Tipikal Pemimpin Muda


NAMA Jacinda Ardern mula menjadi bualan ramai di seluruh dunia ketika beliau mencecah usia 37 tahun. Bukan kerana kecantikan atau perkara tipikal yang dilakukan oleh seorang anak muda, sebaliknya ia cerita tentang peluang dan remaja atau belia.

Ardern mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri termuda di dunia pada usia tersebut sehingga membuka mata ramai penduduk dunia, khususnya peminat politik, pengurusan pentadbiran negara dan penganalisis ilmu.

Jika sebelum ini ramai menganggap usia penentu terpenting kepada keupayaan dan kematangan seseorang dalam memimpin atau bekerja. Pada tafsiran itu, semakin kita meningkat usia, semakin kita memiliki peluang untuk lebih berada di kedudukan tinggi.

Namun, Ardern membuktikan kepada dunia sebaliknya. Wanita muda itu mampu menampakkan kematangan dan kecerdasan beliau mengurus negara.

Isu pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch, tragedi letusan gunung berapi dan terkini pandemik Covid-19. Seluruh dunia memuji pemimpin muda ini dalam strategi mengurus bencana.

Di sebalik kehebatan insan ini, sebenarnya penuh duka lara dan berliku-liku. Menjadi ahli Parlimen termuda di New Zealand pada 2008. Namun, sebelum itu pernah kalah berkali-kali dalam pilihan raya.

Jika bukan kerana sokongan daripada partinya yang kembali memberi peluang untuk beliau bertanding semula, sudah tentu Ardern tidak akan mendapat jawatan Perdana Menteri New Zealand saat ini.

Itulah cerita bagaimana cara mereka di sana menilai wanita muda dan berani memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk mengisi kedudukan sebegitu.
Jika cerita ini sampai ke Malaysia, sudah tentu masyarakat kita berasa pelik dan sukar untuk terimanya.

UNDI18
Cubalah bertanya kepada 10 ahli politik di Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas, adakah mereka bersedia untuk memberi peluang dan mengangkat Perdana Menteri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun?

Oleh sebab itu, apabila segelintir pemain politik Malaysia mahu langkah membenarkan pengundi berusia 18 tahun mendaftar sebagai pemilih (Undi18) direalisasikan, ia sebuah gambaran terbaik untuk negara kita buat masa ini.

Pelaksanaan Undi18 yang menurunkan usia layak mengundi dari 21 kepada 18 tahun adalah potensi terbaik untuk perkembangan pemerkasaan anak muda di Malaysia.

Bagaimanapun, kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 25 Mac lalu bahawa Undi18 hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 ekoran pelbagai kekangan dan isu yang menjejaskan perancangan serta persiapan awal pelaksanaannya telah menghampakan banyak pihak.

Rakyat sedikit lega apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menegaskan, kerajaan mahu SPR mempercepatkan pelaksanaan proses itu dan meminta semua pihak memberi sokongan supaya Undi18 dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Ini disusuli dengan jaminan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada 2 Mei lalu bahawa Undi18 dijangka dapat dilaksanakan pada tahun ini, paling awal mungkin pada Julai.

Jika di usia 18 tahun anda sudah mampu mendirikan rumah tangga, menjadi ketua keluarga, membesarkan dan mendidik anak sendiri serta mampu bekerja dengan baik, kenapa tidak diberi hak untuk memilih pemimpin sendiri pada usia sama?

STIGMA
Tiada siapa boleh menafikan bahawa mereka yang kini berusia 18 tahun adalah bakal pelapis kepimpinan negara, pemimpin politik, pemimpin perkhidmatan awam dan sebagainya yang harus diberi peluang dan ruang untuk mula belajar tentang tanggungjawab kepada negara.

Begitu pun, bukan bermaksud kita mahu menolak semua pemimpin atasan yang ‘berusia lanjut’ baya-baya atuk dan nenek kita.

Bagi memacu sebuah negara yang maju dan ideal, sebenarnya kita tetap mengharapkan gabungan penuh epik antara kepakaran pengalaman mereka yang lama dengan sentimen yang baik daripada mereka yang masih muda.

Bukankah di Amerika Syarikat sebagai contoh, kita dapat saksikan bagaimana gabungan Barack Obama-Joe Biden mampu membawa negara Uncle Sam itu ke suatu kedudukan lebih baik daripada sebelumnya?

Justeru, pandang kembali kepada kata-kata pengulas politik England, Eric Arthur Blair: “Setiap generasi membayangkan dirinya lebih pintar daripada generasi sebelumnya dan lebih bijak daripada generasi yang muncul setelahnya.”

Ini kalilah kita harus hentikan stigma bahawa generasi muda tidak cekap, dipandang rendah, sekadar boleh jadi budak suruhan dan hanya perlu berada pada gred atau kedudukan rendah.

Sekiranya norma lama ini masih membelenggu pemikiran kita di Malaysia, maka negara ini akan menjadi ‘negara tua’ dengan lebih pantas.
Oleh: Sarfarizmal Md. Saad
          Setiausaha Agung Pertubuhan Aktivis Belia Tanah Air (Abata)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/tipikal-pemimpin-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahiniah Anak Muda Semoga Jasa Anda Dibalas

Tahiniah Anak Muda Semoga Jasa Anda Dibalas

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 267 hits
Tahniah buat anak muda yang membantu menyelamatkan seekor anjing yang jatuh di dalam parit di Jelutong Tindakan seperti ini harus dipuji Semoga Allah sahaja dapat membalasnya Terbaikbro patut dihebahkan serta menjadi contoh pada yang lain J...
Betul Ke Sepatutnya Yang Muda Dahulu

Betul Ke Sepatutnya Yang Muda Dahulu

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 230 hits
BETUL KE SEPATUTNYA YANG MUDA DAHULU Assalammualaikum wbt semua Pendapat peribadi PC kita sama sama saling Baik yang muda dan yang tua kena bersama sama Memang yang lebih muda kena lebih hormat yang lebih berusia atua lebih tua memang begit...
Teman Lelaki Muda 10 Tahun Dituduh Sebagai Bekas Gigolo Ini Respon Han Yeseul

Teman Lelaki Muda 10 Tahun Dituduh Sebagai Bekas Gigolo Ini Respon Han Yeseul

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 261 hits
Baru sahaja mengumumkan hubungan cintanya namun ada pula pihak yang cuba menabur fitnah terhadap teman lelaki Han Ye seul Baru baru ini saluran YouTube Garo Sero Institute yang dikelolakan oleh peguam dan bekas wartawan mendedahkan kononnya...
Video Tak Payah Bodohkan Ditegur Masak Dakwat Hitam Sotong Siti Sarah Tanya Imam Muda Asyraf

Video Tak Payah Bodohkan Ditegur Masak Dakwat Hitam Sotong Siti Sarah Tanya Imam Muda Asyraf

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 464 hits
Penyanyi Siti Sarah sering berkongsi perkembangan hidupnya di laman Instagram bersama peminatnya Menerusi satu perkongsian video penyanyi tersebut berkongsi rakaman beliau sedang memasak sotong Dakwat hitam sotong dikatakan langgar hukum ag...
Peguam Ini Bagi Soalan Maut Buat Mb Selut Berkaitan Air Sungai Muda

Peguam Ini Bagi Soalan Maut Buat Mb Selut Berkaitan Air Sungai Muda

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 262 hits
May 20 2021 Antara 2 persoalan saya dari dulu yg masih belum terjawab oleh Ketua kerajaan negeri Kedah yg sedia ada1 Apakah Locus Standi kerajaan negeri Kedah untuk menuntut pampasan dari air mentah yg telah mengalir selama beribu2 tahun me...
Tak Dapat Mangga Lemak Muda Dapat Apple Hijau Pun Jadilah

Tak Dapat Mangga Lemak Muda Dapat Apple Hijau Pun Jadilah

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 618 hits
Fuuhh kes baru Covid 19 semalam angka paling tinggi 6075 KKM jangkakan tak mustahil akan naik ke 8K Jun nanti Huwaaa bila nak habisnya Sedang masing masing leka Covid 19 makin mengganas Sekarang dah ada variant baru yang menjadi pembunuh se...
Nggak Cuma Pertanyaan Tentang Kapan Nikah Standar Kesuksesan Anak Muda Ini Lama Lama Bikin Pusing

Nggak Cuma Pertanyaan Tentang Kapan Nikah Standar Kesuksesan Anak Muda Ini Lama Lama Bikin Pusing

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 263 hits
Jangankan kepikiran punya tabungan 100 juta anak muda kerja di Jogja buat ngebayangin aja udah pusing duluan
Pemuda Umno Pahang Jawab Enam Persoalan Di Buat Parti Muda Terhadap Kerajaan Negeri

Pemuda Umno Pahang Jawab Enam Persoalan Di Buat Parti Muda Terhadap Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 446 hits
KUANTAN Pergerakan Pemuda UMNO Pahang hari ini membuat jawapan balas terhadap enam perkara yang dibangkitkan oleh Parti Muda Negeri Pahang yang disiarkan dalam akhbar semalam Ketuanya Farid Nor berkata agihan bakul makanan memang sedang dia...
Kolaborasi Bri X Never Too Lavish Hadirkan Kartu Brizzi Dan Atm Bercorak Grafiti Khas Anak Muda

Kolaborasi Bri X Never Too Lavish Hadirkan Kartu Brizzi Dan Atm Bercorak Grafiti Khas Anak Muda

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 231 hits
Semakin fresh kartu Brizzi dengan lima desain hasil kolaborasi bersama NTL ini sudah bisa didapatkan di beberapa cabang Bank BRI
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco