Top 10 Products Althea Christmas Wish List
Hobi terbaru saya ialah cuci mata di Althea Korea..tiap bulan mesti ada jer barang yang berjaya dibeli.isk3..Kali ini produk yang saya nak beli lebih kepada penjagaan muka,bibir dan juga penjagaan rambut.Jadi untuk kali ini saya share top 10 wishlist dari Althea Korea..
PETITFEEBLACK PEARL & FOLD HYDROGEL EYE PATCH (60 Patches)RM31.00(BELI SINI)
Bila dah menginjak usia ke 30-an mula lah kelihatan kedutan-kedutan di wajah,mata juga tidak terkecuali kan.Petitfee's Black Pearl & Gold Hydrogel Eye Patch merupakan pilihan saya untuk penjagaan dibahagian mata.Kenapa saya pilih produk ini?Sebabnya senang nak guna cuma tampal jer dikawasan mata dah settle.lagipun ianya dibuat dengan mutiara hitam dan serbuk emas yang membantu mencerahkan kawasan gelap dibawah mata.Selain daripada mampu menghidrat,Eye Patch ini juga dapat mengurangkan bengkak dan mencerahkan bulatan gelap pada kawasan mata.Sangat sesuai bagi saya yang mempunyai masalah kulit bengkak dan gelap dibawah mata!
Kebaikan Produk!
-Menghidrat,menenangkan serta menyejukkan
-mengurangkan bengkak dan mencerahkan kawasan gelap di bawah mata
-Senang dan mudah bila apply
Bahan Utama!
Emas- Membantu menggalakkan peredaran darah untuk kesan anti-penuaan
Asid Hyaluronik-Humektan yang menarik kelembapan pada kulit yang menjadikan kulit lembap dan lembut.
Ekstrak buah timun-Mengurangkan bengkak dan keradangan
W.LABBLACK KILL PORE CLEANER (30ML)RM57.00(BELI SINI)
Sebelum ini saya dah banyak mencuba produk yang boleh membersihkan liang pori,blackheads dan whiteheads sekali.Bila saya cari dekat website althea produk untuk membersihkan liang pori saya tertarik dengan produk ini dan mengikut review pengguna yang dah pernah menggunakannya produk ini rata-rata mereka berpuashati setelah menggunakannya.Why not saya cuba kan?
Apa yang baik!
-Menghapuskan bintik hitam
-Mengecilkan pores
-Menyegarkankan serta mempunyai sensasi pendinginan
Bahan Utama!
Serbuk Arang-Mengekstrak dan menyerap kekotoran dari liang pori
Ekstrak air laut-Mineral yang terdapat dalam seawater ekstrak bertujuan untuk meningkatkan kesihatan kulit
Menthol-Menyejukkan kulit dan mengurangkan liang pori
ALTHEA
CONTOUR CLEANSER (150g)RM23.00(BELI SINI)
Contour Cleanser dari Althea ini sememangnya menjadi kegemaran saya.Sangat-sangat recomended kepada korang yang belum pernah mencubanya.Memang terbaik.Bahan utama contour cleanser ini ialah Ice Plant yang memberikan kesan penyejukan dan penyegaran yang membantu menenangkan dan hidrat kulit sensitif dan juga mengurangkan kemerahan.Manakala Extract Lemon yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan dapat membantu menguatkan kulit wajah.Lemon verbena mempunyai penyembuhan yang kuat dan 9 kali lebih wangi.Bukan sahaja verbena lemon mempunyai aroma yang menarik, ia juga membantu melembutkan dan melicinkan kulit, menenangkan dan mengurangkan jerawat dan mengurangkan keadaan bengkak
ALTHEAREAL FRESH SKIN DETOXER SETRM77.00(BELI SINI)
Ya..ini juga menjadi kegemaran saya.Pembersih 2 dalam 1 ini dapat menyuburkan kulit dalam masa 10 saat sahaja.Mengandungi kelopak mawar sebenar (untuk menyempurnakan) dan daun teh hijau (untuk membersihkan).Lepas guna korang boleh rasa kulit korang segar dan licin.Memandangkan produk ini dah nak habis saya masukkan dalam wishlist sebab memang berbaloi beli dan guna tau
CHICA-Y-CHICOCOOL NIGHT PEEL OFF MASK (100g)RM38.00(BELI SINI)
The Chica Y Chico Cool Night peel-off Mask ini merupakan topeng pengelupasan yang bertekstur padat untuk menyingkirkan sebum,sel kulit mati dan sisa-sisa kotoran dikulit wajah.Disyorkan untuk:- Mereka yang ingin produk sejuk untuk menenangkan suhu kulit- Mereka yang ingin menenangkan kulit kerana cahaya UV dan kerengsaan- Kebimbangan mengenai liang besar- Mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kusam yang mahu kulit licin
SKIN & LABDR.VITA CLINIC VITA ENERGY TONER & MIST (130ml)RM37.00(BELI SINI)
Untuk produk ini,saya belum pernah lagi mencubanya,tetapi tertarik untuk mencubanya kerana The Skin & Lab Vita Energy Toner & Mist ini adalah toner yang mengandungi 5 jenis bahan vitamin ,kolagen dan juga asid hyaluronic untuk menjadikan kulit lembap dan lembut.
GLAMFOXFLEURISSANT LIP GLOW (3.3G)RM42.00(BELI SINI)
Dah lama teringin nak try sendiri Fleurissant lip balm dari Glam Fox nie,antara ciri-ciri yang menarik perhatian saya ialah kelihatan bunga yang sebenar dan kepingan emas 24k yang mampu memberikan bibir warna yang unik apabila memakainya,iaitu warna merah jambu ng berdasarkan suhu dan PH bibir si pemakai.Malah lip balm ini berfungsi untuk mencegah bibir kering dan melembapkan bibir anda
Ciri-ciri:1.Dari transparent kepada pink color2.Long Lasting durability serta moisturizing
RIREBUBBLE BUBBLE LIP MASK (12ml)RM29.00(BELI SINI)
Sebelum ini nampak ramai yang bagi feedback positif lepas guna produk ini.Memandangkan saya belum pernah mencuba mana-mana produk penjagaan bibir jadi saya bercadang nak try guna produk ini.Bubble-bubble Lips Mask ini adalah gel mengelupas yang berbuih, yang perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati dari bibir anda.Bukan itu sahaja,ianya juga mengandungi ekstrak lemon dan vitamin C yang baik untuk penjagaan bibir
Untuk penjagaan rambut pula saya memilih Rose Hip Perfume Care Treatment dan juga CP-1 Rasberry hair Vinegar.
AROUND ME
ROSE HIP PERFUME HAIR CARE TREATMENT (200ml)
RM25.00
(BELI SINI)
Apa yang menarik perhatian saya tentang produk ini ialah ianya merupakan treatment rambut tetapi dalam masa yang sama ianya juga merupakan perfume rambut.Wah,nampak menarik kan. Kandungan Minyak Rosehip yang merupakan kandungan utama dalam produk ini membantu untuk memastikan rambut sentiasa lembut dan lembap serta membantu dalam pembaikan dan pembaharuan folikel rambut yang rosak dan tisu kulit kepala untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.Jadi,guna nie jer buat treatment rambut kat rumah kan dah tak payah pergi salon lagi!..hehe
CP-1
CP-1 RASPBERRY HAIR VINEGAR (500ML)
RM31.00
(BELI SINI)
Saya mempunyai rambut yang agak kering dan tidak bermaya dan Rasberry hair Vinegar ini sesuai untuk merawat rambut kering dan tidak bermaya.Selain daripada itu ianya juga memberikan rambut nampak licin dan lembut
Hrmm..ikutkan hati memang banyak nak masuk wishlist nie.hehe.Owh ya korang kalau nak shopping kat Althea tu cepat-cepat lah shopping sebab produk kat Althea nie memang terlajak laris.Kejap je dah out of stock..Bukan tu sahaja sempena christmas nie ada box limited edition yang sangatlah cantik untuk korang dapatkan.Jom3..usha Althea Korea Sekarang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mommyfiqa.com/2018/12/top-10-products-althea-christmas-wish.html