Tok Him Tegur Rafizi



Tok Him tegur Rafizi
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kononnya ada kaji selidik terhadap lima daripada enam calon perdana menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ditolak bulat-bulat oleh pengundi.
Ini kerana hasil kajian itu dibuat berdasarkan jawapan daripada 2,500 responden sedangkan jawatan perdana menteri dipilih dari parti yang menang majoriti dalam PRU.
Perkara itu dinyatakan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali yang menyifatkan kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebagai menghina tokoh politik negara.
“Apabila saya baca ulasan Rafizi mengatakan Anwar, Najib, Tun Mahathir bukan calon PM berdasarkan kaji selidik dibuatnya, banyak yang boleh dipertikaikan.
“Pertamanya, kaji selidik ini menggunakan 2,500 responden, yang mana dikatakan 60 peratus daripadanya menolak Najib, Anwar dan Tun Mahathir sebagai PM.
“Pada saya, Rafizi tak patut keluar keputusan itu kerana secara peribadi kenyataan itu kurang sopan dan kurang adab. Dia terlalu ghairah dan saya rasa dia nak tunjuk dialah yang handal segala-galanya di Malaysia ini,” katanya kepada MalaysiaGazette di kediamannya di Taman Melawati semalam.
Sabtu lalu, Rafizi dilaporkan berkata, berdasarkan kepada satu kajian terhadap 2,500 responden yang dikendalikannya – 60 peratus responden menolak nama-nama besar tokoh politik itu.
“Jawapan sepatutnya Datuk Seri Najib, Tun Mahathir, Muhyiddin perlu diperhalusi kerana 60 peratus daripada pengundi menyatakan mereka tidak minat mana-mana calon ini.
Kajian secara bulanan itu menamakan tiga bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, Dr. Ibrahim menegaskan, kajian itu tidak logik sama sekali kerana mengikut perlembagaan, pemilihan perdana menteri dibuat oleh parti , bukan seperti Amerika Syarikat memilih presiden secara undi.
“Di Malaysia, parti yang menang lebih dua pertiga boleh calonkan siapa perdana menteri. Jadi, tidak timbul soal individu tolak atau tidak suka calon itu.
“Apakah Rafizi tumpu kajian secara peribadi, bukan parti semata-mata dengan niat hendak membunuh karakter pemimpin berkenaan?,” soal beliau.
Beliau menjelaskan, 2,500 responden yang dipilih dalam kajian itu tidak mewakili suara 32 juta rakyat Malaysia dan lebih tiga atau empat juta pengundi.
Katanya, hasil kajian itu juga tidak lebih daripada cubaan untuk menghina nama-nama besar berkenaan.
“Saya boleh katakan, kenyataan Rafizi ini kurang sopan. Dia nak tunjuk dia hebat dan handal dengan membuat kajian berdasarkan responden, bukan parti.
“Kalau dia berhasrat nak bunuh watak seseorang, dia sepatutnya kena beri hujah mengenai pemimpin itu dan apa keburukan mereka, bukan buat undian kononnya rakyat menolak menolak bulat-bulat.
“Siapa anda nak kata begitu? Saya nak katakan kepada anda, siapa jadi perdana menteri atau tidak, kita sebagai orang Islam perlu percaya pada satu pegangan iaitu manusia merancang, Allah menentukan,” tegasnya.
Ibrahim menjelaskan, dalam konteks nama-nama pemimpin yang disebutkan itu sememangnya mereka masih lagi Prime Minister Material, berdasarkan pengalaman yang ada padanya dan mereka sebenarnya masih layak.
“Pada saya, Najib, Anwar dan Dr. Mahathir masih lagi Prime Minister Material iaitu ibarat masih berbisa tetapi umum melihat mereka tidak relevan berdasarkan faktor usia dan kes mahkamah.
“Alasan ini sepatutnya Rafizi jelaskan, baru dikatakan tidak menghina. Alasan rakyat tolak kerana Dr. Mahathir atas faktor usia, tolak Najib kerana kes mahkamah dan Anwar kerana terpalit dengan kes sebelumnya.
“Pada dasarnya, ketiga-tiga mereka ini adalah Prime Minister Material pada saya,” katanya.
Ditanya, apakah kelebihan Anwar, Dr. Ibrahim berkata, Presiden PKR itu mempunyai hubungan baik di peringkat antarabangsa dan pasti akan memanfaatkannya demi untuk negara jika dia dipilih sebagai perdana menteri.
“Tengok rekod Anwar dengan pemimpin lain, kalau nak serah khazanah dan amanah negara, saya lebih percaya kepada Anwar, sebab bila dibangkitkan isu ekonomi, rasuah, penyalahgunaan kuasa, kroni, nepotisme, nampaknya Anwar paling sedikit.
“Maknanya, dia boleh dari segi amanah, cuma kekurangan dia sebab ada kes mahkamah yang sudah berlalu, sama ada rakyat terima tuduhan itu atau sebaliknya, dia adalah Prime Minister Material,” katanya.
Beliau berkata, seorang lagi pemimpin yang tidak dimasukkan Rafizi dalam senarai kajiannya, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang padanya juga seorang Prime Minister Material.
Bagaimanapun, katanya, masalah Tengku Razaleigh atau Ku Li ialah tidak memimpin parti politik, melainkan sekadar ahli UMNO biasa dan antara sebab mengapa Yang di-Pertuan Agong tidak jemput beliau, sebaliknya memanggil Presiden parti.
“Kemudian ada macam-macam andaian, kenapa Ku Li tidak dilantik Perdana Menteri, sedangkan dia paling layak dan sebagainya. Tetapi, kita kena tahu, dalam politik demokrasi berparlimen ada juga perkara lain yang mesti diambil kira.
“Kalau tanya saya dalam konteks PRU-15, Najib, Dr. Mahathir, Anwar dan Ku Li layak sebagai Prime Minister Material, dengan tidak menolak calon lain dari UMNO seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Pemimpin dari lain parti saya tak nampak, kecuali Presiden Putra yang tak ada isu terpalit,” sinisnya. MG
Baca Artikel Menarik:
Kadar tol 4 lebuh raya tak naik – Ismail Siapa dalam Umno mahu kerjasama dengan Bersatu – soal Zahid Resepi Apam Cornetto Menyelerakan Resepi Talapia Masak Pedas Thai, menu untuk berbuka puasa Pesawat Airbus A380 Berjaya Lengkapkan Penerbangan Percubaan Guna Minyak Masak Demi mahu jadi PM semula, Muhyiddin tebalkan muka jumpa Mahathir Jumpa kad ATM, berbelanja sakan Firdaus Wong pula buat laporan polis terhadap Loh Muhyiddin terdesak, mahu jadi PM lagi untuk kepentingan peribadi Melampau jantan berselawat pakai baju tidur wanita Chef Selebriti Khairul Aming Sudah Pulih Dari COVID-19, Kembali Kongsi Resepi Sempena Ramadan Bidan Maut Selepas Tertelan Gigi Palsu Ketika Makan Mi Sup Juadah Terakhirnya.. Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/04/tok-him-tegur-rafizi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Jadual Kini Kembali Berubah

Rafizi Jadual Kini Kembali Berubah

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 148 hits
BALANCING ACT Satu perkara yang saya belajar dari pengalaman lepas ialah supaya aturan hidup kita semuanya seimbang Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan jadual baru Sebelum ini sepenuh masa saya hanyalah untuk isteri anak dan keluarga k...
Who Will Be Rafizi S Running Mates For Pkr Polls

Who Will Be Rafizi S Running Mates For Pkr Polls

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 225 hits
Rafizi Ramli and Nurul Izzah Anwar at the launch of the Ayuh Malaysia campaign yesterday PETALING JAYA Rafizi Ramli s Ayuh Malaysia campaign launch yesterday could give an indication of who will be in the PKR vice president s team when he r...
Sabar Menunggu Pendedahan Tentang Sapura Najib Tunggu Formula Dari Rafizi

Sabar Menunggu Pendedahan Tentang Sapura Najib Tunggu Formula Dari Rafizi

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 219 hits
Sabar aku menanti Rafizi dedahkan kisah Sapura ni Dulu lagi aku dah dengar macam macam tentang syarikat ini Cuma tak mampu nak buktikan je Kalau betul apa yang aku dengar dulu maka aku tak hairan kenapa Najib menggelabah sangat Rafizi sentu...
Rafizi Aktif Semula Dalam Parti Mesti Dialu Alukan Anwar

Rafizi Aktif Semula Dalam Parti Mesti Dialu Alukan Anwar

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 178 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menasihatkan agar anggota partinya tidak memainkan isu pemimpin tertentu bercuti tidak aktif dan sebagainya pada pemilihan parti PKR pada Mei ini Anwar juga menyifatkan calon Rafizi Ramli yang kembali aktif Nurul ...
Rafizi Ramli Ucapan Penuh Pelancaran Ayuh Malaysia Di Kuala Lumpur Najib Peduli Apa Dia Hanya Nak Bebas

Rafizi Ramli Ucapan Penuh Pelancaran Ayuh Malaysia Di Kuala Lumpur Najib Peduli Apa Dia Hanya Nak Bebas

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 237 hits
26 03 2022 Kuala Lumpur PELANCARAN AYUH MALAYSIA UNTUK MENARIK SOKONGAN PENGUNDI ATAS PAGAR Rafizi Ramli Setelah mengambil kira keputusan Pilihanraya Negeri Johor dan pandangan pelbagai pihak saya dan sahabat sahabat lain di dalam KEADILAN ...
Rafizi Hentam Najib Yang Sekarang Sedang Melobi Kerajaan Bailout Suntik Modal Menyelamatkan Sapura

Rafizi Hentam Najib Yang Sekarang Sedang Melobi Kerajaan Bailout Suntik Modal Menyelamatkan Sapura

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 201 hits
Satu masa dulu sewaktu Anwar jadi Timbalan Kepada Mahathir perkara sama berlaku kepada syarikat anak Mahathir Rugi 2 bilion syarikat perkapalan itu diselamatkan dengan mengunakan kuasa bapak dia Tak cukop dengan PEWAJA Bank Bumiputra yang d...
Rafizi Tonjol Pasukan Hadapi Pemilihan Pkr

Rafizi Tonjol Pasukan Hadapi Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 184 hits
March 27 2022 Kempen Ayuh Malaysia anjuran Rafizi Ramli malam tadi dilancarkan bagi menarik sokongan pengundi atas pagar ke arah menghadapi PRU15 PETALING JAYA Majlis Pelancaran Ayuh Malaysia yang berlangsung semalam dilihat memberi gambara...
Najib Dan Rafizi Dakwa Ada Fomula Rafizi Ada Formula Selamat Dedahkan Perasuah Najib Pula Ada Fomula Lingkupkan Negara

Najib Dan Rafizi Dakwa Ada Fomula Rafizi Ada Formula Selamat Dedahkan Perasuah Najib Pula Ada Fomula Lingkupkan Negara

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 131 hits
Paling tidak saya ada formula Rafizi jawab Najib March 27 2022 Najib Razak sebelum ini melabel Rafizi Ramli sebagai raja formula songsang selepas bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata Najib berkesan menjadi pembangkang de facto PETALING JA...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash