Travel Trip Ke Kedah Dan Bermalam 3h2m Dalam Suasana Di Kelilingi Alam Semulajadi Di Amd Resort Camp Perik





Dah rancang ke mana nak pergi brrcuti dengan keluarga? Haaa... almaklumlah kan kita dah lama dipenjarakan dalam rumah sendiri sejak Covid 19 melanda dan bermula PKP, Seri Wangi rasa 2 tahun jugaklah kita bercuti di rumah sendiri. Kini alhamdulillah..kita dah boleh merentas negeri, otak yang beku pun dah fresh balik.. haaaa! Tapi jangan nak seronok.. errrr..mr covud belum hilang lagi di dunia... kena ingat tu..dan paling utama korang semua dah complete cucuk Vaksin ke? Hmmmm.... yang mana belum cepatlah pergi cucuk, tak susah mana pun kan? Takut mati? Allah...kalau dah sampai ajal, tengah tidur pun boleh mati tapi jangan susahkan orang lain kalau tak mau vaksin.
Okay... Seri Wangi nak cerita bab yang happy happy... kita pergi cuti cuti malaysia dulu eerr.. cuti cuti oversea tu kemudian fikir pulak.. biar keadaan covid dah reda betul tak?
Jom ikut Seri Wangi cuti cuti Malaysia ke Kedah sambil jalan-jalan cari makan dan explore tempat-tempat menarik sepanjang bercuti dan bermalam di AMD Resort & Camp Perik. lnipun first time Seri Wangi dapat melihat dan explore tempat percutian dan tempat bersejarah sepanjang travel ke Kedah. Kalau nak tau apa yang menarik selama bermalam di AMD Resort dan perjalanan ke Kedah teruslah membaca tau! 

Sememangnya seronok sangat kalau kita travel beramai-ramai naik bas, dalam bas kita dapat perhatikan macam-macam ragam dan perangai masing-masing, lagilah pulak dalam bas ramai ladies dan yang gentlemennya adalah berapa kerat jer... haaaa...lebih-lebih lagi si tour guidenya pun boleh tahan pandai buat lawak jadi tak boringlah. Destinasi pertama yang akan kami lawati sebelum munuju ke AMD Resort & Camp Petrk ialah THE TREE TOP WALK Sungai Sedim. 
THE TREE TOP WALK

Seri Wangi paling suka datang ke THE TREE TOP WALK Sungai  Sedim, Taman Eko Rimba, Sungai Sedim, Kedah, memang Seri Wangi rekomen korang datang bercuti ke sini bersama keluarga sebabnya tempat dia di kelilingi hutan dara yang menghijau, air terjun yang sejuk dan nyaman, eloklah bermalam dan berkhemah di sini untuk mendidik anak-anak kita dapat menyintai alam semulajadi yang indah. Lagi adventure berjalan di jambatan besi di atas pokok pokok yang panjangnya lebih kurang  925meter dan ketinggian 26meter. Memang best dapat rasai pengalaman berjalan sambil berselfie sakan begitu memukau mata memandang. 
'Open your eyes and fresh your mine' 














Next time Seri Wangi nak datang lagi ke sini sebabnya tak puas lagi pusing-pusing kat rimba ni, jelous betul bila tengok dorang mandi kat air terjun, memang luas sungguh Taman Eko Rimba ni, tempatnya pun cantik, paling utama Seri Wangi nak nasihatkan jaga kebersihan dan jangan buang sampah merata rata tempat dan juga jaga SOP. 
Untuk temmpahan dan sebarang pertanyaan sila berhubung dengan di talian: 019-4501588

AMD RESORT & CAMP PERIK


Akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu AMD Resort & Camp Perik...rasa lega dan alhamdulillah.. seharian dalam perjalanan dari KL ke Kedah. Nak bagi tau kalau korang datang bus rombongan cik Kiah.. haaaa... bus tak boleh masuk ke dalam, kalau naik kereta no problem, jadinya korang kenalah menapak bawak bag-bag korang ke sana.  Alahai... tak jauh mana pun tapi berpeluh jugaklah. haaa..! Bila sampai, tengok tempatnya yang paling seronok tengok sungai yang mengalir dan uniknya nampak rumah kayu iaitu Warisan D'Sungai Cafe terletak di atas sungai dan beberaa buah rumah penginapan serta dikelilingi kehijauan hutan rimba dan bukit bukau. 





Kedatangan kami disambut oleh owner AMD Resort & Camp Perik iaitu Dato Ahmad Mad Daud dan Kasbella Kase'k dan memberi penerangan berkenaan AMD Resort & Camp Perik yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai yang ingin menginap di resort tersebut dengan konsep suasana kampung. Tempat penginapan bukanlah seperti 3/4/5 bintang tetapi konsep kampung style, Cabin Rainbow(dorm) dan camping site. Begitu juga ada pelbagai aktiviti menarik agar tetamu-tetamu tidak boring seperti flying fox, aktiviti sukan badminton, futsall, hiking dan mandi manda di sungai, sukaneka keluarga serta team building. 
Di AMD Resort juga mempunyai tempat makan iaitu Warisan D'Sungai Cafe yang sedia menerima tempahan seperti pelbagai majlis keraian, meeting, majlis harijadi, BBQ, makan dalam sungai dan berpicnic dengan family. Paling best jika menginap di AMD Resort ialah waktu musim buah durian dan buah buahan, memang puas hati kata pengunjung yang datang ke sini. 





Bila Seri Wangi melangkah ke AMD Resort terpesona dengan pemandangan di sekelilingnya yang menghijau, itu belum lagi ronda ronda di semua kawasan yang berdekatan terutamanya di tepi sungai memang cantik pemandangannya. 






PENGINAPAN 
Penginapan di AMD Resort Sg Perik memang menyeronokkan dengan suasana kampung dan di kelilingagi hutan dan sungai yang mengalir. Pelanggan boleh memilih oenginapan sama ada Oenginapan Kampung Style, Cabin Rainbow ataupun bermalam dalam khemah yang boleh disewa - campsite sambil BBQ di tepi sungai. 
Penginapan Kampung Dtyle
Seri Wangi nemang suka kalau dapat menginap di rumah kayu, bertangga dan ada pangkin di luar. Kalau nak tau bilik-bilik ni memang cantik, selesa dan luas sesuai kalau yang ramai family tapi tandasnya kat luar macam rumah kampung dulu-dulu. Mempunyai 8 bilik dan boleh muat untuk 25 pax








Penginapan Cabin Rainbow


Bila Seri Wangi tengok penginapan Cabin Rainbow ni teringat pulak kehidupan budak-budak yang duduk asrama, bila sendiri yang menginap di cabin ni barulah tau betapa seronoknya duduk ramai-ramai memang riuh rendah jadinya, sampaikan orang sebelah ketuk dinding sebab buat bising dan dengar apa yang korong membawang...haaaa!!!













PENGINAPAN DI CAMPING  SITE


Kalau suka bercamping bolehlah berkhemah di tepi sungai dengan family, boleh BBQ bagai dan berkelah, seronokkan? Lebih-lebih lagi anak-anak muda yang memang suka tidur di dalam khemah sambil mandi sungai ataupun buat unggun api.








MAKAN DALAM SUNGAI DAN WARISAN D'SUNGAI CAFE


Korang jangan risau pasal makan bila menginap di AMD Resort, korang boleh makan di Warisan D'Sungai Cafe, menu-menu yang disediakan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam memang sedap-sedap belaka, masakan kampung. Seri Wangi suka makan pulut dan nasi lemak dia masa sarapan pagi, bila balik terkenang kenang masakan kampung air tangan orang Kedah. Sambil makan dapat melihat pemandangan di sekeliling yang menghijau, bila pandang ke bawah boleh lihat air sungai mengalir. 







Di AMD Resort juga bukan saja korang boleh makan di Warisan D'Sungai Cafe, korang juga dapat rasai pengalaman makan dalam sungai sambil kaki tu berendam dalam air, jangan risau tak ade buaya, ikan pirana... haaaa.. korang boleh nikmati keenakan masakan Ikan Siakap 3 rasa (harga mampu milik😅) dan paling viral ikan termenung masak kari.. sedap giler... haaa... semualah sedap hidangan makan dalam sungai. 





Jika datang musim buah durian, memang best dapat menikmati makan buah durian dalam sungai... haaaa... nampaknya kena datang lagi ni!! 




AKTIVITI DI AMD RESORT
Pelbagai aktiviti di AMD Resort & Camp Perik sediakan agar korang tak boring.. terutamanya anak-anak muda yang sukakan adventure, seperti hiking di belakang AMD Resort jer.. korang dapat melihat keindahan awan carpet, time Seri Wangi  sayang tak dapat hiking sebab hujan jadi kempunanlah nak tengok awan carpet. 





Selain itu juga ada aktiviti sukan di mana AMD Resort menyediakan gelanggang badminton/futsall untuk anak-anak kampung berdekatan beriadah bagi mewujudkan amalan sihat dikalangan belia dan juga untuk mengisi masa lapang dan juga aktiviti flying fox, team building dan  sukaneka keluarga bagi mewujudkan amalan sihat dikalangan belia. 



PROJEK 'MY KAMPUNG MY FUTURE' 
Di samping itu terdapat juga projek usahawan 'My Kampung, My Future untuk penduduk kampung Perik, Kuala Nerang Kedah sepetti Projek Kuih  Batang Buruk dan  Projek Ternakan Madu Kelulut. 
Projek Kuih  Batang Buruk








Projek Ternakan Madu Kelulut









 APP eDesa Produk Orang Kita



eDesa - Produk Orang Kita. App eDesa adalah applikasi memasarkan produk produk  desa usahawan yang ingin memasarkan profuk tempatan seperti makanan dan Minuman, Barang Kraf dan Hasil Seni, Homestay / Hotel, Sayuran dan Buahan, Hasil Laut dan Haiwan. App eDesa boleh fimuat turun nelalui google play ataupun apple. Maklumat lanjut sila layari:  https://www.edesa.my







AKTIVITI LAWATAN
Selama berada di AMD Resort tidak sahlah kalau korang tak jalan jalan pusing Kedah, banyak tempat-tempat menarik di Kedah yang dapat kami pergi antaranya melawat Kebun Harum Manis Kampung Padang terap. Hmmm....nampaknya kami salah hari datang ke sini sebab bukan musim buah mangga berbuah, jadi kami tengok pokok mangga jerlah... haaaa.. samnil dengar penerangan dari owner kebun tersebut. 



PEDU LAKE


First  time Kak Seri jejak kaki di Tasik PEDU memang cantik sangat keindahan Tasik Pedu. Kalau nak merasa  bermalam bersama family and kawan-kawan di Seri Mahawangsa House Boat Tasik Pedu, best jugak sekali sekala dapat naik boat untuk ke house boat tasik Pedu. 









Ataupun nak bermalam di pondok-pondok comel and Tree House di Survival Island memang Seri Wangi rekomenkan sebab dapat discover keindahan Tasik Pedu, nak mandi manda di air tasik Pedu, berkayak, memancing dan ronda ronda di Survival Island yang menghijau memang excited dibuatnya serta macam-macam aktiviti yang tentu anak-anak muda suka. Next time Seri  Wangi nak datang lagi sebab 1 day trip memang tak puas rasanya dan tak sempat nak terjun macam dugong di air tasik Pedu yang membiru. 





Sila hubungi untuk tempahan 📞www.wasap.my/600194364807☎0134971447 zuriati Website: www.pedulake.my


MELAWAT RUMAH KELAHIRAN MAHATHIR MOHAMAD

Kalau korang dah berada di Alor Setar eloklah singgah melawat rumah kelahiran Mahathir Mohamad di Nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925. 


Seri Wangi pun first time jejak kaki masuk melihat sendiri rumah lama kelahiran Mahathir, masih cantik, untuh dan dijaga dengan kemas, dan tersusun rapi untuk orang ramai melihatnya. 



MENARA ALOR SETAR


Destinasi seterusnya selepas melawat rumah Mahathir kita pergi pulak je Menara Alor Setar yang tidaj jauh dari rumah Mahathir. Kini orang ramai dah boleh melawat Menara Alor Setar yang telah dibuka semula bermula 2hb Oktober sehingga 31hb Disember 2021. Baca sepenuhnya: Apa Yang Menarik Di Menara Alor Setar




Jadi bolehlah cuba berselfie di Kotak Kaca ' Star View' kalau berani dan tak gayat, dan rasai sendiri pengalaman melihat pemandangan indah  Bandar Alor Setar  di Observation Deck, aras 105 meter. Semua pelawat diwajibkan untuk mematuhi garis panduan SOP.  



Okaylah dah puan jalan-jalan Bandaraya Alor Setar dah ready nak balik KL tapi kalau nak balik KL mana boleh balik dengan tangan kosong nanti anak-anak kat rumah tanya tak bawak balik ole-ole dari Kedah ke?Memang pun kami dah rancang nak singgah di Pekan Rabu, beli apa yang patut, nak borong macam macam yang kawan kirim, family pesan betul tak? termasuklah Seri Wangi yang suka beli jajan di situ.
PEKAN RABU





Alhamdulillah... dah lengkap dah trip kami ke Kedah, semua dah shopping sakan dan  dapat barang yang diidam idamkan dan bolehlah teruskan perjalanan balik ke KL. Rumusannya Seri Wangi sangat happy dan puas hati segala urusan perjalanan jelajah Kedah berjalan dengan lancar. Seri Wangi hendak ucapkan terima kasih kepada owner AMD Read ort & Camp Perik di atas layanan yang tidak berbelah bagi walaupun dalam situasi cemas sepanjang berada di sana, di mana ada beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan disebabkan musim hujan, next time bolehlah datang lagi bila tiba musim buah buahan tetutamanya musim durian. Seri Wangi juga nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi kongsikan gambar-gambar menarik, credit untuk korang.Amin.




