Transgender Dan Seks Bebas Di Sinikah Tempat Anda



7 Tempat Paling Berdosa Di Dunia! Ada Yang Pernah Kesini.. (Video)

Hukum Lesbian, Gay, Biseksual Dan TransgenderISLAM sememangnya berbeza dengan gaya hidup liar yang diterapkan oleh sistem sekularisme-liberalisme. 
Menurut mereka, perbuatan seks bebas seperti lesbianisme, gay, biseksual dan transgender adalah dibolehkan kerana ia merupakan hak asasi manusia (HAM) dan sebahagian daripada kebebasan individu yang perlu dihormati dan dijaga oleh negara.

Islam sama sekali tidak membenarkan apatah lagi bersetuju dengan selera murahan yang lebih hina daripada binatang itu. Perilaku lesbianisme, gay, biseksual dan transgender hukumnya adalah haram dalam Islam. Bukan sekadar itu, segala perbuatan haram dianggap sebagai perbuatan jahat/jenayah (al-jarimah) dan ia wajib untuk dihukum. (Abdurrahman Al-Maliki, Nizham Al-Uqubat, hal. 8-10).

Lesbianisme dalam kitab-kitab fiqih disebut dengan istilah as-sahaaq atau al-musahaqah. Definisinya adalah hubungan seksual yang berlaku di antara sesama wanita. Tidak ada khilafiyah di kalangan fuqaha bahawa lesbianisme hukumnya adalah haram. 
Keharamannya antara lain berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW, “Lesbianisme adalah (bagaikan) zina di antara wanita” (as-sahaq zina an-nisaa` bainahunna). (HR Thabani, dalam al-Mu’jam al-Kabir, 22/63). (Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina`iyah al-Islamiyah, hal. 452).
Lesbianisme menurut Imam Dzahabi merupakan dosa besar (al-kaba`ir). (Dzahabi, Az-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba`ir, 2/235). Hukuman untuk lesbianisme tidak sama dengan hukuman zina, tetapi ia termasuk di bawah hukuman ta’zir, iaitu hukuman yang tidak dijelaskan oleh sesuatu nas yang khusus. Jenis dan kadar hukumannya diserahkan kepada Qadhi (hakim). 
Ta’zir ini boleh dalam pelbagai bentuk seperti hukuman sebat/rotan, penjara, tasyhir dan sebagainya.(Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina`iyah al-Islamiyah, hal. 452; Abdurrahman Al-Maliki, Nizham Al-Uqubat, hal. 9).

Homoseksual dikenali dengan istilah liwath. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa telah sepakat (ijma’) seluruh ulama mengenai haramnya homoseksual (ajma’a ahlul ‘ilmi ‘ala tahrim al-liwaath). (Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 12/348). Sabda Nabi SAW,”Allah telah mengutuk sesiapa saja yang membuat seperti perbuatan kaum Nabi Luth, Allah telah mengutuk sesiapa saja yang membuat seperti perbuatan kaum Nabi Luth, Allah telah mengutuk siapa saja yang membuat seperti perbuatan kaum Nabi Luth.” (HR Ahmad, no. 3908).Hukuman bagi homoseks (gay) adalah hukuman mati. Tidak ada sebarang khilafiyah di antara para fuqaha khususnya para sahabat Nabi SAW seperti yang dinyatakan oleh Qadhi Iyadh di dalam kitabnya Al-Syifa`. Sabda Nabi SAW,”Sesiapa saja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Luth, maka bunuhlah kedua-duanya (yang meliwat dan yang diliwat).” (HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa`i).Para sahabat Nabi SAW hanya berbeza pendapat (khilaf) tentang cara perlaksanaan hukuman mati untuk gay. Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay harus dibakar dengan api. Menurut Ibnu Abbas ra, harus dicari terlebih dahulu bangunan tertinggi di sesuatu tempat, lalu dihumban pelaku gay  tersebut dengan kepala menghala ke bawah, dan setelah sampai di tanah dilemparkan pula dengan batu. 

Menurut Umar bin Khattab ra dan Utsman bin Affan ra, gay dihukum mati dengan cara ditimpakan dinding tembok ke atasnya sampai mati. Memang para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat tentang cara perlaksanaanya, namun semuanya sepakat bahawa gay wajib dihukum mati.(Abdurrahman Al-Maliki, Nizham Al-Uqubat, hal. 21).Biseksual pula adalah perbuatan haram yang dilakukan terhadap kedua-dua jenis jantina. Jika dilakukan terhadap berlainan jantina, ia adalah zina. Jika dilakukan dengan sesama jenis, ia tergolong sebagai homoseksual (gay) jika dilakukan di antara sesama laki-laki, manakala jika dilakukan dengan sesama wanita, ia tergolong sebagai tergolong lesbianisme. Kesemuanya adalah perbuatan maksiat dan haram, tidak ada satu pun yang dihalalkan di dalam Islam.Hukumannya disesuaikan dengan faktanya masing-masing. Jika tergolong sebagai zina, maka hukumannya adalah direjam (dilempar dengan batu) sampai mati, jika pelakunya adalah muhsan (sudah bernikah). Bagi yang belum bernikah, ia disebat sebanyak seratus kali.. Jika tergolong dalam homoseksual (gay), hukumannya mati. Jika tergolong dalam lesbianisme, hukumannya ta’zir.Transgender adalah perbuatan menyerupai jantina yang lain, sama ada dalam percakapan, berpakaian mahupun perbuatan, termasuklah dalam aktiviti seksual. Islam mengharamkan perbuatan menyerupai jantina yang berlainan jenis sesuai dengan hadis bahawa Nabi SAW mengutuk lelaki yang menyerupai wanita dan mengutuk wanita yang menyerupai lelaki (HR Ahmad, 1/227 & 339).Hukumannya, jika sekadar melalui percakapan atau berpakaian yang menyerupai jenis yang berlawanan, ia perlu diusir dari daerah atau perkampungan. Nabi SAW telah mengutuk orang-orang pondan (mukhannas) dari kalangan lelaki dan orang-orang tomboy (mutarajjilat) dari kalangan perempuan. 

Nabi SAW berkata,”Usirlah mereka dari rumah-rumah kalian.” (akhrijuuhum min buyutikum). Nabi SAW pernah mengusir fulan dan Umar ra juga pernah mengusir fulan (atas perbuatan tersebut). (HR Bukhari no 5886 dan 6834). (Lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, hal. 1306).Jika transgender melakukan hubungan seksual, maka hukumannya disesuaikan dengan faktanya. Jika hubungan seksual terjadi di antara sesama lelaki, maka dijatuhkan hukuman homoseksual (gay). Jika terjadi di antara sesama wanita, dijatuhkan hukuman lesbianisme. Jika hubungan seksual dilakukan dengan yang berlainan jantina, dijatuhkan hukuman zina.Dalam Islam, memang ada golongan yang dikenali dengan istilah khunsa, atau hermaphrodit, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin. Mereka memang diakui dan disebut dalam fiqih Islam. Namun, ini sama sekali berbeza dengan transgender, kerana golongan transgender hanya mempunyai satu alat kelamin yang jelas dan sempurna, tetapi mereka berperilaku atau menukar alat kelamin mereka supaya menyerupai jantina yang berlawanan jenis dengannya.Berdasarkan penjelasan di atas, adalah jelas bahawa lesbianisme, gay, biseksual dan transgender adalah perbuatan yang diharamkan oleh Islam, sekaligus ia merupakan kemaksiatan yang wajib dijatuhkan hukuman yang tegas.Yang berhak menjatuhkan hukuman adalah Imam (Khalifah) dalam negara Khilafah yang mana ia akan menerapkan dan menjalankan syariah Islam secara kaffah (keseluruhan). Realitinya, Khalifah sekarang sudah tidak ada sejak hancurnya Khilafah di Turki pada tahun 1924. Maka adalah menjadi tugas dan kewajiban bagi kita seluruh umat Islam untuk mengembalikan semula Khilafah di atas muka bumi ini sekali lagi sebagai Khilafah yang mengikuti minhaj an-nubuwwah (jalan kenabian). Khalifah itulah nanti yang akan menjalankan syariah Islam secara kaffah, termasuk menjatuhkan hukuman-hukuman yang tegas untuk manusia-manusia hina yang melakukan perbuatan lesbianisme, gay, biseksual dan transgender. Wallahu a’lam.


Lihat rumah ini..Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..Penduduk S/Buluh Terkejut Roboh Rumah Esok.. Doubl..Rumah Penduduk Diroboh. Mana Peri Manusia?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/transgender-dan-seks-bebas-di-sinikah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengibas Debu Dari Tempat Tidur Adalah Sunnah Nabi

Mengibas Debu Dari Tempat Tidur Adalah Sunnah Nabi

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 595 hits
Kenapa nabi Mengibas debu dari tempat tidur Informasi yang sangat berharga Hikmah di sebalik mengibas debu di cadar dan tilam sebelum tidur Mengapa kita harus mengibas cadar dan tilam kita Ini adalah apa yang kita akan ungkapkan dan di sini...
7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 487 hits
Mari sama sama kita ketahui 7 asal usul nama tempat di beberapa daerah di negeri Sabah yang sangat unik 7 Asal Usul Nama Tempat di Sabah1 MenggatalUntuk pengetahuan kita semua nama Menggatal diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang bu...
Bromo Bukan Sekadar Gunung Tapi Banyak Lagi Tempat Menarik Untuk Dilawati

Bromo Bukan Sekadar Gunung Tapi Banyak Lagi Tempat Menarik Untuk Dilawati

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 482 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Dah lama betul Maha tak update pasal percutian luar daripada Malaysia ni Last rasa pergi tu je lah paling jauh wakakaka Memang nak sangat pergi kal...
5 Tempat Wisata Bersejarah Di Palembang

5 Tempat Wisata Bersejarah Di Palembang

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 197 hits
Entah kapan Blogger Borneo bisa mendapat kesempatan untuk berkunjung kota terbesar kedua di Sumatera selain Medan ini Mencari informasi dari beberapa referensi membuat rasa penasaran untuk dapat membuat sebuah kisah perjalanan ke kota ini s...
Shadharwan Of The Ka Bah Dipercayai Tempat Malaikat Mengajar Nabi Muhammad Cara Berwudhu Dan Solat

Shadharwan Of The Ka Bah Dipercayai Tempat Malaikat Mengajar Nabi Muhammad Cara Berwudhu Dan Solat

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 699 hits
The Shadharwan of the Ka bah Sesiapa yang pernah mengerjakan Haji dan Umrah akan melakukan tawaf samada tawaf rukun maupun tawaf sunat Sesiapa yang berpeluang menghampiri dinding Kaabah atau mendekati pintu Kaabah lihatlah di bahagian bawah...
Eks Anggota Dprd Jember Koma Usai Dikeroyok Di Tempat Karaoke

Eks Anggota Dprd Jember Koma Usai Dikeroyok Di Tempat Karaoke

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 137 hits
Akibat pengeroyokan itu Maman yang menjabat sebagai anggota DPRD Jember periode 2014 2019 mengalami luka berat di bagian leher dan kepala retak
Facebook Tempat Tempat Menarik Di Cameron Higlands

Facebook Tempat Tempat Menarik Di Cameron Higlands

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 290 hits
Laman Facebook seterusnya yang ingin saya cadangkan kepada anda untuk sertai adalah Laman Facebook Tempat Tempat Menarik di Cameron Highlands Dah nama laman facebook ini sendiri bertajuk sedemikian maka anda tentu dapat meneka akan isi kand...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura

Kangen Band Setengah Mati Mengejar Dia Chord