Travelog Bukittinggi Indonesia Na24
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sepatutnya pada pagi ini 20210125, Tedi siapkan kerja, namun tiada akses satu pangkalan data pula. Memandangkan Google Photos mengimbau gambar-gambar ini maka Tedi berasakan agak rugi untuk membiarkan mereka terperam sahaja.
Ini adalah koleksi gambar ketika kami melancong ke Bukit Tinggi di Indonesia di mana ini adalah hari ke-2 pelancongan kami di Sumatera Barat ini.
Tedi juga telah berjaya lengkapkan timeline pelancongan ini berdasarkan kepada maklumat daripada gambar-gambar yang dirakam Master. Cuma mungkin jalan yang dipilih Google Maps adalah tidak seperti jalan sebenar yang kami lalui.
Bungkus makan malam di Warong Makan Ayam Penyet Wong SemarangAkhirnya kami tiba di kedai makan yang diberi nama Warong Makan Ayam Penyet Wong Semarang. Banyak makanan unik di sini tetapi kami hanya bungkus nasi goreng sahaja hihihi.
Mummy pula membungkus Jus Alpukat (jus Avocado). Tidak rugi beli minuman tersebut.
Kali ini Mummy yang menangkap gambar manakala Master menghabiskan masa main game Candy Crush mungkin menggunakan tablet Google Nexus 7.
Gambar menu makanan di Warong Makan Ayam Penyet Wong Semarang yang menunjukkan makanan seperti Soto Ayam, Udang Bakar Madu, Mie Goreng, Capcai, Nasi Uduk, Ifumie Seafood, Pecel Lele, Bihun Goreng. Ketika jam 8:10 malam waktu Bukit Tinggi. # Friday, 24 January 2014, 20:10 # 20140124 # 20140124 Padang (260).JPG # Canon EOS 500D # https://goo.gl/maps/LjoWVji2axwfumCc9 #Mummy sempat pula menangkap gambar penyediaan Jus Alpukat oleh pekerja kedai makan tersebut.
Kembara ke Padang hari ke-2. Gambar seorang pekerja Warong Makan ayam Penyet Wong Semarang sedang mengisar buah avocado untuk menyediakan Jus Alpukat yang menjadi kegilaan Mummy. # Friday, 24 January 2014, 20:15 # 20140124 # 20140124 Padang (263).JPG # Canon EOS 500D # Bukittinggi, Puhun Tembok, Mandiangin Koto Selayan, Bukittinggi City, West Sumatra 26136, Indonesia #
~20140124~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2021/01/travelog-bukittinggi-indonesia-na24.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29