Untuk tempahan dan keterangan lanjutbolehlah layari: 
Facebookhttps://www.facebook.com/amdcampperik/

Address:Lot 1386 jalan Kem PerikKampung Perik, 06300 kuala netang Kedah
Contact Nowasap.my/60176883795



#amdresortandcampperik #warisandsungaicafe  #cafedsungai  #makandalamsungai #rumahkampungstyle #cabinrainbow #mandisungai #cuticutimalaysia #jalanjalancarimakan #jjcm #tourismKedah #tourismmalaysia #travelblogger  #malaysiablooger  #influencermalaysia 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2021/11/travel-trip-ke-kedah-dan-bermalam-3h2m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
T21l04 Bermalam Di Hermess Hotel Johor

T21l04 Bermalam Di Hermess Hotel Johor

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 255 hits
Sekarang jam menunjukkan waktu 7 31 pagi Kami sekeluarga berada di Hermess Hotel Johor yang terletak di alamat 51 Jalan Bestari 1 4 Taman Nusa Bestari 81200 Johor Bahru Johor Kami sampai di sini dan daftar masuk pada jam 11 30 malam semalam...
Pass A Vote Of No Confidence In The State Assembly And Bring Down The Kedah State Government

Pass A Vote Of No Confidence In The State Assembly And Bring Down The Kedah State Government

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 232 hits
If you do not agree with what PAS is doing in Kedah then resign from the government or demand that the Kedah State Assembly sits so that a vote of confidence or a vote of no confidence can be tabled and voted on in the State Assembly You ca...
Well Done Kalau Nak Diet Hubungi Saya Ajar Tmj Hubungi Terus Menteri Besar Berkenaan Gaji Pemain Kedah

Well Done Kalau Nak Diet Hubungi Saya Ajar Tmj Hubungi Terus Menteri Besar Berkenaan Gaji Pemain Kedah

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 222 hits
Isu tunggakan gaji bukanlah perkara yang boleh diambil ringan Disebabkan itu pemilik Johor Darul Ta zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berkompromi dengan mana mana kelab yang tidak membayar gaji pemain mereka Bagaimanapun TMJ berasa gemb...
Perghhh Gara Gara Kunci Tercicir 3 Hotel Pula Penuh Tak Dapat Check In Naik Skylift Masuk Di Gym Untuk Bermalam

Perghhh Gara Gara Kunci Tercicir 3 Hotel Pula Penuh Tak Dapat Check In Naik Skylift Masuk Di Gym Untuk Bermalam

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 320 hits
Gara gara kunci tercicir 3 hotel pula penuh tak dapat check in nasib baik pemuda ini dapat bantuan skylift untuk bermalam di gimKhamis 18 November 2021 3 30 PMOleh IWAN SHU ASWAD SHUAIBAzlan menggunakan skylift untuk masuk ke gim miliknya g...
Kah Kah Kah Kita Gelak Ramai Ramai Isu Tunggakan Gaji Pasukan Kedah Tmj Sekolahkan Sanusi

Kah Kah Kah Kita Gelak Ramai Ramai Isu Tunggakan Gaji Pasukan Kedah Tmj Sekolahkan Sanusi

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 329 hits
Isu tunggakan gaji pasukan Kedah TMJ sekolahkan SanusiNovember 15 2021 Pemilik kelab Johor Darul Ta zim Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris hari ini kelihatan membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Bola Sepak Kedah Dato Seri ...
Bupati Bogor Berharap Jokowi Resmikan Huntap Korban Bencana Alam 2020

Bupati Bogor Berharap Jokowi Resmikan Huntap Korban Bencana Alam 2020

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 135 hits
Pembangunan hunian tetap bagi para korban bencana longsor dan banjir bandang yang terjadi di Kabupaten Bogor pada awal 2020 segera rampung Bupati Ade Yasin berharap Presiden Joko Widodo untuk meresmikan fasilitas itu
Persediaan Pelajar Semasa Memasuki Alam Pekerjaan

Persediaan Pelajar Semasa Memasuki Alam Pekerjaan

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 334 hits
Alam pekerjaan merupakan suatu fasa dalam kehidupan yang semua manusia akan tempuh demi mencari pendapatan Pendapatan digunakan untuk menyara kehidupan diri keluarga dan penyumbang kepada kemajuan ekonomi negara dan juga agama Dengan itu pa...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever