Titik Buta Blind Spot Pada Kenderaan Berat
Setiap pemandu kenderaan pasti ada kenangan pahit manis ketika memandu di atas jalan raya. Jika bukan kita sebagai pemangsa, mungkin kita pula yang menjadi mangsa. Walau kau sehabis 'pembaris' mengikut peraturan tapi disebabkan sikap segelintir orang lain, sedikit sebanyak rasa negatif mampu menjentik hati. Mental kena kuat bila berhadapan dengan pemandu yang antaranya bersikap pentingkan diri, main selit ikut suka, pembuli, tak guna signal. Perlu lebih berhati-hati dengan orang sebegini, bahaya menanti bukan sebab kemalangan tapi untuk beradu kekuatan.
Lampu signal memainkan peranan sangat penting ketika memotong atau membelok dengan selamat supaya pemandu lain bersiap sedia untuk memberi laluan. Tanpa lampu signal, mengundang bahaya akhirnya
Kisah sebegini patut dijadikan teladan:Kena ingat, berhati-hati bila berada di bahagian tepi lori. Pemandu lori takkan nampak kerana kedudukan kita berada di titik buta (blind spot) lori. Bila kita terus mencelah masuk kononnya pemandu lori nampak, maka.. jadilah seperti di dalam video ini
di SINI.. blindspot pada lori
'Ini kalau buat report di balai polis, silap-silap mahu kena gelak. Saman dapat, malu pun dapat'.'Dia tak nampak ke ending side road tu + dia kena tahu dia nak masuk jalan orang bukan jalan dia. Pergi report balai pun kena gelak je'.'Ikut gaya dia ni, I will not be surprise if this incident to happen again in the future coz she's too arrogant to learn!'.
Aku..
Sebaiknya biarlah kenderaan besar dan berat bergerak terlebih dahulu. Aku tak nak kereta aku cedera apatah lagi nak kena pergi balai settle cerita. Biarlah deme gerak dulu, bukan ke mana pun, tetap sesak jalan di depan tu
Aku lebih suka berada di belakang kenderaan besar dalam jarak selamat sebab kalau deme brek masih berjarak. Tidak seperti pada segelintir pemandu kereta, sekali brek, terus brek mengejut sebab ikut kereta di hadapan dengan jarak rapat. Nak pula bila berada di laluan paling kanan. Takut..
Apa-apapun, lagu disebalik kejadian itu lebih menarik hatiku.
Plot twist - lagu disebalik kejadian:
Dari SINI.
Lirik Lagu Untuk Adinda - Khalifah
(1)Kala ku terbayangWajahmu daku terkenang-kenangKadangkala pagi siang malamJadi gila bayang
Padamu duhai sayangKasihku hanya padamu seorangHanyalah dikau jadi pujaanCinta kanda sayang
(2)Padamu duhai sayangYang jauh di rantau orangIngatlah pesanan dari kekanda
Jangan-jangan bermain mataJangan-jangan cuba mendugaKasihku cintaku selamanya
Ku renung bulan bintangKu sampaikan kasih salam sayangKu serah segala tanda cinta buatmu adinda
Pada si rama-ramaTerbanglah dikau padanya si diaPesankanah rinduku padanyaRinduku padanya
ulang (2) dan (1)
#RemajaPurba: ..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2024/02/titik-buta-blind-spot-pada-kenderaan.html