Tips Elak Curang Dengan Pasangan Oleh Dr Mahyuddin


Tips Elak Curang Dengan Pasangan Oleh Dr Mahyuddin. Admin sangat tertarik dengan satu hantaran yang mendapat hampir 3 ribu perkongsian di laman facebook milik Dr Mahyuddin Mohamed. Ini berikutan tularnya satu video seorang lelaki dipukul kerana curang.
Tips Elak Curang Dengan Pasangan Oleh Dr Mahyuddin Semalam viral kisah seorang doktor dibelasah gara2 keluar dengan isteri orang. Isu sebenarnya di sini bukannya kerana dia adalah seorang doktor. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Antara suami orang dengan isteri orang, Suami orang dengan janda, Isteri orang dengan teruna, Suami orang dengan anak dara, Dan macam2 pasangan yang anda boleh padankan sendiri.
Dengan adanya media sosial sekarang ni, kecurangan lebih mudah berlaku. SMS, PM, DM, whatsapp group dan sebagainya.
Tuan2, rumahtangga kita ni bukan secara automatiknya akan bahagia selamanya sejak akad nikah.
Cinta & kasih sayang perlu disemai dan dibaja agar sentiasa mekar. Perlu ada ketelusan & komunikasi antara suami isteri setiap hari. Perlu berterus-terang.
Pada masa yang sama, setiap pasangan perlu elak sebarang tindakan yang boleh menimbulkan putik kecurangan ini dengan pihak ketiga. Suami & isteri, JANGAN menggatal! Tidak kiralah di tempat kerja, ketika berurusan di luar atau di whatsapp group!
Buat lelaki, usah diusik isteri orang. Jiwa wanita mudah terusik. Lebih2 lagi jika bermasalah dengan suami, suami tidak menolong di rumah, tidak memenuhi nafkah zahir atau batin, suami tidak pandai menzahirkan kasih sayang dan macam2 lagi alasan.
Bagi wanita, bergelar isteri tidak memberi anda lesen untuk mencubit & bertepuk tampar lelaki lain. Walaupun anda lebih tua daripada lelaki itu. Bergelar “Akak” tidak memberi apa2 makna pun. Nafsu tidak mengenal usia.
Tuan2,
Syaitan licik. Dia tak akan suruh kita berzina. Dia tahu tak semudah itu. Dia cuma akan membuka jalan ke arah itu. Syaitan akan berbisik kat telinga & hati kita:
“Takpe, kau berdua ni berbincang urusan pelajaran/kerja. Takpe duduk berdua dalam bilik ni.”
“Biasa la naik kereta berdua pergi kerja atau travelling ni. Lagi pun nak ke tempat yang sama. Bukan ada apa2 pun, dua2 dah kahwin.”
Tuan2, pesan saya:
Elakkan travelling berdua dengan bukan mahram, suami atau isteri orang, walaupun kita dah berkahwin.Jika berbincang di tempat kerja, pastikan ada orang lain bersama. Jika ada lelaki/wanita berbeza jantina masuk ke bilik kita, pastikan buka pintu atau langsir agar kelihatan.Jaga pandangan mata anda, baik lelaki atau perempuan sama sahaja. Kita diajar untuk tundukkan pandangan. Apa yang ada pada perempuan lain itu ada pada isteri anda juga.Jika pasangan anda kena bertugas berjauhan agak lama, usahakanlah agar anda boleh ikut sama bersama beliau. Itu adalah lebih baik buat dirinya dan diri anda.Elakkan berbual kosong dalam group WhatsApp selepas Maghrib jika tiada urusan penting. Itu masa untuk anda luangkan bersama pasangan & anak2 anda. Jika berhubung secara personal, pastikan anda kekalkan perbualan itu rasmi & professional. Gunakan istilah Encik, Puan dan Tuan. Usah balas WhatsApp jika sudah malam & bukan perkara urgent. Saya pernah meminta isteri saya exit whatsapp group yang berborak lelaki perempuan suami isteri orang sampai ke malam. Kita kena ingat, cara kita berhubung dengan rakan2 berlainan jantina masa di zaman persekolahan dulu tidak sama apabila kita sudah bergelar suami atau isteri. Begitu juga hubungan dengan sepupu2 kita masa kita sekolah rendah & remaja. Tak sama dah. Anda tak boleh la nak bergelak ketawa bertepuk bertampar dengan sepupu berlainan jantina dah.
Rumahtangga tanggungjawab kedua suami isteri. Suami kena jalankan tanggungjawab. Beri nafkah bulanan buat isteri. Nafkah Batin pun pastikan anda beri. Keperluan masing2 tidak sama. Bincanglah dengan isteri anda. Jika anda tidak jalankan tanggungjawab anda, dan ada pula pihak lain yang bermain kata & menawarkan kasih sayang di tempat kerja isteri anda, maka anda pun tahu kemungkinan yang boleh berlaku. Anda puji lah isteri anda, cakap lah dia cantik, baju dia cantik, tudung dia cantik. Jangan sampai lelaki lain pula yang puji. Hargailah pengorbanan isteri anda. Ucaplah terima kasih. Katakan terima kasih sayang apabila isteri anda masak & buatkan air anda. Say “I love you” to her.Isteri pun sama juga. Jaga la makan minum & tempat tidur suami anda. Jaga penampilan anda. Berwangi lah juga di rumah, bukan hanya ke tempat kerja. Bila anda bersolek untuk keluar ke tempat kerja, janganlah sampai tabarruj. Nanti anda baca apa ertinya tabarruj ni. Ucaplah terima kasih apabila suami anda membayar bil & sama2 membantu di dapur. Ucapkanlah rasa “sayang” anda kepada suami anda. Pada saya, semua perkara yang dilihat kecil ini amat besar impaknya. Saya pasti tiada dua kes yang sama. Ada kes isteri menggatal, ada kes suami yang buat hal. Dan ada juga kes orang ketiga.
Pastinya, setiap kali selesai solat, berdoalah kepada yang Maha Esa, “Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyyatina Qurrata ‘a’yun, waj’alna lil muttaqina Imama,” kerana Dialah yang memegang hati kita. Moga coretan ini bermanfaat buat kita semua. Kongsikan.
The post Tips Elak Curang Dengan Pasangan Oleh Dr Mahyuddin appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/tips-elak-curang-dengan-pasangan-oleh-dr-mahyuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Posisi Bercinta Yang Bisa Diterapkan Oleh Pasangan Dengan Perut Besar

4 Posisi Bercinta Yang Bisa Diterapkan Oleh Pasangan Dengan Perut Besar

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 218 hits
Pada mereka yang berbadan gemuk sejumlah posisi bercinta tak bisa diterapkan secara mudah Bahkan hal ini membuat mereka kesulitan dan bahkan hingga kesulitan
Pasangan Boleh Elak Bercerai Jika 10 Perkara Ini Dilakukan

Pasangan Boleh Elak Bercerai Jika 10 Perkara Ini Dilakukan

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 499 hits
Pasangan Boleh Elak Bercerai Jika 10 Perkara Ini Dilakukan Sebagai seorang wanita yang telah tujuh belas tahun mendirikan rumahtangga bohong jika daku katakan yang rumahtanggaku ini aman bahagia sepanjang masa tanpa sebarang salah faham Eh ...
Catatan Kritis Untuk Ulmwp Oleh Ketua Fraksi Mamta Pnwp West Papua

Catatan Kritis Untuk Ulmwp Oleh Ketua Fraksi Mamta Pnwp West Papua

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 323 hits
Saya benci dengan karakter motif dan cara bangsa Indonesia mengaknesasi dan metode pendekatan dengan bangsa melanesia west Papua selama 58 tahun tetapi Saya lebih benci motif dan metode pendekatan yang mengaku diri pejuang untuk menggapai k...
Disebabkan Terlalu Cantik Seperti Patung Barbie Gadis Ini Dikurung Oleh Ibu Bapa Tak Keluar Rumah

Disebabkan Terlalu Cantik Seperti Patung Barbie Gadis Ini Dikurung Oleh Ibu Bapa Tak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 886 hits
Oleh kerana kecantikan luar biasa yang dimiliki anak gadisnya sepasang ibu bapa di Rusia bersikap protective hingga sanggup mengurungnya selama 26 tahun daripada menikmati dunia luar Ini kerana mereka mendakwa konon berasa gusar perkara bur...
Pembentangan Belanjawan 2020 Oleh Menteri Kewangan Malaysia

Pembentangan Belanjawan 2020 Oleh Menteri Kewangan Malaysia

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 413 hits
Pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Malaysia YB Tuan Lim Guan Eng Bertemakan Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama
Dr Sheikh Muszaphar Tegur Aksi Alisa Aisyah Namun Komennya Dipadam Oleh Hairul Azreen Pula

Dr Sheikh Muszaphar Tegur Aksi Alisa Aisyah Namun Komennya Dipadam Oleh Hairul Azreen Pula

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 224 hits
Pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sememangnya tak pernah lekang daripada perhatian orang ramai Bukan sahaja mereka yang terkenal bahkan anak anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah turut menjadi tumpuan semua Kalau anda raj...
Analisis Teknikal Tahap Urusniaga Harian Penting Bagi Pasangan Usd Jpy Untuk 24 September 2019

Analisis Teknikal Tahap Urusniaga Harian Penting Bagi Pasangan Usd Jpy Untuk 24 September 2019

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 299 hits
Dalam sesi dagangan Asia Jepun tidak akan melepaskan sebarang laporan data ekonomi hari ini tetapi Amerika Syarikat akan menerbitkan beberapa siri data ekonomi seperti Indeks Pembuatan Richmond Keyakinan Pengguna CB S P CS Komposit 20 HPI y...
Pasangan Mata Wang Usd Cad Melantun Adalah Dijangkakan

Pasangan Mata Wang Usd Cad Melantun Adalah Dijangkakan

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 413 hits
Pasangan mata wang USD CAD melantun di atas sokonganKemasukan 1 32620Kenapa ia adalah baik Menghampiri sokongan dan lanjutan Fibonacci 100 Ambil Keuntungan 1 3310Kenapa ia adalah baik Grafik tinggi lanjutan Fibonacci 100 Stop Loss 1 324Kena...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023