Bangkok. Salahkan si Epul, hahaha.

Kalau nak melawat Angkor Wat ini, pastikan anda cukup sihat kerana kawasan luas dan spot yang best untuk anda dapatkan shot terbaik. Pastikan anda memakai kasut sukan, bawa payung, topi dan air sebab baru sejam sis dah rasa panas. Panas kering membuatkan badan lagi letih, tapi untuk mendapatkan gambar terbaik sis sanggup berpeluh. Jangan risau kalau rasa haus, ramai penjual air kelapa dan air sejuk di sekitar sini. Aku dengan member pekena air kelapa 1 USD, sebiji kelapa dia bagi. Lepas habis minum kita toreh isi dia pula. Malangnya aku punya kelapa takde isi, jadi aku tibai member punya. Hihihi.

Lepas dah habis pusing-pusing satu Angkor Wat dalam 2 jam kemudian aku dah panggil tuktuk tunggu tempat yang kami turun. Kuil Angkor Wat dengan Bayon dan Ta Phrom terpisah dan kena naik tuktuk untuk pergi ke kuil-kuil tersebut. Ta Phrom ini lokasi filem Tomb Raider. Pokok yang Angelina Jolie shooting tu memang teramat famous dan korang kena baris semata-mata nak ambil gambar. Dengan panas terik sis gagahkan juga demi untuk memenuhi misi bergambar di lokasi Tomb Raider (walaupun sis tak layan pun cerita tu).
Dah dapat gambar diingini, kami teruskan lagi masuk ke dalam kuil, tapi yang tak best sebab tempat masuk dan tempat keluar lain. Jadi kena cari jalan lain untuk keluar. Tadi dah janji dengan abang Zakir untuk tunggu di pintu barat. Kami kena keluar ikut jalan keluar yang betul sebab kat dalam ni line telepon takde. Nanti buat drama mencari abang tuktuk pula. Sesat juga la nak cari gate yang betul sampai banyak kali pergi tempat yang sama.

Paling seram bila kami lalu satu lorong tu nenek jual tangkal dan kebetulan dia pun tengah jampi tangkal tu (ada klien mat salleh). Tak tahulah tangkal apa, tapi lalu kat makcik tu pun dah seram.  Lepas dah pusing-pusing akhirnya kami jumpa jalan keluar juga.

Last sekali pergi ke Bayon Temple, kat sini banyak kuil-kuil diukir dengan wajah Buddha. Kuil ini kecil je dan dalam 30 minit dah settle. Aku pun dah tak larat sebab badan dah berkicap macam pergi ke bendang. 
Abang Zakir bagi air sejuk, jadi dapatlah sejukkan badan yang dah macam kena panggang atas api. Trip Angkor Wat tamat dan kami balik ke hostel nak mandi, makan kat restoran abang Nasir dan gerak ke Poipet. Teksi akan pickup kami kat restoran.  Sebenarnya, abang Nasir bagi kami tumpang mandi kat restoran dia, masa tu tak plan betul-betul lagi nak tidur kat mana dan rasa segan pula tak kenal tapi tetiba nak tumpang mandi. Balik hostel staf tu benarkan kami guna bilik air dan lepas dah siap-siap kami gerak ke restoran abang Nasir dan naik teksi ke Poipet.


Sis belanja gambar ya...


matahari baru nak naikSiapa nak panjat tangga tu???roarrr...SmileNak gambar dengan dorang, bayar pengeras 1 USD.Panorama cun!Air kelapa 1 USDBayon TempleNampak kurus tak?
Tak sanggup dah naik tangga dah kena beratur.
Demi gambar cun
Jadi retis hari ini.
I wanna fly!Warna-warni
Ini dia Epul budak yang bangun lambat.
Pokok tempat Angelina Jolie main kejar-kejar.Cukuplah sis dah surrender!!!Ta Phrom
Kos:

Sewa Tuk-tuk sehari = 15 USD (satu tuk-tuk)
Tiket Angkor Wat = 37 USD
Air Kelapa = 1 USD

Bersambung...






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mynameistraveller.blogspot.com/2020/02/trip-indo-china-mencari-mentari-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trip Indo China Hello Siem Reap

Trip Indo China Hello Siem Reap

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 240 hits
Setelah 8 jam duduk dalam van akhirnya kami dah sampai ke Siem Reap Phewww penat bak hang Nak massage Pub Street kawasan shopping dan makanan halal Kami dah sampai kat Stesen bas Mekong Express aku pun usha usha kaunter bas sini dan tanya b...
Trip Indo China Poipet Ke Bangkok

Trip Indo China Poipet Ke Bangkok

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 262 hits
Rasa segar lepas mandi Tak sabar nak makan sebab penat pusing pusing kat Angkor Wat Kami makan di The Siem Reap Halal Backpackers restoran milik abang Nasir Makanan Melayu Kemboja Thailand dan Vietnam ada kat sini Jangan bimbang restoran in...
Malaysia Is Donating 18 Million Medical Gloves To China Amidst The Wuhan Virus Epidemic

Malaysia Is Donating 18 Million Medical Gloves To China Amidst The Wuhan Virus Epidemic

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 414 hits
2 3 million gloves have already been dispatched to Wuhan small Cover image via theSundaily Chiang Rai Times small Earlier today the government announced that Malaysia will be donating 18 million pieces of medical gloves to China in wake of ...
Koronavirus Kumpulan Kakitangan Gesa Syarikat Penerbangan Henti Terbang Ke China

Koronavirus Kumpulan Kakitangan Gesa Syarikat Penerbangan Henti Terbang Ke China

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 306 hits
Kumpulan kakitangan penerbangan Kesatuan Kebangsaan Anak anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia menggesa syarikat syarikat penerbangan segera menghentikan penerbangan ke China semasa penularan wabak koronavirus Sekretariat kumpulan itu berka...
Former Cm Questions Sabah Govt Over China Travel Ban

Former Cm Questions Sabah Govt Over China Travel Ban

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 319 hits
Former chief minister Yong Teck Lee wants Sabah government to explain the blanket ban on all inbound flights from all airports in mainland China but not from Hong Kong or Macau which have also reported cases of infection KOTA KINABALU Sabah...
123 Pelancong China Pulang Naik Pesawat Khas

123 Pelancong China Pulang Naik Pesawat Khas

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 279 hits
KOTA KINABALU 31 JAN Seramai 123 pelancong China dari Hubei pulang menaiki pesawat sewa khas Xiamen Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pukul 6 30 petang tadi Mereka menaiki pesawat sewa khas atas inisiatif kerajaan Ch...
Angka Terkini 170 Kematian 7 711 Positif Jangkitan Koronavirus Di China Suara Tv

Angka Terkini 170 Kematian 7 711 Positif Jangkitan Koronavirus Di China Suara Tv

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 411 hits
WUHAN Jumlah kematian akibat penularan coronavirus di China terus meningkat kepada 170 orang apabila wilayah Hubei yang terkesan teruk melaporkan 38 kematian baharu Hubei pusat penularan coronavirus yang mencetuskan kebimbangan global melap...
Singapore Bars Arrivals From China Over Coronavirus Fears

Singapore Bars Arrivals From China Over Coronavirus Fears

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 335 hits
Singapore is also suspending visa issuance to China passport holders SINGAPORE Singapore on Friday announced a sweeping ban on arrivals and transit passengers from mainland China as authorities toughened measures to prevent the spread of a ...
Jumlah Kematian Di China Meningkat Kepada 213 Orang Kes Mencecah 10k

Jumlah Kematian Di China Meningkat Kepada 213 Orang Kes Mencecah 10k

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 336 hits
Wabak koronavirus kini semakin membimbangkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China telah mengesahkan jangkitan wabak ini telah mencecah hingga 9 692 orang WHO juga telah mengisytiharkan kes ini darurat kesihatan global Menurut sumber jumla...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities