Tok Uban Jangan Jangan Kita Jadi Second Fiddle Saja


Beberapa pemimpin Umno terus berkias-kias mengenai perjalanan kerajaan Perikatan Nasional yang kini diterajui Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Pagi ini bekas menteri Umno, Ahmad Shabery Cheek, berkias menggunakan analogi persembahan muzik.
Kata beliau violin (biola kecil) merupakan alat muzik yang mengeluarkan bunyi merdu. Nama lain bagi alat itu ialah fiddle.
Menurut bekas menteri pertanian dan industri asas tani itu, pemuzik yang bermain second fiddle adalah kumpulan pemain latar.
“Walaupun kelihatan ramai tetapi hanya sekadar latar untuk memerdukan melodi pemain utama,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Kata Ahmad Shabery lagi dalam politik istilah second fiddle merujuk kepada peranan pihak atau kumpulan yang diletakkan sebagai penyokong saja, kurang penting dan lemah.
“Lagu utama dimainkan orang lain. Dia ikut sahaja.
“Dilema banyak parti politik hari ni pun sama. Apakah ramai tetapi sekadar untuk menjadi pemain second fiddle?” katanya.
Ia menjadi lebih menarik apabila hantaran itu disambut pula bekas Pengerusi Felda Shahrir Samad.
Nak bercakap mesti berasas
“Jangan-jangan kita jadi second fiddle,” katanya ringkas melalui hantaran yang melampirkan kenyataan Ahmad Shabery.
Untuk rekod Ahmad Shabery dan Shahrir adalah antara pemimpin kanan Umno yang menyatakan rasa kurang senang dengan pencalonan Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ia perlu diadakan selewat-lewatnya pertengahan 2023 namun ada petanda membayangkan parlimen mungkin dibubarkan lebih awal untuk membolehkan PRU ke-15 diadakan.
Kedudukan sokongan terhadap Muhyiddin yang dianggap masih belum kukuh menjadi satu daripada alasan mengapa pelbagai usaha dibuat bagi mengatasinya.
Untuk rekod, Umno dan PAS – yang membentuk Muafakat Nasional – menyatakan secara prinsip mereka menyokong Muhyiddin terus menjadi perdana menteri.
Ia kemudian disambut dengan reaksi tidak memberangsangkan oleh beberapa pemimpin termasuk Shahrir dan seorang naib presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin.
Sebelum membuat hantaran mengenai second fiddle Shahrir terlebih dulu semacam menyindir kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan media.
Menariknya kenyataan yang diulas itu turut membabitkan Muhyiddin.
“Apabila menteri yang bercakap, mestilah berasas.
“Saya hanya mampu tengok kepada fakta dan angka. Dan saya pun bukan menteri,” katanya mengenai kenyataan Tuan Ibrahim berkenaan kemenangan calon Muafakat Nasional di Chini baru-baru ini.
Dalam kenyataan tersebut Tuan Ibrahim berkata PAS melihat sokongan Muhyiddin menjadi antara faktor membantu kemenangan besar calon BN terbabit.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kemenangan itu juga sekali gus menyaksikan masa depan Perikatan Nasional (PN) amat cerah.
“Tahniah kepada rakan kami dalam Muafakat Nasional, BN kerana memperoleh kejayaan besar dalam PRK DUN Chini.
“Kita sudah menjangkakan akan memperoleh kemenangan. Namun ada dua perkara yang menyumbang kepada kejayaan itu iaitu sikap positif yang ditunjukkan petugas daripada ketiga-tiga parti iaitu Umno, PAS dan Bersatu sangat baik,” katanya.
Mkini
The post Tok Uban: Jangan-jangan ‘kita’ jadi second fiddle saja. appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/07/tok-uban-jangan-jangan-kita-jadi-second-fiddle-saja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iqbal M Jangan Cakap Saja Chord

