Tnb Yang Bersalah



Mahkamah Persekutuan berkata, TNB bertanggungjawab menyelenggara Empangan Sultan Abu Bakar di Cameron Highlands.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertanggungjawab menyebabkan berlakunya banjir kilat di Lembah Bertam, Cameron Highlands, 5 tahun lepas.

Mahkamah 3 anggota yang dipengerusikan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat itu berkata, syarikat tenaga itu bertanggungjawab mengurus Empangan Sultan Abu Bakar.

“TNB tidak boleh mempersalahkan pihak lain kerana mereka merupakan pemilik dan pengendali empangan tersebut,” kata Tengku Maimun yang bersidang dengan Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Mahkamah juga memerintahkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat taksiran berkenaan kuantum kerugian yang perlu diberikan kepada 100 orang plaintif yang memfailkan tindakan undang-undang kecuaian itu terhadap TNB.

Tengku Maimun yang baru dilantik ke Mahkamah Persekutuan 2 minggu lepas juga membenarkan kos RM20,000 kepada plaintif.

Pada 23 Okt 2013, TNB melepaskan air dari empangan tersebut sebanyak 3 kali yang menyebakan banjir di Lembah Bertam. Akibatnya sejumlah harta benda musnah dan 4 terbunuh.

Pada Mei lepas, Hakim Datuk Nordin Hassan menerima saman itu selepas mendengar keterangan saksi plaintif dan defendan.

“Mahkamah mendapati defendan bertaggungjawab menyebabkan banjir yang mengakibatkan kemusnahan harta benda plaintif dan kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau juga memerintahkan TNB membayar kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif yang merupakan penduduk dan terdiri daripada petani serta peniaga.

Plantif memfailkan saman terhadap TNB kerana kecuaian dalam mengurus takungan air Ringlet di Empangan Sultan Abu Bakar dan menyebabkan banjir di kawasan itu pada Okt 2013.

Nordin memutuskan pelepasan air oleh TNB bukanlah keputusan tepat dalam keadaan ketiadaan instrumen pengukur air masuk.

Beliau berkata, mahkamah tidak menemui sebab kenapa TNB tidak dilengkapkan dengan instrumen penting itu kerana empangan tersebut mula beroperasi pada 1963.

“Bagi saya, instrumen berkenaan sepatutnya dipasang dari awal operasinya bagi membantu penyelarasan paras air yang sesuai di empangan tersebut dan memastikan isipadu air yang patut dilepaskan sekiranya perlu,” katanya.

Nordin juga berkata, defendan meletakkan kesalahan pada penebangan hutan, amalan pertanian intensif dan pembuangan sampah sebagai punca masalah.

“Tidak dinafikan kegiatan tersebut menyumbang kepada masalah mendapan dan pelepasan sampah ke dalam takungan air, tetapi defendan bertanggungjawab mengambil semua langkah perlu bagi mengawal paras air empangan di tahap selamat, terutama pada musim monsun.”

Plaintif yang diwakili peguam M Manogaran dan MR Kumar, memfailkan saman pada 2 Nov 2015 dengan mendakwa TNB melepaskan air dari empangan berkenaan ke Sungai Bertam pada jam 12.20 tengah malam pada 23 Okt 2013, berikutan hujan lebat sehari sebelumnya tanpa memberi apa-apa amaran.

Dalam kenyataan tuntutan, plaintif mendakwa pada jam 1 pagi hari yang sama, TNB sekali lagi melepaskan air ke Sungai Bertam dan menyebabkan berlakunya banjir di kaawasan hilir sungai.

Pada jam 2.45 pagi hari yang sama, kata mereka, lebih banyak air dilepaskan oleh TNB dan menyebakan banjir yang memusnahkan harta benda dan menyebabkan 4 kematian.

Kata mereka, TNB bertindak cuai apabila ia membuka alur limpah empangan 3 kali berturut-turut tanpa memberi apa-apa amaran kepada penduduk menyebabkan mereka tidak mempunyai cukup masa untuk berpindah serta menyelamatkan harta benda ke tempat lebih tinggi.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/tnb-yang-bersalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apapun Penyakitnya Tetap Angin Yang Bersalah

Apapun Penyakitnya Tetap Angin Yang Bersalah

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 156 hits
Masuk angin dan angin duduk merupakan dua angin yang sering disalahkan atas berbagai penyakit yang diderita orang Indonesia Walau sama sama mengusung nama angin namun dua penyakit ini sangat berbeda dan salah satunya perlu ditangani dengan ...
Bekas Pegawai Doj Mengaku Bersalah Terbabit Skandal 1mdb

Bekas Pegawai Doj Mengaku Bersalah Terbabit Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 161 hits
NEW YORK Seorang bekas pegawai di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat semalam mengaku bersalah atas tuduhan melanggar peraturan perbankan dalam cubaan mengelakkan pihak berkuasa AS meneruskan tindakan terhadap dana pelaburan 1 Malaysia Devel...
Setelah 23 Tahun Dipenjara Baru Tahu Dia Tak Bersalah Memang Kes Nanya

Setelah 23 Tahun Dipenjara Baru Tahu Dia Tak Bersalah Memang Kes Nanya

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 365 hits
30 November 2018 CHANGCHUN Lebih dari 20 tahun dia dipenjara kini dibebaskan setelah dinyatakan tidak bersalah atas jenayah yang dituduhkan kepadanya Jin Zhehong yang kini berusia 50 tahun dibebaskan setelah menghabiskan setengah dari hidup...
Wtf Ibu Bapa Ini Biarkan Anaknya Kencing Di Atas Kerusi Ktm Tanpa Rasa Bersalah

Wtf Ibu Bapa Ini Biarkan Anaknya Kencing Di Atas Kerusi Ktm Tanpa Rasa Bersalah

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 638 hits
Tutur kata dan perlakuan ibu bapa adalah cermin peribadi anak Ibu bapa adalah insan yang paling dekat dengan anak anak Maka tidak hairanlah jika mereka memberi pengaruh besar kepada anak anak terutama yang masih kecil sama ada dari segi tin...
Jho Low Tahu Dirinya Bersalah Pm

Jho Low Tahu Dirinya Bersalah Pm

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 236 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low mendakwa tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia kerana tahu dirinya bersalah Dr Mahathir berkata dakwaan Jho Low itu juga ...
Najib Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Arah Pinda Laporan Akhir Audit 1mdb

Najib Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Arah Pinda Laporan Akhir Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 228 hits
Diterbitkan 12 Dis 2018 10 03 pagiBekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1Malays...
Zahid Mengaku Tidak Bersalah Beri Pinjaman Rm10 Juta

Zahid Mengaku Tidak Bersalah Beri Pinjaman Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 169 hits
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap satu lagi pertuduhan tambahan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi sebanyak RM10 juta pada 8 Disember...
Isa Samad Mengaku Tidak Bersalah

Isa Samad Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites di Kuching Saraw...
Minta Tolong Viralkan Kami Pekerja Di Bahagian Ketibaan Klia Tidak Bersalah

Minta Tolong Viralkan Kami Pekerja Di Bahagian Ketibaan Klia Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 480 hits
Minta Tolong Viralkan Kami Pekerja Di Bahagian Ketibaan KLIA Tidak Bersalah Susulan viral video petugas KLIA didakwa melempar kotak air zam zam tampil kakitangan yang ditugaskan di bahagian ketibaan KLIA memberikan penjelasan berhubung keja...
Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Japan Crowned Champions In Sultan Azlan Shah Cup For First Time

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Presiden Pbsnt Kongsi Perkembangan Terkini Akhyar Rashid

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

Dah Jumpa Sebab Kalah Pn Kata Sebab Pengundi Luar

Jaringan Tunggal Hidalgo Bantu Sri Pahang Fc Kutip Tiga Mata Tewaskan Kelantan Darul Naim Fc

Ziarah Kubur Arwah Mak Pah