Tips Mencari Calon Suami


Ni khas buat anak-anak dara atau yang masih sinlge dan masih mencari calon suami. Nak mencari calon suami ni bukan senang. Petik jari, 10 yang datang tau. Kalau yang datang tua-tua nak mampus buat apa. haha. tu antara dialog dalam filem P.Ramlee kan? Tapi zaman sekarang ni, ada je yang berjodoh dengan orang tua janji poket penuh. opss. sensitif sikit part ni. kalau dah jodoh. terima je dengan hati yang ikhlas. Dapat yang senang. Pakej. Senang hidup. heheApa kriteria untuk mencari calon suami?Banyak kriteria untuk mencari calon suami ni. Kena tengok kewangan, kerja, sifat, rupa paras, latar belakang keluarga, pendidikan. Hah, banyak juga, kan. Nak kahwin, kita. Yang nak duduk serumah, baring sebantal, makan sepinggan. kita juga. Jadi memang kena ambil kira semua kriteria.
Tapi sifat lelaki ni, masa bercinta dengan lepas kahwin berbeza?
Betul lah tu. Perempuan pun sama juga. Masa bercinta, kita tak tunjuk perangai sebenar sebab masa tu kita masih duduk dengan mak ayah kita. Dah kahwin, bila duduk serumah, tidur sekatil. hah, masa tu baru tahu sifat masing-masing. suami kita pemalas. isteri kita tak pandai masak. hah, masa ni baru bocor rahsia masing-masing. Ni cerita lepas kahwin. Selepas berkahwin memang kita sentiasa dalam proses untuk belajar dan menerima kekurangan pasangan masing-masing dan cuba saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Ni antara sebab kita berkahwin. Bukan mencari yang sempurna tapi melengkapkan kekurangan dan kelebihan masing-masing untuk menjadi sempurna. 
Tapi sebelum proses kahwin tu, kita kena melalui proses sebelum berkahwin iaitu mencari calon suami bagi perempuan. Manakala bagi lelaki, mencari calon isteri. Ciri-Ciri Lelaki Untuk Jadi Calon Suami.
JAGA SOLAT - Mesti lah kan. Solat tu kan tiang agama. Jadi mesti lah nak cari calon suami yang menjaga solat dan boleh membimbing kita dan bakal anak-anak.
TERIMA KITA & KELUARGA - Yes, paling penting. Calon suami yang terima kita dan keluarga seadanya. Kalau kata kita dari keluarga susah, calon suami terima kita dan keluarga. Eh, k.fiezz pernah terbaca tau pasal seorang perempuan ni yang berkahwin dengan suami dia yang tak suka pada keluarga si isteri sebabkan keluarga isteri orang susah. Kalau isteri nak balik kampung, dia hantar je kat rumah orang tua isteri. Tapi dia tak bermalam kat situ. tak selesa kata si suami. eh. marah pula k.fiezz baca. Dah tu kenapa gedik-gedik nak si isteri kalau dah tau dari awal, keluarga isteri orang susah. eiiii. cuba kalau isteri kau buat macam tu kat kau. Confirm kau bising,kan. 
LELAKI YANG NAK PADA KITA - Ni nasihat mak k.fiezz. Cari calon suami yang nak pada kita. Bukan kita yang terhegeh-hegeh dengan dia. Mula-mula tak faham masa mak k.fiezz cakap macam tu. Lepas tu baru k.fiezz nampak kenapa? sebab bila lelaki nak kat kita, dia akan buat apa je untuk kita. terima kekurangan kita. Kalau kita yang terhegeh-hegeh pada lelaki, tak ke kalau dia dah tahu kekurangan kita, dia akan jadi kan tu point untuk bergaduh atau putus dengan kita. Sebab dari awal dia memang tak nak pun dengan kita. Tapi sebab kita yang terhegeh-hegeh, dia layankan je. Lagipun lelaki yang tak nak pada kita ni, tak serius pun dalam sesuatu hubungan. Kita pun boleh nampak hala tuju hubungan tu. 
KEWANGAN - Yup, memang kena tengok kewangan. Kena tahu calon suami kita, ada kewangan yang tetap setiap bulan. Penting ni wei. Lepas kahwin, banyak pakai duit, weii. Tak cukup dengan cinta je. Nak beli barang kat pasaraya, kedai , perbelanjaan rumah, sewa rumah, bil-bil elektrik air internet, telefon dan lain-lain. huhu. Jadi ni kepentingan untuk si suami ada pendapatan tetap. Kalau sesekali kita beri bantuan duit. Tak pe. Tapi kalau dah setiap bulan kita sebagai perempuan yang asyik keluar duit. Atas perkataan 'sayang' tapi percaya lah, lama-lama sayang tu bertukar jadi menyampah sebab kita sebagai isteri akan bosan sebab setiap kali nak membeli barang keperluan dapur atau apa-apa yang melibatkan kewangan, asyik kita yang keluar duit. Kita akan jadi mengungkit. Bukan nak kata kita perempuan ni materialistik tapi zaman sekarang semua RM RM RM. Saling bantu-membantu antara suami isteri tu yang terbaik. 

KERJA - Kalau boleh, mesti kita nak calon suami kita ada kerja yang tetap. stabil dan ada fixed income setiap bulan. Tak kisah lah kerja apa. Janji halal. Baru ni pun ada viral isu isteri cikgu, suami pemandu lori. eh. tak kisah der. janji si suami bekerja. Jangan duk rumah, goyang kaki. Si isteri yang berhempas pulas bekerja. adeh. seksa mental & fizikal kita sebagai perempuan. 
SIFAT - Tanya lah mana-mana perempuan, mesti nak calon suami yang baik, elok budi pekerti, hormat orang tua. Betul, kan. Part sifat ni k.fiezz tak berani nak huraikan lebih-lebih sebab kadang, masa tengah bercinta, memang elok perangai. Nak bawa anak dara orang keluar rumah pun, minta izin dengan mak ayah si perempuan dulu. tapi lepas kahwin, isteri nak pergi rumah mak ayah sendiri pun tak dapat keizinan. huhu. ada baca kes-kes benar macam ni. Jadi kita sebagai perempuan, boleh nilaikan sendiri masa tempoh berkawan tu. Harap pilihan kita tak salah dan sifat calon suami tu kekal seperti mana yang kita kenal sebelum kahwin tu masih sama selepas berkahwin. 
RUPA PARAS - Yang rupa ni, pada k.fiezz. tak semestinya nak yang hensem. Kalau kita sendiri pun sederhana je. hehe. Dapat calon suami yang sedap mata memandang, dah syukur alhamdulillah. Dapat yang hensem. pakej. Zaman dulu kalau perempuan yang biasa-biasa dari segi rupa ni dapat suami hensem, risau weii. Risau kena kebas dengan orang lain. hensem kan. Sekarang tak pe, ada bukti lelaki hensem, insyallah setia. Ada contoh. Yang tak hensem pula duk buat perangai. eh. opsss.. sorry. hehe
eh. kalau dapat calon suami yang hensem tapi perangai tak menyenangkan hati buat apa, kan. 

Tapi apapun berbalik pada jodoh. Kalau dah ditetapkan jodoh dapat calon suami hensem ataupun kurang hensem. tu lah jodoh terbaik yang Allah beri pada kita. Syukur. 
LATAR BELAKANG  - Kena lah tahu juga, kan. Bakal mertua asal dari mana, kerja apa. Adik beradik calon suami berapa orang. Kenal juga dengan saudara-mara pihak calon suami. Kita bila kahwin, bukan kahwin dengan pasangan je tau. Kita kahwin dengan seluruh keluarga pasangan juga. 
PENDIDIKAN - Eh, kena tahu juga ke?saja je nak ambil tahu tahap pendidikan calon suami. hehe. takkan tak tahu pula tahap pendidikan calon suami.
Ni kriteria yang patut dielak dalam proses mencari calon suamiELAKKAN LELAKI YANG PANAS BARAN / SUKA PUKUL - Allah. yang ni k.fiezz rasa nak marah sangat pada kaum perempuan yang dah tahu lelaki (boyfriend) tu panas baran, belum kahwin pun dah berani naik tangan kat badan kita, maki hamun kita. tapi kita masih setia. Tolong lah fikir guna otak. Belum kahwin dah kena macam tu, badan sakit, hati sakit. Rasa-rasa lepas kahwin, tak kena lagi ke. Korang fikir lah sendiri, mak ayah kita pun tak pernah pukul kita, maki hamun kita. Tetiba dapat kenal lelaki (boyfriend) jenis cepat naik tangan dan suka maki hamun. huhu. 

K.fiezz pernah ternampak situasi boyfriend & girlfriend macam bergaduh kat tepi jalan. Yang si perempuan tu nampak muka dia macam takut-takut. Boyfriend dia bila orang lalu kat situ, dia buat macam biasa. tapi nampak masa tu macam dia tengah marah atau pukul girlfriend dia. Lepas dah jalan ke depan sikit, ada seorang pakcik yang minta sedekah kat situ menjerit kat pasangan ni. Dengar pakcik ni marah-marah kat si lelaki tu 'bodoh punya lelaki pukul perempuan'. huhu. Betul lah tekaan k.fiezz masa berselisih dengan diaorang sebelum tu. 

Haih, bodoh sangat lah kalau girlfriend dia masih setia dengan boyfriend macam tu. terang-terang kot. belum kahwin dah kena. lepas kahwin, lagi senang kena pukul. Lelaki ni sekali dah biasa naik tangan pada kita. Akan jadi kebiasaan pada dia. 

ELAKKAN LELAKI YANG SUKA PINJAM DUIT - Hah, yang ni tolong lah buka mata. Kalau dari awal dah nampak dan tahu si lelaki asyik pinjam duit dengan kita, masih nak setia ke?Cuba bayangkan kalau kahwin dengan lelaki macam ni, fikir lah sendiri hala tuju hubungan tu selepas kahwin. Kalau sesekali pinjam duit, tak pe kot. Biasa lah kadang kita ni ada masa masalah kewangan tapi kalau dah selalu sangat pinjam duit tapi bayarnya nan ado, lu pikir lah sendiri, yoo. 

ELAKKAN LELAKI BERMULUT MANIS - Ramai lelaki macam ni. Kena hati-hati. Selalunya suami orang atau playboy yang jenis mulut manis ni. Dah dapat apa yang dia nak, kita ditinggalkan. huhu. Jadi sebelum melangkah hubungan ke tahap yang lebih serius, cuba lah siasat dulu latar belakang si lelaki. Sekarang media sosial ada, cari lah info. 

ELAKKAN LELAKI YANG TAK NAK ADA KOMITMEN - Cuba lah elakkan kalau dah tahu lelaki tu jenis tak suka komitmen. Macamana nak tahu?Bila berborak pasal hala tuju hubungan, dia akan mengelak. Yes, k.fiezz ada pengalaman kawan.Si boyfriend bila di tanya pasal hubungan diaorang. Jawapan dia. Tak nak ada komitmen. Maksudnya kahwin. Tapi alih-alih si boyfriend kawan k.fiezz ni kahwin dengan orang lain. huhu. so kahwin tu bukan komitmen ke?Jadi rumusannya lelaki tu tak nak dengan kawan k.fiezz. Dia dah ada orang lain. Tu yang bila kawan k.fiezz tanya pasal hala tuju hubungan diaorang, si lelaki mengelak. tak nak komitmen katanya. 

paling penting buat anak-anak dara atau yang masih single ni, JANGAN AMBIL SUAMI ORANG weiii. kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai. hah, paham ke tidak peribahasa tu. Tak tahu, pi google. Kalau gatal juga nak ambil suami orang, SIAP SEDIA lah. haha. 

Ni cuma pendapat dan ada antaranya pengalaman peribadi k.fiezz je. Mungkin korang ada pendapat dan pengalaman sendiri. Cuba lah kongsi di ruangan komen. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2019/12/tips-mencari-calon-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Mengambil Hati Suami

Tips Mengambil Hati Suami

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 1533 hits
Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua dua belah pihak suami dan isteri Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia Sentiasa berhias untuk suami Bersia...
Ingatkan Suami Sibuk Bekerja Hancur Hati Isteri Dapat Tahu Suami Nikah Lagi Hanya Melalui Ig

Ingatkan Suami Sibuk Bekerja Hancur Hati Isteri Dapat Tahu Suami Nikah Lagi Hanya Melalui Ig

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 972 hits
Perkahwinan yang bahagia ke akhir hayat dan tanpa kehadiran orang ketiga menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri Tetapi apa yang akan berlaku sekiranya suami menikah lagi tanpa pengetahuan isteri tambahan pula si isteri tahu dari media...
Isteri Maut Ditikam Suami

Isteri Maut Ditikam Suami

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 340 hits
MAYAT wanita Myanmar ditemui dengan pisau masih tercucuk di leher dipercayai ditikam suaminya kerana cemburu Dalam kejadian disedari jam 10 30 malam ini polis menemui mayat mangsa dalam bilik tidur di sebuah unit kondominium di Butterworth ...
Syahrini Rela Kurangi Job Manggung Demi Manjakan Suami

Syahrini Rela Kurangi Job Manggung Demi Manjakan Suami

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 252 hits
penyanyi yang terkenal dengan sejumlah jargon Syahrini kini memang mengaku mengurangi job manggung di dunia hiburan
Pandai Urus Anak Dan Suami Ini 5 Sisi Lain Nia Ramadhani Saat Jadi Ibu Rumah Tangga

Pandai Urus Anak Dan Suami Ini 5 Sisi Lain Nia Ramadhani Saat Jadi Ibu Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 331 hits
Menikah dengan pengusaha kaya raya tidak membuat Nia Ramadhani manja dan melepaskan segala urusan rumah tangga ini dia buktinya
Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri Satu Dalam Seribu

Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri Satu Dalam Seribu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 468 hits
Setiap pasangan pasti mahukan cahaya mata sebagai pelengkap hidup mereka Tidak hanya itu anak juga adalah anugerah yang terindah dihantar dari Allah untuk kita Namun tahukan suami disaat saat isteri anda ingin melahirkan zuriat anda ke duni...
Sekali Sehari Cuba Suami Tanyakan Khabar Isteri Senyum Sepanjang Hari

Sekali Sehari Cuba Suami Tanyakan Khabar Isteri Senyum Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 1197 hits
Menjadi seorang isteri tidak mudah apatah lagi jika sudah mempunyai anak Berat tanggungjawab yang perlu digalas Setiap keperluan untuk si suami dan anak anak harus diadakan Menjadi seorang isteri dan ibu sememangnya meletihkan tetapi wanita...
Suami Tembak Kepala Isteri Kerana Curang Dengan Lelaki Lain Di Rumah Sendiri

Suami Tembak Kepala Isteri Kerana Curang Dengan Lelaki Lain Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 624 hits
Seorang lelaki didakwa menembak mati isterinya berusia 19 tahun selepas dia pulang ke rumah dan mendapati mangsa berada di atas katil dengan lelaki lain nbsp Osmara J Martinez ditembak tepat di kepala dalam kejadian yang berlaku di Tehuante...
Ditinggal Suami Berladang Penderita Stroke Tewas Terbakar Di Tempat Tidur

Ditinggal Suami Berladang Penderita Stroke Tewas Terbakar Di Tempat Tidur

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 189 hits
Pihak keluarga menolak autopsi terhadap tubuh korban selanjutnya jenazah diserahkan kepada pihak keluarga untuk dimakamkan
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding