Tower Of London Saksi Bisu Kematian Yang Mengerikan



Selama 1,000 tahun, Menara London tidak pernah kedengaran dengan cerita-cerita yang indah dan menarik melainkan kisah-kisah kengerian penghuni-penghuninya menerima hukuman mati akibat kesalahan jenayah yang dilakukan. Bermula dengan hukuman pertama di menara pada tahun 1601, apabila Robert Devereux, Earl II dari Essex dihukum pancung kerana berperanan dalam plot menentang Ratu Elizabeth I.


Robert Devereux
Beliau merupakan salah seorang dari tujuh keluarga bangsawan yang mempunyai perhubungan diraja menerima hukuman mati diikuti oleh Anne Boleyn, Catherine Howard dan Lady Jane Grey yang menghadapi hukuman pancung. Kisah-kisah mengenai pesalah-pesalah menerima hukuman berterusan pula sewaktu perang Dunia Pertama meletus.

Anne Boleyn
Fernado Bushman seorang pengintip Jerman merupakan salah seorang dari 11 orang yang menerima hukuman mati ditembak oleh skuad penembak di Menara London ketika perang meletus pada tahun 1914-1918 dan buat pertama kalinya kisah-kisah pesalah ini menerima hukuman mati didedahkan. Ketika meletusnya perang, beratus-ratus pengintip Jerman telah datang ke Britain dan sesetengahnya telah membawa pelbagai maklumat yang berguna dan penting kepada Kaiser Jerman tetapi bagi 11 orang pengintip yang ditangkap oleh tentera Britain dan menerima hukuman mati, hanya sedikit saja maklumat yang diketahui dan bagaimana mereka boleh bertindak menjadi pengintip bagi pihak Jerman tidak diketahui.

Fernando Bushman
Fernando Bushman ketika dijatuhkan hukuman mati pada 19 Sepetmber 1915 baru berusia 25 tahun. Bapanya merupakan seorang rakyat Jerman yang membuka  perniagaan menjual peralatan muzik dan ibunya pula dari keturunan Brazil Denmark. Buschman seorang yang gemar mengembara dan menjalankan perniagaan mengimport makanan apabila sada suatu ketika beliau diarahkan ke Britain dan menghantar segala maklumat dari Britain ke Jerman. Tidak banyak maklumat yang dihantar tetapi maklumat yang paling signifikan yang diterima ialah satu nota yang bertulis..

"Lampu sorot di London bermula pada pukul 8.00 dan sekiranya Zeppelin tidak kelihatan  di langit atau apa-apa yang menyerupainya pada pukul 10.30 malam, mereka tidak akan meneruskan pencarian kerana mereka sudah pastinya tidak akan kembali semula"

Namun, surat  tanggapan mengenai London itu yang sepatutnya dihantar oleh Buschman kepada seorang guru sekolah berbangsa Jerman telah berjaya dipintas oleh pihak berkuasa Britain yang menganggap lelaki tersebut sebagai pengintip. Buschman telah ditangkap dan dijatuhi hukaman mati oleh mahkamah tentera.

Tower of London
Pengintip pertama yang mula-mula di jatuhi hukuman mati di Menara ialah Carl Hans Lody, 39, seorang pegawai tentera laut yang begitu disanjungi oleh keluarganya. Walaupun beliau tidak mendapat latihan  dalam bidang pengintipan, tetapi beliau telah diarahkan ke Britain kerana pengalamannya ketika mengembara ke Amerika dan ini membolehkan dia menyamar menjadi pelancong dari Amerika. Tugasnya adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai kapal Britain apabila terdapatnya pengambilan tentera laut yang pertama.

Carl Hans Lody
Beliau tiba dengan sebuah kapal dari Newcastle pada 27 Ogos. 1914 dan kemudiannya mengembara ke Edinburgh. Dari sana beliau telah menghantar telegram ke Adolf Burchard di Stockholm.

Malangnya seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan M15 sedang memerhati gerak geri beliau. M15 merupakan satu kumpulan yang ditugaskan membanteras sebarang pengintipan yang dipimpin oleh Kapten Vernon Kell, pegawai dari Regimen South Staffordshire. Segala gerak geri Lody dan percakapannya termasuk satu maklumat yang menjelaskan secara terperinci mengenai tentera Russia yang akan melalui Edinburgh telah berjaya dibaca oleh M15.


Bertitik tolak dari penangkapannya sehinggalah kepada kematiannya Carl Lody hanya bersikap tenag tanpa menunjukkan sebarang reaksi yang menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pengintip.

Sebelum dihukum, beliau sempat menghantar surat kepada keluarganya yang mengatakan kematian seorang wira sepatutnya di medan perang tetapi bagi dirinya, kematiannya adalah di negara musuh tanpa diketahui oleh sesiapa. Malah dia menganggap kematiannya itu sebagai seorang pegawai bukannya seorang pengintip.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/06/tower-of-london-saksi-bisu-kematian.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Racun Punca Kematian 50 60 Ekor Gajah Dalam Tempoh 10 Tahun Jhl Sabah

Racun Punca Kematian 50 60 Ekor Gajah Dalam Tempoh 10 Tahun Jhl Sabah

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 451 hits
KALABAKAN 22 Jun Lima puluh hingga 60 ekor gajah yang dilaporkan mati dalam tempoh 10 tahun lalu di Sabah berpunca daripada racun kata Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Dr Sen Nathan Setiap ekor gajah di negeri ini terdedah denga...
Dalam Tempoh 24 Jam Indonesia Catat Lagi 954 Kes Baharu Dan 35 Kes Kematian Covid 19

Dalam Tempoh 24 Jam Indonesia Catat Lagi 954 Kes Baharu Dan 35 Kes Kematian Covid 19

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 301 hits
Jakarta Kes positif Covid 19 di Indonesia kini melepasi angka 46 000 susulan penambahan 954 kes baharu bagi tempoh 24 jam Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID 19 Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga ...
Model Dipenjara Pandu Sebabkan Kematian

Model Dipenjara Pandu Sebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 398 hits
MODEL sambilan dihukum penjara lima tahun dan didenda sebanyak RM18 000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini kerana memandu melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang dalam kemala...
Model Sambilan Didenda Rm18 000 Penjara 5 Tahun Sebabkan Kematian

Model Sambilan Didenda Rm18 000 Penjara 5 Tahun Sebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 334 hits
Model sambilan yang dituduh memandu secara melawan arus dan menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang tiga tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM18 000 Majistret Sri Praca Nanthini Balabedha membuat keputusan ke ...
Pandu Lawan Arus Sehingga Menyebabkan Kematian Ng Pei Ven Dipenjara 5 Tahun Denda Rm18 000

Pandu Lawan Arus Sehingga Menyebabkan Kematian Ng Pei Ven Dipenjara 5 Tahun Denda Rm18 000

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 702 hits
Ng Pei Ven 22 dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM18 000 oleh Mahkamah Majistret semalam selepas didapati bersalah kerana memandu secara melulu dan melawan arus sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli 26 di Lebuhraya U...
Kematian Warga India Di Depoh Peguam Tolak Penjelasan Kp Imigresen

Kematian Warga India Di Depoh Peguam Tolak Penjelasan Kp Imigresen

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 292 hits
Seorang peguam menolak penjelasan Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkenaan penahanan seorang pelancong warga India yang kemudian ditemui meninggal dunia di depoh tahanan dengan menyifatkannya sebagai hanya difikirkan kemudian...
Kematian Adib Pas Berkata Rakyat Lega Penjelasan Menteri

Kematian Adib Pas Berkata Rakyat Lega Penjelasan Menteri

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 315 hits
Kematian Adib PAS Berkata Rakyat Lega Penjelasan Menteri PAS berkata rakyat Malaysia kini berasa lega dengan penjelasan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan mengenai status siasatan ke Allahyarham Muhammad Adib Mohd K...
Angka Kematian Seluruh Dunia 474 000

Angka Kematian Seluruh Dunia 474 000

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 303 hits
ANGKA kematian akibat COVID 19 terus meningkat Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka korban global meningkat 4 000 kes dalam tempoh 24 jam Jumlah kumulatif kematian global kini lebih 473 000 kes Amerika Syarikat keka...
Tidak Cukupkah Kematian Sebagai Nasehat

Tidak Cukupkah Kematian Sebagai Nasehat

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 400 hits
Kematian adalah peristiwa akbar yang akan menimpa siapa saja yang bernama makhluk hidup Cepat atau pun lambat kematian itu pasti akan tiba Yang membedakan hanya waktu siapa yang akan dipanggil lebih dulu dan siapa yang masih ditangguhkan Ja...
Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Resipi Kek Pandan Layer

Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Harap Tiada Majikan Dikhianati Seperti Saya Hanis Zalikha

Lirik Sayang Sampai Mati Repvblik

10 Buah Lagu Mara Ke Ajl39 2024

Limau Mandarin Buah Kegemaranku

Mencambah Pokok Baru Di Laman Kecilku

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos