Tips Memilih Pelembap Muka
Tips Memilih Pelembab Muka | Saya rumuskan yang anda semua suda sedia maklum tentang kepentingan memakai pelembap muka. Tidak kiralah apa jenis kulit sekalipun pemakaian pelembab atau moisturizer adalah WAJIB bagi mengekalkan kelembapan wajah dan menangani masalah kulit seperti jerawat.
Melalui artikel ini saya kongsikan sedikit tips memilih pelembap muka. Ini kerana setiap pelembap atau moisturizer dirumus untuk jenis kulit tertentu. Jangan pula guna moisturizer jenis krim sedangkan anda mempunyai kulit berminyak. Nanti makin berminyak pula.
Sebelum itu, berikut adalah cara untuk mengetahui jenis kulit.
Basuh muka seperti biasaJangan sapu apa-apa pada wajahBiarkan kering sekitar 30 minit hingga 1 jam Periksa sama ada kulit kering, berminyak, atau normal. Kalau kering dan berminyak di sesetengah kawasan, itu adalah jenis kombinasi.
Artikel berkaitan: 10 Pelembap Muka Terbaik
Tips memilih pelembap mukaKulit kering - pelembap jenis krim
Kulit berminyak - pelembap krim cair atau gel
Kulit kombinasi - pelembap krim cair atau gel
Kulit berjerawat - pelembap gel atau water based
Saya kongsikan produk yang sesuai untuk anda pakai mengikut jenis kulit. Produk-produk ini boleh di beli di drugstore. Saya sertakan juga link untuk anda beli secara online untuk harga yang lebih murah.
Kulit kering - guna pelembap jenis krim Sekiranya kulit rasa tegang dan ketat selepas dicuci, ini bermakna anda memiliki kulit kering. penting untuk anda menggunakan moisturizer jenis krim. Pelembap jenis krim mempunyai kandungan minyak dan air yang boleh membantu menyeimbangkan kelembapan kulit.
Jika dibiarkan, kulit tampak kusam, munculnya jeragat, dan jerawat. Oh no!
SIMPLE Hydrating Light Moisturiser Merupakan pelembap muka terbaik di Watsons dek kerana kualiti dan harganya yang berpatutan. Produk dari UK ini memiliki tekstur yang sangat lembut dan cepat meresap ke dalam kulit. Pelembap muka ini sangat sesuai untuk kulit kering kerana ia memberikan kesan glowing dan tampak segar.
Harga: RM26.90
Beli di SINI: https://invol.co/cln2wm
Artikel berkaitan: 7 Pencuci Muka untuk Kulit Kering di Watsons
CERAVE Moisturizing CreamCerave Moisturizing Cream ini diakui keberkesanannya sebagai pelembap muka untuk kulit kering terbaik
Teksturnya jenis krim pekat mampu memberi kelembapan kepadan kulit dari pagi hingga malam. Bagaimanapun, ia tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah. Moisturizer ini banyak membantu mereka yang mengalami kulit tegang akibat kekeringan.
Dalam masa sama ia menjadikan kulit lembut dan segar. Kalau anda mencari skincare untuk kulit kering dan sensitif, boleh cuba Cerave, packaging WARNA BIRU ya?
Harga: RM38Beli di SINI: https://bit.ly/37LOXDg
Kulit berminyak - guna pelembap jenis gel Memiliki kulit berminyak boleh mendatangkan stress. Mana tidaknya, muka akan nampak berkilat hingga terbit rasa tidak selesa di hadapan umum. Jangan sangka muka berminyak tidak perlu pakai moisturize ya? Jika tidak pori akan tersumbat dan muncul pula jerawat durjana!
Pelembap muka untuk kulit kering yang perlu anda guna adalah produk yang berasaskan air. Ini supaya ia dapat mengurangkan minyak berlebihan sekaligus mengekalkan kelembapan semulajadi.
Hada Labo Hydrating Water Gel
Jenama yang tidak asing lagi dalam arena produk penjagaan kulit. Ramai yang memuji keberkesanannya. Moisturizer ini jenis gel dan langsung tidak berminyak dan ringan. Cepat meresap ke dalam kulit.
