Trekking Di Kashmir Great Lake




Trekking di Kashmir Graet Lake, itulah tujuan utama saya ke India buat pertama kali pada akhir July 2023. Hari pertama sampai di Srinagar, kami sepatutnya meneruskan perjalanan ke Sonamarg tetapi kami menghadapi sedikit masalah menyebabkan kami terpaksa bermalam di Srinagar dan meneruskan perjalanan keesokkan harinya. Dipendekkan cerita, kami bertolak ke Sonamarg awal pagi esoknya sekitar jam 5:00 pagi. Sonamarg terletak sekitar 80 kilometer dari Srinagar dan mengambil masa kira-kira tiga ke empat jam untuk sampai, jalan dari Srinagar ke Sonamarg hanya boleh dilalui sehingga jam 15:00 petang sahaja. 


Hari pertama.Srinagar - Sonamarg 2730 meter - Nichnai Camp Side 3475 meter.Hampir sejam perjalanan, kami sampai di tempat sekatan jalanraya yang dikelolakan oleh pihak tentera. Di sinilah tempat dimana perjalanan tidak dapat diteruskan ke Sonamarg dan bandar lain selepas jam 15:00 petang. Kami menunggu agak lama di sini sehingga pintu halangan dibuka dan kenderaan dibenarkan meneruskan perjalanan. Kemudian kami singgah di sebuah kedai makan untuk bersarapan. 

Selepas sarapan, kami menuju ke Sonamarg di mana jalur pendakian bermula. Dalam perjalanan ke sana pemandu menunjukkan kepada kami simpang ke Naranag, tempat di mana trekking kami akan berakhir nanti. Kami akhirnya sampai di Shitkari, Sonamarg tempat permulaan trekking sekitar jam 08:30 pagi. Setibanya di sana kami diperkenalkan kepada guide dan pembantunya yang akan menemani kami sepanjang tujuh hari trekking di Banjaran Himalaya bahagian Kashmir India nanti. Kami dijamu segelas teh panas dan bekalan makan tengahari sebelum memulakan pendakian


Kami memulakan pendakian sekitar jam 09:00 pagi. Cuaca pagi itu agak redup dan jalur agak menegak menyebabkan saya tercungap-cungap. Tiba di atas bukit yang tinggi itu saya sedikit pening kerana mungkin mula diserang AMS. Di atas bukit sana kami disambut sekumpulan tentera dan menyerahkan passport untuk diperiksa. Pemeriksaan tidak mengambil masa kerana sekadar memenuhi tugas. Kemudian kami meneruskan pendakian sehingga sampai di atas sebuah bukit yang dipanggil Top Table pada jam 12:30. Terdapat sebuah gerai di sini, kami berehat sebentar sambil minum dan makan maggi



Sekitar jam 13:00 kami meneruskan perjalanan. Kami melalui hutan yang redup dikenali sebagai Shodakari Birth Forest dan kemudian menyusuri jalur menurun selari arus sungai. Kami juga mula melintasi tompok- tompok salji yang masih beku dan kami singgah makan tengahari di tepi sungai.







Tujuan hari pertama ini adalah bermalam di Nichnai Camp Side 3475 meter. Kami sampai di tapak khemah sebelah sungai ini pada jam 16:00 petang. Terdapat beberapa kumpulan lain yang mendirikan khemah di sebelah sungai sana. Sepanjang trekking hari ini, kadang-kala perjalanan kami dilanda hujan. Sampai di camp side, hujan mula berhenti dan di sebelah malam jutaan bintang bertaburan di langit gelap. Saya yakin esok cuaca akan kembali cerah kerana terdapat banyak bintang di langit




Hari kedua. Nichnai Camp Side - Nichnai Pass 4100 meter - Vishensar Camp Side 3658 meter
Hari ni kami akan melintasi puncak banjaran iaitu Nichnai Pass yang berketinggian 4100 meter. Pagi itu hujan yang melanda sejak awal pagi tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Jam 09:00 kelihatan kumpulan lain meninggalkan tapak perkhemahan. Kami bertolak agak lewat pagi itu sekitar 09:10 pagi dalam cuaca yang masih gerimis. Sepanjang perjalanan cuaca masih hujan dan kami sampai di Nichnai Pass sekitar jam 16:30 petang. Terdapat gerai minuman di puncak banjaran itu dan kami singgah di sana untuk berteduh seketika sambil minum, makan roti telor dan maggi. Terdapat ramai pendaki tempatan di dalam gerai tersebut dan kumpulan mereka terpaksa berpatah balik setelah menunggu dua malam di Vishensar Camp Side kerana hujan dan perjalanan tidak dapat diteruskan






Setelah melintasi Nichnai Pass 4100 meter, trek menurun dan agak landai tetapi jauh. Saya agak lega bila melihat khemah kami didirikan 30 minit sebelum sampai di Vishensar Camp Side. Tempat khemah di sini bersih dan pemandangan di sini juga cantik. Kami sampai di sini sekitar jam 19:00 petang








Hari ketiga. Terdampar di Vishensar Camp Side 3685 meter
Walaupun semasa sampai di camp side hujan telah berhenti dan cuaca semakin baik, tapi setelah tengah malam hujan mula turun. Menurut ramalan cuaca, dua hari awal pendakian kami hujan, hari ketiga dan seterusnya cuaca baik. Hari ketiga adalah hari paling sukar kerana kami akan menyeberangi puncak banjaran yang paling tinggi di Kashmir Great Lake ini. Guide mengambil keputusan menggunakan hari extra (buffer day) di sini sementara berharap cuaca kembali baik keesokkan harinya untuk meneruskan pendakian. Kami berehat semahunya di sini. Cuaca di gunung sukar diramal




Hari keempatVishensar Camp Side 3685 meter - Gadsar Pass 4200 meter - Gadsar Camp Side 3567 meter
Hari paling mencabar dalam carta trek Kashmir Great Lake kerana trek hari ini menyeberangi puncak banjaran Gadsar Pass. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 08:00 pagi. Kami melintasi tasik Vishensar dan tasik Kishensar dalam pendakian ke Gadsar Pass. Dalam perjalanan menuju Gadsar Pass kami berselisih dengan kumpulan pendaki tempatan yang berpatah balik kerana kuda mereka enggan turun ke sebelah sana disebabkan trek bahaya dan licin. Saya berdoa pengembala kuda kumpulan kami berjaya memujuk kuda agar nasib kami tidak seperti mereka. Setelah sampai di puncak Gadsar Pass kami meneruskan perjalanan turun di sebelah sana dan melintasi pula Tasik Gadsar dan kami bermalam di Lembah Gadsar 3567 meter. Kami sampai di Gadsar Camp Side sekitar jam 16:50 petang



































Hari kelimaGadsar Camp Side 3567 meter - Mengan Dob 3600 meter
Hari ini kami mula trekking sekitar jam 09:20 pagi, kami melintasi Lembah Satsar,  Dhoobha Pani dan melintasi tiga buah Tasik Satsar yang cantik. Hari ini tiada sempadan banjaran yang kami lintas tetapi trek tetap menaik dan menarik. Trek hari ini dipenuhi bunga-bunga kuning yang cantik. Setelah melalui tiga buah Tasik Satsar, kami sampai di Mengan Dob Camp Side sekitar jam 15:00 petang


















Hari keenamMengan Dob 3600 meter - Zacheball Pass 4150 meter - Nundkol Lake 3400 meter
Kami memulakan trekking hari ini awal sekitar jam 07:30 pagi, melintasi puncak banjaran Zacheball Pass 4150 meter dan menyaksikan dua tasik yang popular di trek Kashmir Great Lake ini iaitu Tasik Gangbal dan Tasik Nundol yang dikenali sebagai Twin Lake. Kami sampai di Nundkol Camp Side sekitar jam 14:00 petang. Di tasik ini pembantu guide kami berjaya memancing Ikan Troat dan menjamu kami ketika makan malam


















