Tips Membuat Bawang Goreng Agar Garing Gurih Rangup Dan Tidak Hangus
Penggunaan bawang goreng dalam setiap sajian makanan selain mempercantik sajian makanan, ia akan menambah cita rasa. Teksturnya yang rangup dan gurih membuatkan bawang goreng menjadi perkara wajib dalam setiap masakan.
Walaupun nampak mudah, namun tidak semua orang dapat memasak bawang goreng menjadi sedap garing dan rangup. Cara mengolah yang kurang tepat akan menyebabkan bawang goreng tidak sempurna; lembek, berminyak, bahkan pahit kerana hangus. Berikut beberapa tips disalin dari berbagai sumber cara membuat bawang goreng agar hasilnya enak rangup dan garing serta tahan lebih lama.
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bawang goreng cukup mudah dan mudah ditemukan. * Pilih bawang merah yang memiliki kualiti yang baik, saiz sedang dan yang masih segar. Bawang merah segar umumnya akarnya masih melekat pada bawang.* Hiris tipis-tipis bawang merah yang akan digoreng. Menghiris tipis bawang merah menjadikan bawang cepat kering dan matang sempurna dan tidak berminyak.
Cara Menggoreng Bawang
1. Menambahkan Tepung Tapioka ( Tepung Ubi Kayu)
Bawang merang yang diiris tipis direndam terlebih dahulu dalam air garam. Setelah itu, bawang merah ditoskan dan ditaburi dengan tepung tapioka hingga bercampur rata. Panaskan minyak, goreng bawang dengan api sederhana sampai warna kecokelatan.
2.Tepung Maizena dan Tepung Beras
Bawang merah yang sudah dicuci bersih dihiris tipis. Sementara itu, siapkan tepung maizena dan tepung beras yang dicampur rata. Taburkan tepung ke bawang merah hiris dan gaul hingga rata. Siapkan kuali, panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng bawang sambil sesekali diaduk agar merata. Kemudian angkat dan toskan.
3. Tepung Maizena dan Baking Powder
Bawang merah yang sudah dihiris direndam dengan air garam selama sekitar 10 minit. Lalu, cuci bersih supaya getahnya hilang. Siapkan tepung maizena dan baking powder (1 sudu makan tepung maizena dan 1 sudu teh baking powder). Taburkan pada bawang merah hingga rata. Goreng dengan api sederhana hingga tampak kekuningan. Kemudian angkat dan tiriskan.
4. Cuka
Bawang yang sudah dicuci, dihiris tipis. Lalu tuangkan cuka, aduk rata dan diamkan selama 5 minit. Untuk 500 gram bawang goreng, boleh menggunakan 4 sudu makan cuka. Setelah itu, bilas dan cuci hingga bersih. Goreng bawang dengan api sederhana hingga kekuningan.
Selamat mencuba :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://orangmuo.blogspot.com/2020/01/tips-membuat-bawang-goreng-agar-garing.html