Tips Bibir Kekal Lembab Dan Tak Menggelupas Bila Pakai Lipstik
RASANYA RAMAI DI ANTARA KITA YANG MENGALAMI MASALAH BIBIR MENGGELUPAS ATAU PECAH-PECAH BILA PAKAI LIPSTIK. LEBIH LAGI, KALAU LIPSTIK TU JENIS MATTE!
Kalau korang nak tahu, Sis memang suka pakai lipstik matte berbanding lipstik jenis glossy. Tapi, lipstik jenis matte ini sebenarnya musuh bibir bagi sesetengah orang sebab formula yang kering mudah membuatkan bibir jadi pecah-pecah dan mengelupas.Situasi inilah yang Sis alami.
Jadi,apa Sis buat untuk merawat bibir Sis supaya kekal sihat walaupun pakai lipstik matte nih. Nak tahu? Baca catatan Sis sampai habis, ok!
PERTAMA
Pakai Skrub Bibir
Selalunya sebelum pakai lipstik, (kalau nampak ada kulit yang terkelupas) Sis akan scrubbing dulu bibir.
Sis buat sendiri jer, campur gula perang dengan madu. Gunakan hujung cari untuk menggosok kulit mati yang ada pada bibir. Bila dah semua kulit mati tu terkelupas, bersihlah dengan tisu dan air suam.
Bila dah buat scrubbing tu, pakailah pelembab bibir supaya bibir terhidrasi dan jadi lembut.
KEDUA
Pakai Lip Balm
Lepas buat scrubbing bibir, pakai lip balm atau pelembab bibir. Sebaiknya pilih yang jenis hydrating untuk menjaga kelembapan bibir.
Tapi, kat sini Sis nak cerita sikit pasal Mentholatum Lip Care’s CC Lip Cream. Sis pun baru ‘beramah mesra’ dengan produk nie, so far dua minggu menggunakannya, resultnya alhamdullilah. Memang bagus untuk merawat bibir Sis yang selalu nampak kusam, kering dan kerap menggelupas.
Mentholatum Lip Care’s CC Lip Cream memberikan warna lembut dan kekal di bibir. Sesuai untuk kegunaan harian, CC Lip Cream memberikan 5 manfaat penjagaan bibir yang kita perlukan.
Penghidratan mendalam dengan Super Hyaluronic Acid dan Ceramide; rawatan berkhasiat dengan Meadowfoam Seed Oil dan Moroccan Argan Oil; meningkatkan keanjalan dengan bahan unik Mentholatum, iaitu Maxilip™ yang memberikan bibir yang lebih penuh dan gebu; manfaat pencerahan yang meningkatkan warna semulajadi bibir dan Vitamin E yang memulihkan yang penuh dengan antioksidan untuk melembutkan bibir dan melawan penuaan pramatang.
CC Lip Cream boleh didapati dalam 2 warna yang menarik (01 Ardent Red atau 02 Innocent Pink) untuk disesuaikan dengan keadaan dan suasana yang berbeza. Boleh beli kat farmasi, dengan harga RM16.80 setiap satu.
Kalau dah pakai CC Lip Cream, Sis malas dah nak tenyeh lipstik. Tapi, kalau rasa nak pakai lipstik juga, sis pakai CC Lip Cream nie dulu. Lepas tu barulah oleskan lipstik.Hahaha…
Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut pasal CC Lip Cream nih, http://mentholatumlip.com.my/ atau http://www.facebook.com/MyLIPICE/
KETIGA
Guna Concealer
Biasanya kalau bibir Sis teruk sangat menggelupas tu, Sis pakai concealer.Cara nie pun ok untuk menutup lipstik yang tak sekata. Nak lagi elok dan nampak kemas, sebaiknya guna berus.
Itulah antara tips yang boleh korang praktikan supaya bibir kekal lembab dan tak menggelupas bila pakai lipstik.
Sekian dulu, perkongsian Sis kali ini. Jumpa lagi!
Sejak ada CC Lip Cream, Sis dah tak ada masalah bibir kering dan menggelupas bila pakai lipstik
Lurve,Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2019/01/tips-bibir-kekal-lembab-dan-tak.html