Trend Kopi Tanpa Kafein
kopi tanpa kafein organik yang dibeli oleh saya dan rakan
MINUMAN KOPI adalah antara minuman paling digemari penduduk di dunia ini
Siapa yang tidak menggemari kopi? terutama jika anda seorang yang aktif dan agresif
Tetapi oleh kerana lambakan info bahawa kandungan kafein yang tinggi di dalam kopi, dan keburukan kafein, kini pengeluar kopi telah mula memperkenalkan kopi tanpa kafein di pasaran
Malah NESCAFE yang merupakan jenama kopi kegemaran ramai juga memperkenalkan kopi tanpa kafein
Malah pengeluar kopi organik juga telah mula memperkenalkan kopi tanpa kafein
Sasaran pengeluar KOPI TANPA KAFEIN ini , lebih kepada penggemar kopi yang menghadapi masalah migrain dan mereka yang ingin mengurangkan kafein dalam menu seharian mereka
Apakah itu KOPI TANPA KAFEIN? dan risikonya
TERDAPAT banyak pendapat mengenai KOPI TANPA KAFEIN ini
1) CARA PEMPROSESAN KOPI TANPA KAFEIN itu? Adakah selamat atau tidak
2) APAKAH KANDUNGAN KAFEIN DI DALAM KOPI BENAR-BENAR TIADA
3) KESAN SAMPINGAN MENIKMATI KOPI TANPA KAFEIN
Dari hasil carian di google ;-
A. Kopi tanpa kafein di katakan akan menyebabkan peningkatan kolesterol LDL yang berbahaya. Link artikel lanjut di sini http://www.news-medical.net/news/2005/11/16/16/Indonesian.aspx
B. Dikatakan juga kopi tanpa kafein bukanlah bebas kafein sepenuhnya
C. Kemungkinan ANTIOKSIDAN di dalam kopi hilang ketika proses pembuangan kafein dilakukan.
D. Bahan kimia yang digunakan ketika proses pembuangan kafein
E. Kopi bebas kafein juga dikatakan menghalang penyerapan zat besi di dalam tubuh
Terdapat banyak lagi kesan kopi tanpa kafein kepada tubuh anda
Anda boleh merujuk artikel kesan sampingan kopi tanpa kafein di link ini http://teeccino.com/building_optimal_health/39183/Decaf-Coffee-And-Health.html
cara pemprosesan yang selamat di terangkan pada botol kopi organik ini
Walau bagaimana pun pengalaman saya dan rakan membeli sendiri salah satu jenama kopi tanpa kafein seperti gambarajah di atas
Ia menggunakan teknologi yang lebih selamat dalam membuang kafein pada yang terdapat pada biji kopi
Menikmati kopi tanpa kafein ini sama sahaja rasa keenakan seperti menikmati kopi biasa tetapi kopi tanpa kafein ini tidak menyebabkan sakit kepala atau migrain kepada semua rakan kami yang mencubanya
Ini berbeza jika saya atau rakan-rakan saya menikmati kopi biasa
Malah rakan kami yang menghadapi masalah migrain juga boleh menikmati kopi ini tanpa sebarang masalah sakit kepala
Apa sekalipun yang semulajadi biasanya yang terbaik. Terpulang pada individu
Ada masanya saya juga menikmati kopi biasa kerana bimbang akan risiko kopi tanpa kafein. Tetapi ada waktunya saya memilih kopi tanpa kafein untuk mengelakkan sakit kepala dan ketagihan menikmati kopi
Kopi tanpa kafein terbukti dapat mengurangkan rasa keinginan menikmati kopi untuk saya. Saya tidak pasti kesan kepada individu lain
Untuk mereka yang ingin mencuba kopi tanpa kafein ini atau terus menikmatinya
Tepuk dada tanya selera
Terima kasih kepada google atas semua carian maklumat ini
TERIMA KASIH
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://qk79.blogspot.com/2015/10/trend-kopi-tanpa-kafein.html