Iqbal M Jangan Cakap Saja Chord

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 829 hits
DDTakkan Aku mencemar duliDTakkan Aku berhenti AmenyanyiBm F mJangan Cakap sajaBm DKaji Isi kandunganDPerisik Punya banyak helahDBelum Tentu semua AmengenaBm DmBaca Buku tebalBm F mBelum Tentu handalDBalik Awan masih ada bulanDTak Usah terg...
Tok Mat Bubar Saja Parlimen Macam Singapura

Tok Mat Bubar Saja Parlimen Macam Singapura

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 344 hits
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah membubarkan Parlimen republik tersebut bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan pada 10 Julai 2020 Keputusan tersebut dibuat bagi memastikan Kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang ba...
Perikatan Nasional Calon Pm Kita Perlu Balik Kepada Asas Tok Uban

Perikatan Nasional Calon Pm Kita Perlu Balik Kepada Asas Tok Uban

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 2961 hits
Selepas penulisan saya di halaman ini menyatakan pandangan saya tentang penerimaan semua parti yang berada dalam gabungan yang dipanggil sebagai Perikatan Nasional terhadap TS Muhyiddin Yasin sebagai PM pada PRU 15 saya menerima berbagai re...
Tun M Jangan Asyik Cakap Melayu Malas Ronnie Liu

Tun M Jangan Asyik Cakap Melayu Malas Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 326 hits
Bosan dengan taktik Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggunakan isu perkauman bagi kembali mendapatkan sokongan serta undi masyarakat Melayu Ahli Jawatankuasa Pusat DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Pelek Ronnie Liu melahirkan rasa k...
Jangan Leter Golongan Muda Malas Tapi Kerajaan Tak Sedia Peluang

Jangan Leter Golongan Muda Malas Tapi Kerajaan Tak Sedia Peluang

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 255 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyelar menteri Perikatan Nasional yang meleteri golongan muda malas kerana itu sukar mendapat pekerjaan Sedangkan katanya kerajaan tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan secukupnya Oleh itu Anwar mahu kerajaa...
Jangan Sokong Saranan Ini Salam Jahanam

Jangan Sokong Saranan Ini Salam Jahanam

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 301 hits
Dah tau dah PH dah berjanji lepas Mahathir Anwar akan jadi PM Dah tau dah Mahathir dah letak jawatan dan parti dia cabut lari dari PH Dah tau dah PH kekal dengan tiga parti PKR Amanah dan DAP Dah tau dah Mahathir ditendang oleh partinya den...
Pengundi Chini Jangan Salah Pilih Calon Pesan Najib

Pengundi Chini Jangan Salah Pilih Calon Pesan Najib

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 350 hits
KUANTAN Pengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini diingatkan supaya tidak memilih pemimpin yang suka merapu meroyan dan merepek Pengarah Operasi Barisan Nasional bagi PRK DUN Chini Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengundi p...
Bila Anak Sendiri Tak Layak Jangan Jeles Dengan Anak Orang

Bila Anak Sendiri Tak Layak Jangan Jeles Dengan Anak Orang

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 429 hits
Najib mengucapkan tahniah buat Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana dilihat akan mendapat semula kedudukannya sebelum ini sebagai timbalan perdana menteri selepas 22 tahun berjuang
Anak Rapat Rapat Memang Meriah Tapi Ibu Kena Tahu Risiko Jangan Ambil Mudah

Anak Rapat Rapat Memang Meriah Tapi Ibu Kena Tahu Risiko Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 422 hits
Mempunyai anak yang ramai memang dapat memeriahkan kehidupan dalam rumah tangga Lebih menyeronokkan apabila suami turut sama sama menolong menguruskan anak yang ramai kerana masing masing sibuk mencari rezeki Tak dinafikan bila mempunyai ra...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Resipi Lengkap Ayam Gulai Padang Memang Sedap Gerenti Jadi

Pergilah Di Tempat Kamu Lebih Dihargai

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31