Hada Labo turut menekankan yang moisturizer ini mengandungi aqua oil volume matrix yang memberikan nutrien terus ke dalam pori. Jadi, ia bukan sahaja boleh mengawal minyak tetapi boleh memperbaiki tona kulit.
Agak mahal, tapi berbaloi. Highly recommended.
Harga: RM52.50 Beli di SINI: https://bit.ly/2N5dHNf
BIO-Essence Moist-in Water Gel Bukan sahaja melembapkan kulit, tetapi memperbaiki kulit agar tampak segar. Tekstur jenis gel ini mudah meresap dan kekal lama.
BIO-Essence claims yang moisturizer ini mempunyai pH rendah, which is bagus untuk kulit dan tidak menyebabkan iritasi.
Harga: RM46.32 Beli di SINI: https://bit.ly/2NkXbsF
NEUTROGENA Hydro Boost Water Gel
Produk ini juga cukup popular di kalangan pemilik kulit berminyak. Biarpun agak mahal, keberkesanannya tidak dapat dinafikan. Pelembap ini mengandungi hyaluronic acid yang boleh melembap dan melembutkan kulit sepanjang hari.
Artikel berkaitan: Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak
Ia jenis gel, cukup ringan. Bagaikan tidak memakai apa-apa selepas di sapu. Yang ni pun highly recommended. Kalau anda baca review pelembab untuk kulit berminyak, produk ini pasti ada dalam senarai. Kalau beli di Shopee lebih murah sebab kat Watsons mahal and kena tunggu sales.
Add caption
Harga: RM46.50
Beli di SINI: https://bit.ly/3egdyTa
Kulit kombinasi - guna pelembap jenis gel atau krim Ramai yang memiliki kulit kombinasi, iaitu di mana berminyak di kawasan T-zon dan kering di kawasan lain. Situasi ini membuatkan anda keliru. Untuk itu anda disaran untuk menggunakan produk yang lebih ringan dan tidak mempunyai nilai pH yang tinggi.
SAFI Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturizer Pelembab muka Safi ini bukan calang-calang tau. Ia adalah produk buatan tempatan yang hebat. Cepat menyerap dan mampu hydrate kulit sehingga 24 jam. Maka, kulit akan nampak segar, lembut, dan tidak melekit. Lihat sahaja teksturnya dalam gambar di bawah.
Kandungan niacinamide berfungsi untuk mengecilkan pori dan mengurangkan kekusaman.
Gambar: ajwinajeera.blogspot.com
Harga: RM33.93
Beli DI SINI: https://invol.co/cln2wf
SIMPLE Oil Balancing Moisturizer Kalau tadi botol warna hijau, ini botol biru yang dirumus khas sebagai pelembab muka untuk kulit berminyak dan berjerawat. Cukup popular di Watsons dan Guardian.
Moisturizer ini sangat ringan, dan tidak meninggalkan kesan berminyak selepas di sapu. Ramai yang mengatakan ia juga boleh jerawat dan membaiki tona kulit.
gambar: Instragram - @chizubunny
Harga: 17.71
Beli di SINI: https://bit.ly/2UUEpwq
Kulit berjerawat dan sensitifROSKEN Skin Repair Sensitive Skin Cream Jenama Rosken ini menjadi rekomendasi oleh pakar kulit. Diformulasi sebagai cream untuk wajah berjerawat dan berminyak, serta sensitif. Menariknya, pelembap ini tidak mengandungi SLS, paraben, fragrance, warna, dan mineral oil.
Ia kaya dengan bahan semulajadi yang selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Sering menjadi rekomendasi warga net. Cubalah, harganya juga amat berpatutan.
Harga: RM14.50
Beli di SINI: https://invol.co/clp96x
Hah! Itu dia antara tips memilih pelembap muka. Banyak produk di pasaran, kalau boleh jangan terus beli, baca dulu review di internet. Boleh try and error, tapi biarlah tahu produk yang sesuai dengan jenis kulit. Semoga bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2020/06/tips-memilih-pelembap-muka.html