Hari ketujuhNudkhol Lake 3400 meter - Naranag 2275 meter
Hari terakhir ini kami memulakan trekking pada jam 08:30 pagi. Trek hari ini kami melalui Trail Butsheri dan trek banyak menurun. Melayan trek zigzag sehingga ke Kampung Naranag sungguh menduga kesabaran. Kami sampai di Naranag sekitar jam 13:30 petang













Kashmir Great Lake Trek dibuka tiga bulan  setahun dari bulan July hingga September bergantung keadaan cuaca. Trek bermula dari Sonamarg dan berakhir di Naranag atau sebaliknya. Berjarak sekitar 65 kilometer dan mengambil masa tujuh hari termasuk satu hari extra (buffer day). Menyeberangi tiga puncak di Banjaran Himalaya dalam enam hari trekking di mana ketinggian setiap puncak melebihi ketinggian Gunung Kinabalu. Di banjaran ini pemandangan sungguh indah, bunga-bunga mengembang mewarnai gunung yang kehijauan, ribuan mungkin jutaan biri-biri jinak meragut rumput, jutaan bintang bertaburan di langit, air gunung dan air terjun yang bersih sehingga boleh terus di minum, salji mencair mengalir di sungai yang jernih, trek yang cantik terutama tasik yang menjadi tarikan pesona utama di banjaran ini. Semua ini pasti tiada di tempat lain, datanglah trekking di sini. Jalur di sini sungguh indah dan lebih cantik dari dalam gambar. Terima kasih Allah

Contact: Nawab:+918825034611
Itinerary:Hari 1- Srinagar- Shitkari, Sonamag 2730 meter - Nichnai Camp Side 3475 meter
Hari 2- Nichnai Camp Side - Nichnai Pass 4100 meter - Vishensar Camp Side 3683 meter
Hari 3 - Terdampar di Vishensar Camp Side (hujan)
Hari 4 - Vishensar Camp Side - Gadsar Pass 4200 meter - Gadsar Camp Side 3567 meter
Hari 5 - Gadsar Camp Side - Mengan Dob 3600 meter
Hari 6- Mengan Dob - Zacheball Pass 4150 meter - Nundkol Camp Side 3400 meter
Hari 7- Nundkol Camp Side - Naranag 2275 meter




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2023/08/trekking-di-kashmir-great-lake.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Neolith Selected For Single Source Sustainable Beauty As Part Of Exclusive Lake Sheen Project

Neolith Selected For Single Source Sustainable Beauty As Part Of Exclusive Lake Sheen Project

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 202 hits
Project Lake Sheen Project Architect John Drake Lead Designer Rob Turner Location Lake Sheen Orlando Florida Area 7 461 sf Year 2023 Search and you will find After careful consideration award winning designer Rob Turner had made The post ap...
Exploring Lake Braies The Remarkable Activities Of The Summer Season

Exploring Lake Braies The Remarkable Activities Of The Summer Season

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 181 hits
The peace and tranquility of nature can be the ideal refuge when the scorching sun is setting the planet on fire Nestled in the enchanting Dolomites Lake Braies stands as an ethereal gem with a stunning escape from the rising summer tempera...
Summer S Delight Why Lake Braies Is A Must Visit Destination

Summer S Delight Why Lake Braies Is A Must Visit Destination

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 154 hits
When the sun s rays set the world ablaze and the temperatures reach their highest point there s no better time than now to take refuge in the embrace of the peace of nature The lake is nestled in the stunning Dolomites Lake Braies stands as...
Lake Side Taman Tasik Paya Besar

Lake Side Taman Tasik Paya Besar

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 243 hits
View of a newly completed recreation park You can find more beautiful views of the sky at
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000