Titik Permulaan Ekonomi Inklusif Berdaya Tahan


Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 4 JUN: Langkah pertama bagi menyelesaikan masalah adalah dengan menyedari bahawa ia wujud – pandemik, impak ekonomi yang menjejaskan dan keperluan bagi kerajaan untuk menanganinya daripada segenap sudut yang mungkin bagi membina semula ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan.
Esok (Jumaat), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) jangka pendek yang menumpukan kepada tiga matlamat utama: memperkasakan rakyat, merancakkan perniagaan dan merangsang ekonomi, yang akan membawa kepada landasan pemulihan dan pertumbuhan.
Sebelum ini, kerajaan melakukan apa yang perlu untuk membendung penularan virus membawa maut itu dan menyediakan sokongan kepada ekonomi menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM260 bilion.
Ia berjaya mengekang penularannya apabila kes jangkitan kebanyakannya kekal dalam dua angka sekarang, membina daya tahan menerusi pakej rangsangan dan membuka semula ekonomi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan 70 peratus daripada tenaga kerja telah kembali bekerja.
Di bawah pakej rangsangan itu, menerusi Bantuan Prihatin Nasional, moratorium pinjaman, subsidi upah serta jaminan makanan, sejumlah RM45.1 bilion telah diagihkan dan RM14 bilion dibelanjakan bagi rakyat.
Seorang wanita memakai pelitup muka sebagai perlindungan diri dari penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan di sebuah gedung tekstil di Kuala Lumpur pada 1 Jun 2020. Foto BERNAMABagaimanapun, sektor seperti pelancongan, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengangkutan masih terjejas, yang memerlukan bantuan berterusan daripada kerajaan bagi proses pemulihan.
Kerajaan menyedari bahawa mengurangkan jumlah kes dan pemberian jangka pendek semata-mata tidak mencukupi; jaminan pekerjaan dan beroperasi dengan selamat dalam norma baharu merupakan antara jaminan yang rakyat harapkan daripada kerajaan sekarang.
Pendek kata – pengangguran adalah isu utama dalam apa juga krisis dan menurut sumber industri yang menghadiri pelbagai perbincangan dengan Kementerian Kewangan, kerajaan memberikan keutamaan utamanya dalam memastikan pekerjaan terus dikekalkan, terutamanya dalam melatih dan melatih semula pekerja.
Sementara itu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sejak beberapa minggu lepas telah bertemu dengan hampir kesemua sektor termasuk seni dan budaya serta pendidikan bagi menilai keperluan yang diperlukan dan langkah-langkah yang diharapkan daripada kerajaan di bawah ERP jangka pendek.
“Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai perlindungan pekerja, pengangguran, perkara yang berkaitan dengan gaji, kemahiran dan latihan semula. Kerajaan akan meneruskan usaha kami dalam menjamin kebajikan tenaga kerja melalui ERP,” katanya menerusi laman twitter beliau, @tzafrul_aziz.
Kadar pengangguran di Malaysia berjumlah 3.5 peratus pada suku pertama 2020, masih rendah berbanding dengan 5.3 peratus di Filipina, New Zealand (4.2 peratus) dan Sepanyol (14.41 peratus).
Pengangguran Malaysia berada pada 3.3 peratus semasa suku keempat 2019.
Dalam pengumuman esok yang akan disiarkan secara langsung di Bernama TV, kerajaan juga dijangka mempelbagaikan beberapa inisiatif bagi menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia, memudahkan urusan perniagaan dan yang paling penting, memperkemaskan lagi proses sedia ada.
Banyak perniagaan sedang berdepan dengan isu aliran tunai, perkara ini juga dijangka akan diberi pertimbangan oleh kerajaan dalam ERP, khususnya bagi membantu PKS.
Industri pembinaan, hartanah dan automotif juga akan diberi keutamaan, memandangkan kepentingannya dalam membina keyakinan pengguna serta pelabur ke arah meletakkan kembali ekonomi pada landasannya.
Dunia kini berubah ke arah budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINIPendigitalan pula merupakan bidang baharu yang mendapat banyak perhatian baru-baru ini dan kepentingannya terbukti bagi membolehkan perniagaan terus beroperasi selepas berakhirnya pandemik Covid-19, oleh itu, beberapa inisiatif baharu turut dijangka diberikan terutama kepada PKS untuk mempercepat transformasi perniagaan.
Selain memenuhi keperluan bagi peringkat makro, kerajaan juga akan menyediakan inisiatif yang akan membantu golongan wanita, keluarga, orang kurang upaya serta penjagaan kanak-kanak dalam norma baharu.
Daripada kebanyakan inisiatif itu, perkongsian awam swasta (PPP) dijangka memainkan peranan utama dalam membina daya tahan negara dan mengekalkan pertumbuhan.
Walaupun peruntukan kerajaan yang akan diumumkan esok serta impaknya kepada defisit belanjawan masih belum diketahui, ini adalah waktunya untuk belanjawan pengembangan di tengah-tengah senario ekonomi global.
Malaysia mencatatkan defisit perdagangannya pertama pada Oktober 2007 berikutan eksport yang menguncup lebih cepat berbanding import, dan ia adalah petunjuk jelas kepada keadaan suram dan impak daripada koronavirus (Covid-19) yang merencatkan ekonomi.
Negara perdagangan – Malaysia merekodkan lebihan dagangan selama 269 bulan berturut-turut.
Kemerosotan itu bukan sahaja membabitkan Malaysia atau rantau ini, malah kepada ekonomi global di mana menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), ia akan menguncup sehingga 3.3 peratus pada tahun ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi menyusut sehingga dua peratus atau naik sedikit sebanyak 0.5 peratus tahun ini, manakala beberapa ahli ekonomi menjangkakan kemerosotan sehingga empat peratus.
Sebahagian daripada pemulihan itu dijangka dapat dilihat pada 2021 dengan pertumbuhan global mencecah 5.8 peratus, menurut IMF, namun untuk menjadikan Malaysia sebagai sebahagian daripada pertumbuhan ini, ia kini perlu melaksanakan semua langkah dan kekal di landasan untuk mengharunginya.
ERP Jangka Pendek adalah fasa keempat daripada enam fasa usaha Malaysia iaitu Resolve (ketegasan), Resilience (ketahanan), Restart (pembukaan semula), Recovery (pemulihan), Revitalise (merancakkan semula) dan Reform (6R) bagi menangani isu-isu kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19.
Fasa seterusnya iaitu Revitalise (merancakkan semula) dijangka terkandung dalam Belanjawan 2021.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/06/titik-permulaan-ekonomi-inklusif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hilang Seorang Panglima Perang Dr Noor Hisham Tahan Sebak

Hilang Seorang Panglima Perang Dr Noor Hisham Tahan Sebak

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 369 hits
PUTRAJAYA Sebelum mengakhiri sidang media COVID 19 hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebak apabila mengumumkan persaraan rakan seperjuangannya dalam memerangi COVID 19 Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr...
Sprm Tahan 3 Individu Di Tourism Malaysia Berkait Kontrak Rm90 Juta Pada 2019

Sprm Tahan 3 Individu Di Tourism Malaysia Berkait Kontrak Rm90 Juta Pada 2019

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 484 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan 3 pengarah syarikat berkait siasatan kes rasuah RM90 juta melibatkan Tourism Malaysia kata sumber yang mengetahui perkembangan itu kepada FMT Tiga pengarah syarikat terbabit dipercayai memberi ...
Pengelasan Semula Pendapatan Isi Rumah B40 M40 Untuk Kesejahteraan Ekonomi

Pengelasan Semula Pendapatan Isi Rumah B40 M40 Untuk Kesejahteraan Ekonomi

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 289 hits
Oleh Farhan Kamarulzaman Pengasas Halaman Nurani Shahrul Nizam Kamal menyerahkan bungkusan barangan keperluan kepada salah seorang golongan B40 di Kedai Makan Abang Tukang Masak Damansara Damai Selangor foto HAZROL ZAINALUntuk meneruskan pe...
Polis Selangor Tahan 18 Lelaki Disyaki Ah Long

Polis Selangor Tahan 18 Lelaki Disyaki Ah Long

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 312 hits
SHAH ALAM 10 JUN Polis menahan 18 lelaki disyaki terlibat dengan kegiatan perkhidmatan pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long dalam lima operasi berasingan di sekitar Lembah Klang semalam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor As...
Polis Tahan 26 366 Individu Semasa Perintah Kawalan

Polis Tahan 26 366 Individu Semasa Perintah Kawalan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR 10 JUN Seramai 26 366 individu ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Moh...
Polis Terengganu Rampas Dadah Lebih Rm1 7 Juta Tahan Empat Individu

Polis Terengganu Rampas Dadah Lebih Rm1 7 Juta Tahan Empat Individu

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 391 hits
Kuala Terengganu Polis merampas dadah bernilai lebih RM1 72 juta dan menahan tiga lelaki serta seorang wanita yang disyaki pengedar dalam dua serbuan di Kemasik Kemaman Isnin lepas Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata dalam serb...
Sprm Tahan 2 Pengurus Glc Disyaki Rasuah Rm800 000

Sprm Tahan 2 Pengurus Glc Disyaki Rasuah Rm800 000

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 535 hits
FMT Reporters Dua lelaki yang merupakan pengurus besar dan pengurus akaun sebuah GLC dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan pengurus besar dan pengurus akaun ...
Kadar Yang Rendah Akan Menyebabkan Pemulihan Ekonomi As Yang Cepat

Kadar Yang Rendah Akan Menyebabkan Pemulihan Ekonomi As Yang Cepat

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 298 hits
Pegawai Fed telah berulang kali menyatakan pemulihan ekonomi berbentuk V tetapi memberi amaran bahawa ia akan mengambil masa yang lama untuk melihatnya Ramalan saya adalah beberapa bulan yang sukar kata Presiden Fed New York John Williams p...
Bumn Pangan Dan Pupuk Jadi Kunci Pemulihan Ekonomi Di Tengah Pandemi Covid 19

Bumn Pangan Dan Pupuk Jadi Kunci Pemulihan Ekonomi Di Tengah Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 259 hits
Jika pangan terganggu dengan cepat menular ke masalah sosial ekonomi keamanan dan politik
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia

Mindarakyat Tidak Dikemaskini Sila Ke 1 Media Https Www 1media My