Tolonglah Jangan Lagi Politikkan Pendidikan Malaysia


Oleh : Mohd Fadli Salleh
 
"Assalamualaikum Tun. Saya Mohd Fadli Salleh. Seorang guru yang berkhidmat baru 14 tahun.

Saya sedar, silibus pendidikan kita perlu berubah seiring dengan kemajuan zaman.

Bahkan sudah ada Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara yang ditubuhkan untuk mengkaji silibus kita dan saya merupakan sebahagian kecil yang terlibat dengannya.


Cuma, saya sangat berharap agar sekolah tidak lagi dijadikan tempat untuk menyelesaikan semua masalah negara.

Bila ada kemalangan, wujudkan Mata Pelajaran Keselamatan Jalan Raya, bila isu pembalakan haram dan kerosakan hutan, suruh wujudkan Mata Pelajaran Alam Sekitar pula. Sedangkan guru tidak bersedia.

Dan saya juga sangat-sangat berharap pendidikan tidak lagi dipolitikkan.

Saya mahu sistem pendidikan kita bebas dari pengaruh politik. Saya mahu pendidikan kita berada atas lagi dari kabinet hingga tidak boleh disentuh sesuka hati.

Sebaik kita mengkaji dan merasakan silibus pendidikan kita adalah yabg terbaik dan setanding dengan negara-negara maju diluar sana, maka saat itu saya tidak mahu mana-mana pihak mengusik lagi silibus kita walau kerajaan bertukar tangan."

Itu antara cadangan dan pandangan yang aku lontarkan pada Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Mahathir Mohamad semalam.

Aku sebenar-benar yakin dan percaya, sistem pendidikan kita perlu bebas dari unsur politik.

Biar yang pakar kendalikannya, dan jika ada perubahan biar mereka yang pakar membuat kajian secara menyeluruh.

Sistem pendidikan adalah bayangan generasi akan datang. Siapa Malaysia 10 tahun, 20 tahun lagi adalah datangnya dari sistem pendidikan hari ini.

Jika budaya lama dikekalkan, silibus boleh ditokok tambah sesuka hati berdasarkan pandangan orang politik.

Mereka rasa benda tu bagus diajar di sekolah, mereka minta KPM masukkan dalam silibus. Sistem pendidikan tidak boleh dibina dengan pendapat perseorangan.

Tidak boleh!

Walau itu pandangan dari Yb, walau itu pandangan dari menteri. Tidak seharusnya sistem pendidikan diubah hanya kerana pendapat peribadi.

Maka carca marba lah sistem kita dengan campur tangan orang politik ini. Jadual yang padat dan pelbagai peraturan yang menyusahkan semua pihak.

Sekolah tidak lagi menjadi tempat yang menyeronokkan buat kanak-kanak dan guru. Ini sangat menyedihkan!

Aku bukan orang politik. Bukan.

Kalian nak berpolitik, silakan. Aku tak halang. Aku tak larang.

Namun sistem pendidikan negara bukan satu benda kecil yang boleh kita perjudikan.

Ia tidak boleh dipolitikkan. Ia perlu digubal oleh satu team mereka yang jujur, pakar dan benar-benar mahir dengan pendidikan.

Begitulah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/04/tolonglah-jangan-lagi-politikkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Bersatu Jangan Kecil Hati Tmj Gurau Baik Tukar Perdana Menteri

Malaysia Bersatu Jangan Kecil Hati Tmj Gurau Baik Tukar Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 533 hits
Isu Tunku Mahkota Johor atau TMJ berseloroh menyatakan baik tukar Perdana Menteri Foto The Staroleh Shahbudin HusinSeorang pemimpin Bersatu nampaknya tersinggung dengan kenyataan Tunku Mahkota Johor atau TMJ yang mencadangkan agar Perdana M...
Jason Mraz Is Coming To Malaysia Wehuuuuuu

Jason Mraz Is Coming To Malaysia Wehuuuuuu

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 254 hits
OKAY SIAPA TAK EXCITED JASON MRAZ NAK DATANG NI Jason Mraz will be having his concert in Malaysia on this coming 13 May 2019 Event Details Event Jason Mraz Good Vibes Tour in Kuala Lumpur Date Time Monday 13th May 2019 Monday 8 30pmVenue AX...
4896 Anak Syarikat Fgv Didakwa Gagal Langsai Hutang Rm4juta Malaysia Kini 17 4 19

4896 Anak Syarikat Fgv Didakwa Gagal Langsai Hutang Rm4juta Malaysia Kini 17 4 19

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 484 hits
Sebuah perusahaan pembinaan Syarikat Abu Johan Abu Backer mendakwa anak syarikat Felda Global Ventures gagal melangsaikan baki bayaran RM4 juta yang tertangguh sejak sembilan bulan lalu selepas kontrak firmanya ditamatkan Menurut pengarah s...
Kerajaan Hadir Dengan Pelan Untuk Memastikan Rakyat Malaysia Mendapat Sambungan Internet Yang Kukuh

Kerajaan Hadir Dengan Pelan Untuk Memastikan Rakyat Malaysia Mendapat Sambungan Internet Yang Kukuh

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 328 hits
Acara pameran 5G anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bermula hari ini dan sewaktu ucaptama Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata bahawa kerajaan kini sedang giat berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia di pe...
Kafe 2d Berasal Dari Korea Dah Ada Di Malaysia Jadi Spot Baru Foto Instagrammer

Kafe 2d Berasal Dari Korea Dah Ada Di Malaysia Jadi Spot Baru Foto Instagrammer

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 751 hits
Baru baru ini tular di laman Twitter tentang satu kafe berkonsepkan 2D yang sememangnya Instagram worthy Menurut pemilik 2D Bubble Tea Cafe yang terletak di Sunway GEO Avenue Subang Jaya iaitu Toh Jung Jin dan See Khai Shen idea untuk menub...
5g Di Malaysia Konsep Penggunaan

5g Di Malaysia Konsep Penggunaan

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 248 hits
5G merupakan rangkaian generasi baru yang sedang dibangunkan pelbagai pihak dan dijangka diimplementasikan di Malaysia secara meluas bermula 2021 22 Selari dengannya hari ini acara pra tontonan 5G telah dilancarkan di Malaysia dimana pelbag...
Index Kebebasan Media Malaysia Melonjak 22 Tangga Susulan Kekalahan Bn

Index Kebebasan Media Malaysia Melonjak 22 Tangga Susulan Kekalahan Bn

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 581 hits
INDEKS Kebebasan Media Malaysia dilapor mengalami lonjakan sebanyak 22 tangga sekaligus menempatkan negara berada pada tangga ke 123 dari 180 buah negara yang dinilai oleh Reporters Without Borders susulan kekalahan mengejut BN pada pilihan...
Malaysia Boleh Manfaat Teknologi 5g Dalam Tempoh 3 Tahun Kata Pm

Malaysia Boleh Manfaat Teknologi 5g Dalam Tempoh 3 Tahun Kata Pm

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 290 hits
Malaysia boleh manfaat teknologi 5G dalam tempoh 3 tahun kata PM Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Apr 201
Pihak Berkuasa China Sedia Bantu Malaysia Kesan Jho Low

Pihak Berkuasa China Sedia Bantu Malaysia Kesan Jho Low

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 507 hits
KUALA LUMPUR Pihak berkuasa China bersedia memulakan pencarian bagi mengesan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang kini menjadi buruan sekiranya menerima maklumat baharu mengenainya kata Duta China ke Malaysia Bai Tian Beliau berka...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation