Tolonglah Dikata Bercinta Dengan Ryu Junyeol Hantaran Terkini Han Sohee Di Instagram Raih Perhatian Ramai
Peminat telah meluahkan perasaan mereka mengenai berita hubungan percintaan di antara Han So-hee dan Ryu Jun-yeol di hantaran terkini media sosial pelakon tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN
Didakwa Sedang Bercuti Sebagai Pasangan Kekasih Di Hawaii, Agensi Han Sohee & Ryu Junyeol Dedah Perkara Sebenar
Pada 15 Mac, Han So-hee telah membuat hantaran pertamanya di Instagram selepas berita mengenai hubungan percintaannya bersama dengan pelakon Ryu Jun-yeol tular.
Dalam hantaran tersebut, Han So-hee telah menghantar beberapa keping gambar dirinya di Hawaii. Malah, gambar ini juga jelas kelihatan seperti ditangkap oleh seseorang.
Hantaran itu turut meraih perhatian ramai dan ianya dipenuhi dengan komen-komen dari peminat serta netizen yang tidak berpuas hati mengenai berita yang tular.
View this post on Instagram
A post shared by 한소희 (@xeesoxee)
Antara komen netizen,
Tak ada lelaki lain ke?
Tolong la jangan dengan Ryu Jun-yeol.
Saya rasa macam disambar petir lepas baca berita tu.
Siapa yang tangkapkan gambar ni?
Tolong la cakap yang ianya tak betul.
Kenapa Ryu Jun-yeol?
Sementara itu, selepas berita mengenai pasangan ini tular, agensi kedua-dua pelakon tersebut telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Han So-hee pergi ke Hawaii untuk bercuti bersama teman rapatnya. Manakala Ryu Jun-yeol pula di atas faktor kerja.
Kawan Han So-hee la tu yang tangkapkan gambar dia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Tolonglah..”- Dikata Bercinta Dengan Ryu Junyeol, Hantaran Terkini Han Sohee Di Instagram Raih Perhatian Ramai first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/tolonglah-dikata-bercinta-dengan-ryu-junyeol-hantaran-terkini-han-sohee-di-instagram-raih-perhatian-ramai/