Tragedi Main Mercun



Setiap Ramadan dan Syawal pasti ada berlaku kecelakan tragedi akibat bermain mercun. Kecederaan dialami bermain mercun agak parah sehingga kehilangan tangan. Mangsa bermain mercun bukan sahaja kanak-kanak, bahkan turut melibatkan orang dewasa. Mangsa bermain mercun mengalami kecacatan kekal.

Mengapakah berlaku kecelakaan bermain mercun?  Bermain mercun bukan budaya Islam. Amalan membakar mercun adalah budaya masyarakat Cina setiap kali menyambut perayaan atau meraikan sesuatu kejayaan. Peliknya, semasa perayaan Tahun Baru Cina tidak pula ada laporan mengenai kecelakaan akibat bermain mercun.      

Mercun dan bunga api diharamkan di negara kita. Agensi kerajaan seperti polis dan kastam sentiasa bertindak tegas untuk membenteras penyeludupan dan penjualan mercun.

Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki atau mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Mereka yang menyimpan mercun juga boleh didakwa di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki barangan larangan.  Jika sabit kesalahan, pihak yang terlibat boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan itu atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Ibu bapa jangan berkompromi dengan isu mercun. Biarlah anak merengek dan merayu, tetapi jangan sekali-kali membenarkan mereka bermain mercun. Carilah altenatif lain untuk berhibur menyambut perayaan. 

Tindakan ibu bapa yang membeli mercun untuk anak bermain samalah seperti memberikan mereka sebutir bom. Banyak kes kecelakaan mercun melibatkan yang dibeli oleh ibu bapa sendiri. Itu satu jenayah besar bapa terhadap anak. Kesan kecederaan akibat mercun ditanggung oleh anak seumur hidup, bahkan ada melibatkan kes kematian.

Selain mercun dan bunga api yang dibeli, kanak-kanak peringkat umur pertengahan banyak menjadi ‘pakar’ bahan letupan. Mereka menggunakan minyak goeslin dan karbaid untuk menghasilkan bunyi yang kuat hasil pembakaran dalam tong, batang besi maupun buluh. 

Tidak kurang juga yang ingin meningkatkan kuasa letupan dan bunyi mercun dengan cara di masuk ke dalam batang besi atau bahan lain. Belerang daripada mercun atau bunga api disatukan dan dimampatkan untuk menghasilkan letupan yang lebih kuat.  

Semangat ‘sainstis’ dan berani ini ternyata tidak bertempat. Semangat itu perlu disalurkan pada tempat yang sepatutnya. Kita mengharapkan lebih ramai pelajar yang berjiwa sainstis, tetapi bukan melalui kajian dan praktikal berkaitan mercun. 

Kebanyak kes kecelakaan disebabkan perbuatan mengubahsuai mercun atau ‘meriam’ buatan sendiri. Kes begini biasanya melibatkan beberapa orang mangsa disebabkan kanak-kanak bermain secara berkumpulan atau sebagai penonton.

Dengan kata lain, ibu bapa tidak harus berpuas hati hanya kerana anak tidak menjadi ‘pemain’ mercun. Tetapi, juga mesti menjauhkan diri daripada sebarang tempat kanak-kanak bermain mercun. Jangan biarkan mereka menjadi 'penumpang' kecelakaan akibat perbuatan orang lain.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/05/cfh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Dah Cacat Dah Jadi Oku Pelajar Tingkatan 1 Menyesal Hilang 4 Jari Main Mercun

Aku Dah Cacat Dah Jadi Oku Pelajar Tingkatan 1 Menyesal Hilang 4 Jari Main Mercun

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 571 hits
Aku dah Cacat Dah Jadi OKU Pelajar Tingkatan 1 Menyesal Hilang 4 Jari Main Mercun KOTA BHARU Seorang remaja hilang empat jari selepas belerang mercun yang diletakkan di dalam sebuah botol meletup di Kampung Baloh di sini Belerang mercun bol...
Edar Jual Main Mercun Perbuatan Dosa

Edar Jual Main Mercun Perbuatan Dosa

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 441 hits
Mercun diharamkan di Malaysia Namun masih ramai tidak patuh undang undang berkaitan mercun Biarpun terdapat undang undang larangan mengimport menyimpan mengedar menjual dan bermain mercun masih berleluasa Biarpun rampasan mercun dibuat piha...
Remaja Hilang 5 Jari Akibat Main Mercun

Remaja Hilang 5 Jari Akibat Main Mercun

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 840 hits
Remaja hilang 5 jari akibat main mercun Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 May 2019 11 48PM
Fuh Kayanya Rm100 Billion Bukan Main Main

Fuh Kayanya Rm100 Billion Bukan Main Main

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 310 hits
Saya dihantar cerita Sarawak Report ini dari bulan Jun 2018 selepas PRU14 ini Certia SR ini membuat beberapa tuduhan 1 SR diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa ada dua jet peribadi telah dihantar dari Saudi Arabia pada malam P...
Berang Diganggu Saat Main Game Dede Aniaya Istri Hingga Tewas

Berang Diganggu Saat Main Game Dede Aniaya Istri Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 265 hits
Jadi berdasarkan hasil bukti visum medis dan pengakuan tersangka memang meninggal dunia karena tindakan kasar sang suami jelasnya
Ingatkan Main Bunga Api Tak Berbahaya Tangan Melecur Dek Letupan Bunga Api

Ingatkan Main Bunga Api Tak Berbahaya Tangan Melecur Dek Letupan Bunga Api

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 1726 hits
Seorang ibu tidak menyangka mercun bunga api yang diberi kepada anaknya boleh mendatangkan kejadian yang tidak diingini apabila mercun bunga api itu meletup di tangan Akibatnya tangan kanan anaknya mengalami luka melecur dan melepuh sebelum...
Work For Dap Video Not Main Reason For Yapeim Suspension Says Chair

Work For Dap Video Not Main Reason For Yapeim Suspension Says Chair

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 352 hits
The Islamic Economic Development Foundation said the of its director general Abibullah Samsudin is not related to the viral video in which staff were warned against voting for Pakatan Harapan ahead of the 14th general election Yapeim has ta...
Tok Dukun Ajak Perempuan Bawah Umur Main Kalau Tak Nak Diri Ditimba Nasib Buruk

Tok Dukun Ajak Perempuan Bawah Umur Main Kalau Tak Nak Diri Ditimba Nasib Buruk

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 534 hits
Aduhai zaman sekarang orang taktik orang nak umpan mangsa memang tak terjangkau dek akal boleh pula nak mengaku diri tu tok dukun dekat Facebook Lepas tu siap offer diri tu satu upacara lagi kalau nak diri tu dilindung Dengar memang tak log...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan