Tok Pa Dah Jumpa Pintu Gua Penyamun Ph



'40 penyamun' mencari pintu Pakatan Harapan  -Hasmi Hashim
ULASAN | Kata watak saudagar unta dalam filem klasik Tiga Abdul arahan P Ramlee, “Jual orang lagi untung dari niaga unta.” Kita pun ketawa!

Orang yang boleh dijual beli dalam era Malaysia baharu ini bukanlah hamba abdi di pasar seperti zaman di negeri Isketambola. Orang yang boleh dijual beli kini adalah politikus. Lebih tepat lagi wakil-wakil rakyat.
Sejak Mustapa Mohamad menyerahkan borang keanggotaan BERSATU, cerita ramai lagi YB Umno akan menyeberang ke Pakatan Harapan segera tersebar. Ada yang menghitungnya sampai 40 orang.
Bagi BERSATU, kehadiran bertempayan-tempayan YB Umno mungkin dipercayai sebagai cara paling mudah untuk menguatkan parti dengan sekelip mata. BERSATU walaupun dipimpin Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin tertinggi negara, dengan jumlah menteri dari parti itu yang relatif ramai, tetapi BERSATU masih parti kecil—kalaupun bukan terkecil—dari jumlah bilangan ahli parlimen dalam gabungan Pakatan Harapan.
BERSATU baru dua tahun usianya. Bahkan AMANAH sebagai parti serpihan PAS pun lebih lama tertubuh. Sepertimana sebuah syarikat, tak ada jalan singkat untuk menjadikan sesebuah parti itu kuat dalam setahun-dua. Di kampung-kampung, logo BERSATU pun tidak cukup dikenali masyarakat lagi.
Saya yakin adalah tidak sejajar dengan harapan orang Melayu di era Malaysia baharu kalau ada usaha untuk menjadikan BERSATU laksana Umno dalam sejarah zaman gelap BN dahulu. Bahkan BN 2.0 pun bukan bentuk gabungan yang mahu diwujudkan dalam Pakatan Harapan.
Alasan boleh diberikan, yakni tak semua YB Umno yang sedang menunggu masa menyeberang mempunyai beban atau rekod yang kotor. Ada juga yang baik. Contohnya Tok Pa sendiri yang pada mulanya bertepis, bertampar menafikan dia akan menyertai BERSATU, akhirnya menyerahkan borang. Dalam acara yang sama, dia segera mendapat kad keanggotaan!
Sembahyang istikharah pun digunakan sebagai ayat penunduk agar sukar bagi sesiapa mengukur kesahihannya. Hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahui.
Pada peringkat ini, ketika Pakatan Harapan sudah berjaya membentuk kerajaan, soal kotor bersih bukan satu-satunya pertimbangan bagi menerima YB atau pemimpin Umno.
Ada pertimbangan lain yang lebih penting perlu dihitung. Sentimen dan kebencian rakyat terhadap pemimpin Umno sebenarnya termasuklah menyentuh sikap mereka yang suka membodek selama mereka mahu mendapat kedudukan dalam Umno dan kerajaan.
Begitu mudahkah mencuci tangan?
Mereka tidak pernah berpihak kepada rakyat, melainkan asyik cenderung kepada pemimpin atasan semata-mata. Rakyat merupakan keperluan lima tahun sekali apabila sampai waktu pilihan raya.
Misalnya, apa sahaja yang dilakukan mantan PM, Najib Razak sebelum 9 Mei adalah dianggap benar sebenar benarnya. Termasuklah menyentuh skandal 1MDB yang kini terdedah satu persatu. Sikap tidak tegas, biasa membodek bahkan ada kalanya bacul itu turut ditunjukkan oleh watak sebaik dan sesuci Tok Pa sepanjang dia bersama Umno.
Oleh itu dia jugalah antara yang menyumbang kepada buruk dan hodohnya wajah Umno yang wujud sekarang. Begitu mudahkah dia mencuci tangan dengan sekeping borang dan kata-kata di sebalik solat istikarah?
Sedangkan dalam Pakatan Harapan, mereka yang jujur berjuang cukup ramai. Tanpa Tok Pa, bahkan tanpa “40 penyamun” yang sedang menunggu mahu menyeberang, Pakatan Harapan tetap boleh menang dengan sokongan rakyat yang insaf selain muak dengan perangai lapuk pemimpin Umno.
PKR, DAP dan AMANAH nampaknya lebih tegas dalam hal ini. Ketegasan itu tentu disebabkan pemimpin ketiga-tiga parti berkenaan lebih merasakan betapa perih payahnya perjuangan. Mereka bukanlah di kalangan tokoh yang setahun dua berdepan tekanan Umno-BN, sebelum tak semena-mena menjadi “menteri mi segera.”
Dan sudah tentu broker politik kini sedang berkeliaran. Sudah tentu mereka cukup sebuk mengatur pertemuan siang dan malam. HP-nya tak henti-henti berdering dan ‘harga’ serta tawar-menawar sedang turun-naik. Lebih aktif dan mendebarkan berbanding mana-mana papan bursa saham di mana pun di dunia.
Memang sukar untuk YB-YB Umno itu percaya bahawa masa depan Umno masih tersisa. Terutama tatkala melihat puluhan pendakwaan yang dikenakan ke atas Najib mahupun presiden mereka sekarang, Zahid Hamidi.
Saya juga menyaksikan seorang mantan YB Umno, sejurus BN kalah, terus mengisi borang PKR. Tidak lama selepas itu, dia dikhabarkan mengisi pula borang BERSATU. Dia betul-betul menjadi tak tentu arah. Menjadi serba bingung dan serba tak kena. Malam dirasakan panas, siang dirasakan seram.
Dia hanyalah seorang mantan YB, dan tidak pernah pula menjadi menteri. Segala upaya salin kulit cuba dibuat, tetapi tidak kiralah sama ada dia “ular lidi” atau “ular sawa”, ular tetap ular. Berpindah sarang tidak bererti dia terlupa untuk membelit atau tercabut pula taring racunnya.
HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis  lirik dan otai Jalan Telawi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rupanya Tok Pa dah jumpa pintu gua penyamun PH? Akan wujud gabungan penyamun-penyamun yang lebih mantap. Akan musnahkah kerajaan Malaysia?
at 11/01/2018 10:30:00 PTG 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/tok-pa-dah-jumpa-pintu-gua-penyamun-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
40 Penyamun Mencari Pintu Pakatan Harapan

40 Penyamun Mencari Pintu Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 410 hits
Hasmi Hashim ULASAN Kata watak saudagar unta dalam filem klasik Tiga Abdul arahan P Ramlee Jual orang lagi untung dari niaga unta Kita pun ketawa Orang yang boleh dijual beli dalam era Malaysia baharu ini bukanlah hamba abdi di pasar sepert...
Menteri Luar Arab Saudi Sahkan Derma Najib Akan Jumpa Dr Mahathir

Menteri Luar Arab Saudi Sahkan Derma Najib Akan Jumpa Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 480 hits
Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al Jubeir yang pada tahun 2016 pernah dilaporkan sebagai berkata dana berbilion ringgit yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan tulen kini berada di negara ini untuk lawa...
40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 476 hits
JOHOR BAHRU Kira kira 40 ahli Parlimen Umno dikatakan berkemungkinan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk A Kadir Jasin berkata mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali me...
Jahat Sudah Tersedia Baik Yang Payah Nak Jumpa 8552

Jahat Sudah Tersedia Baik Yang Payah Nak Jumpa 8552

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 315 hits
Sudirman said politisi sontoloyo rusak sistem demokrasi Bzx Walau Spontan Niat Jahat Sudah Tersedia Posted on 26 Oktober 2018 by Nahimunkar comOrang berbuat secara spontan tidak dapat serta merta dianggap tidak ada niat jahat padanya Karena...
Jenis Kerja Sesuai Untuk Introverted Tak Perlu Jumpa Customer

Jenis Kerja Sesuai Untuk Introverted Tak Perlu Jumpa Customer

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 350 hits
Di sini saya akan berkongsi beberapa syarikat besar di Malaysia yang menawarkan kerja back end processing Kerja back end ini sesuai untuk fresh graduate dan mereka yang yang bersikap introvert Kerja sebegini anda tidak perlu bertemu dengan ...
Pkr Cadangkan Pemilihan Semula Jika Tak Jumpa Undi Hilang

Pkr Cadangkan Pemilihan Semula Jika Tak Jumpa Undi Hilang

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 312 hits
PETALING JAYA Jawatankuasa pemilihan pusat PKR akan mencadangkan pemilihan parti di Melaka dan Negeri Sembilan yang sepatutnya selesai semalam diadakan semula jika undi yang hilang tidak ditemui dalam tempoh 24 jam Pengerusi Datuk Rashid Di...
Gempar Bila Penduduk Jumpa Budak Masih Hidup Dalam Lumpur Selepas Dua Minggu Insiden Di Sulawesi

Gempar Bila Penduduk Jumpa Budak Masih Hidup Dalam Lumpur Selepas Dua Minggu Insiden Di Sulawesi

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 323 hits
Penduduk Palu Sulawesi hari ini gempar setelah mendapat berita penduduk kampung menemui seorang kanak kanak yang masih hidup walaupun sudah dua minggu dipercayai tertimbus dalam runtuhan dan lumpur pada hari Gempa bumi dan tssunami melanda ...
Jumpa Putu Piring Di Majlis Perkahwinan

Jumpa Putu Piring Di Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 379 hits
Bila terpandang gerai Putu Piring yang ada di majlis perkahwinan semalam memang teringat cerita dulu dulu semasa kanak kanak Maklumlah Putu Piring ini antara juadah kegemaran arwah emak dan biasanya dibeli pada setiap kali kunjungannya ke p...
Zahid Akui Jumpa Dr M Beri Mesej Jelas Kamu Mesti Sertai Ppbm

Zahid Akui Jumpa Dr M Beri Mesej Jelas Kamu Mesti Sertai Ppbm

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 367 hits
October 27 2018 5 56 PMKUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau pernah menemui Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bersama timbalan dan 3 naib presiden Umno Bekas timbalan perdana menteri itu berkata ad...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah