Tiong Mungkin Dah Lali Tapi


 
Hanya Isnin lalu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing ‘disakat’ Anwar Ibrahim kerana kerap memohon dana daripada kerajaan. Namun, jauh daripada mengkritiknya, perdana menteri seakan-akan mengiktiraf kerja kuat presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu dalam mempromosikan negara.
“Setiap kali berjumpa saya, dia akan minta lebih banyak wang. Saya kata peranan kamu adalah untuk membawa masuk lebih banyak wang, bukan minta kita duit. Peranan kamu adalah kurangkan ke luar negara dan bawa warga asing datang ke sini. Tetapi kita punya menteri pelancongan banyak ke luar
negara.
“Bergurau, bergurau. Jangan ambil serius sangat,” kata Anwar ketika berucap pada pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di Kompleks Kejuruteraan MAB, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.
Mana-mana menteri di tempat Tiong ketika itu harus berasa ‘kembang’. Usikan perdana menteri seperti itu yang berkias sebagai pujian tentunya menjadi rangsangan dan menaikkan semangatnya untuk bekerja lebih kuat.
TMM 2026 menyasarkan untuk menarik 35.6 juta pelawat antarabangsa dan menjana pendapatan sebanyak RM147.1 bilion. Ia juga dijangka merangsang ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.
Tetapi kembangnya Tiong harus segera kempis apabila satu klip video montaj 41 saat sempena TMM 2026 yang ditayangkan semasa majlis pelancaran itu dan dimuat naik oleh Tourism Malaysia di Facebook mengundang pelbagai komen negatif.
Kritikan ramai tertumpu kepada ketiadaan masjid dalam klip itu. Sebaliknya, rumah ibadat bukan Islam seperti sebuah gereja bersejarah di Melaka dan kuil Hindu di Batu Caves dipaparkan. Lantas, ia mengundang tafsiran identiti Islam di Malaysia — terkenal dengan seni bina masjid yang cantik – telah diketepikan.
Sambil mempertahankan bahawa klip video itu bertujuan mempromosikan pelancongan dan tarikan negara dan bukannya agama atau kaum, Tiong menjelaskan elemen lain termasuk seni bina masjid yang memukau akan dimasukkan dalam video promosi yang lebih terperinci kemudian.
“Elemen-elemen tersebut telah dimasukkan dalam promosi video yang lebih terperinci serta memaparkan setiap elemen dengan lebih khusus. Video ini dalam proses peringkat akhir dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya.
Apa pun alasannya, ia tidak dapat menutup kekhilafan atau terlepas pandang video 41 saat yang sudah ditayangkan. Lebih baik tiada langsung paparan rumah ibadat daripada tidak memuatkan masjid yang sukar diterima banyak pihak.
Lebih daripada itu, kenyataannya agar isu itu tidak dipolitikkan selain menyerang pengkritik video itu sebagai ‘ekstremis’ yang mahu mengganggu keamanan, sekadar memburukkan lagi keadaan.
“Saya amat kesal dengan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memanipulasi isu ini sebagai sentimen agama dan perkauman serta menjadikan isu ini sebagai bahan perpecahan.
“Sikap golongan ekstremis seperti inilah yang sebenarnya mencabar keharmonian sosial kita. Ingatlah bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang menekankan nilai inklusiviti dan perpaduan,” katanya pada Rabu.
Menyusuli tuntutan Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin supaya Tiong tampil menjernihkan keadaan, Ketua Penerangan Pemuda PAS Nadzir Helmi pula menggesa menteri – didakwanya tidak berhati-hati dalam meneliti hasil kerja melibatkan tanggungjawabnya — meletakkan jawatan sekiranya tidak mahu menjunjung kedaulatan negara.
“Isunya kenapa tiada masjid (dalam klip video berkenaan) sedangkan tempat ibadat agama lain yang punyai elemen sejarah diletakkan. Kemudian menteri sebut berkenaan inklusiviti?
“Tiba-tiba, apabila ditegur dan diminta penjelasan, dikatakan yang menegur ini sebagai ekstremis, mengganggu keharmonian dan tidak menghormati adat dan agama lain? Secebis kemaafan tidak dihulur, dilabel pula dengan pelbagai tuduhan kepada yang menegur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tidak ketinggalan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pula menyifatkan menteri pelancongan seperti tidak menghormati agama persekutuan yang merupakan agama kaum majoriti di negara ini.
“Perkasa berasa bimbang apabila melihat klip video yang tidak memaparkan syiar Islam seperti masjid dalam promosi video tersebut,” kata Ketua Penerangannya Irwan Fahmi Ideris.
Namun, dalam memberi keadilan kepada Tiong, beliau sendiri sudah mengakui tidak berpuas hati dengan video montaj TMM 2026 dan sudah mengarahkan ia dibuat semula merangkumi pelbagai aspek keindahan budaya, kaum dan agama.
Video promosi baharu yang lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaik-baiknya dijangka dapat disiarkan dalam tempoh seminggu.
Cuma, kontroversi terbaru ini harus menjadi satu lagi ingatan buat Tiong agar lebih beringat-ingat untuk mengelakkan sebarang kekhilafan seumpamanya pada ketika beliau mudah dijadikan sasaran kecaman berkait soal kaum, budaya, bahasa apatah lagi sensitiviti agama.
Hanya November lalu, Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin mencadangkan agar kerajaan menukar portfolio Tiong kepada yang lebih memfokus kepada penguatkuasaan selepas beliau mengkritik penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap papan tanda iklan berbahasa Cina yang didakwanya mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara berbilang budaya.
Senada dengannya, Setiausaha Kelab Veteran Umno Mustapha Yaakub mendesak agar Tiong digugurkan daripada Kabinet selepas kenyataan-kenyataannya yang didakwa memalukan demi memelihara nama baik negara.
Selepas Gerakan Pengundi Sedar (GPS) memulakan satu petisyen dalam talian untuk mendesak peletakan jawatannya bulan lalu, Tiong memberi reaksi bahawa beliau tidak mampu memuaskan hati semua orang tetapi terbuka kepada sebarang cadangan penambahbaikan.
“Ia adalah biasa. Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Mereka minta saya letak jawatan, apa salah saya? Beritahu saya, jelaskan pada saya di mana kelemahan saya supaya saya boleh memperbaikinya,” katanya.
Ringkasnya, Tiong mungkin sudah lali, dengan desakan meletak jawatan tidak lagi dihairankan tapi demi jawatannya sendiri, elok beliau lebih berhati-hati. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/tiong-mungkin-dah-lali-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 121 hits
Fobia ni sebenarnya lebih daripada sekadar takut biasa Dia macam perasaan takut yang melampau tak rasional dan boleh buat hidup jadi huru hara Kadang kadang benda yang ditakutkan tu langsung tak bahaya tapi rasa takut tu tetap ada Contohnya...
Saya Sebenarnya Teringin Sangat Tapi Peminat Minta Buat Konsert Marsha Milan Akui Ada Rasa Takut

Saya Sebenarnya Teringin Sangat Tapi Peminat Minta Buat Konsert Marsha Milan Akui Ada Rasa Takut

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 78 hits
Penyanyi Marsha Milan akui dia mempunyai hasrat untuk mengadakan konsert sendiri buat para peminatnya Namun dia tidak menafikan wujudnya perasaan bimbang dalam dirinya untuk merealisasikan impian itu terutamanya apabila memikirkan konsert p...
Gagah Menyokong Tapi Dulunya Gagah Memenjarakan Si Banduan

Gagah Menyokong Tapi Dulunya Gagah Memenjarakan Si Banduan

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 86 hits
Mohd Fairul Al QasasSuatu masa lalu Zaman PN perintah mereka penjarakan Najib Bila zaman PMX mereka tuduh PMX aniaya Najib atas dendam peribadi sebab Najib kenakan Anwar suatu masa lalu Begitulah tuan tuan Allah nak kita berfikir
Kalau Ada Pun Tapi Adakah Undang Undang Kita Dah Diluluskan Dalam Dewan

Kalau Ada Pun Tapi Adakah Undang Undang Kita Dah Diluluskan Dalam Dewan

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 56 hits
Titah itu mungkin ada tapi Mungkin tidak dibincang dalam Lembaga Pengampunan Mungkin tidak dihantar kepada AG atau kerajaan Mungkin tidak sah nilai Mungkin gitu mungkin gini Comel dah tu Mahkamah benarkan Najib semak melalui mahkamah wat ni...
Berapa Kerap Perlu Tukar Cadar Nampak Bersih Tapi Sebenarnya Kotor

Berapa Kerap Perlu Tukar Cadar Nampak Bersih Tapi Sebenarnya Kotor

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 67 hits
Walaupun cadar kelihatan bersih sebenarnya ia mungkin menjadi tempat berkumpulnya peluh minyak badan sel kulit mati dan bakteria Kenapa Penting Menukar Cadar Secara Berkala Cadar yang tidak ditukar secara berkala boleh menjadi tempat pembia...
Nora Danish Bimbang Penampilan Berhijab Dilabel Munafik Tidaklah Sempurna Tapi Lebih Baik

Nora Danish Bimbang Penampilan Berhijab Dilabel Munafik Tidaklah Sempurna Tapi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 124 hits
bimbang penampilan dilabel munafik Tidaklah sempurna tapi lebih baik Pelakon Nora Danish seperti yang kita ketahui sudah berhijab Wanita ini tampil dengan penampilan yang sopan setiap kali menghadiri pelbagai majlis Nora Danish Bimbang Pena...
Mak Ayah Mula Menyesal Tapi Sudah Terlambat 5 Beradik Hidap Pelbagai Penyakit Lepas Lahir Padah Tak Suntik Vaksin

Mak Ayah Mula Menyesal Tapi Sudah Terlambat 5 Beradik Hidap Pelbagai Penyakit Lepas Lahir Padah Tak Suntik Vaksin

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 86 hits
Akses dan pendedahan yang terhad menyebabkan ramai generasi terdahulu tidak menerima suntikan vaksin Namun dalam dunia sekarang tiada alasan untuk ibu bapa membiarkan anak anak mereka membesar tanpa perlindungan kesihatan kecuali mereka ter...
Recycling Labels A Pathway To Sustainable Waste Management

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar

How Prof Kangkung Cherry Picks 11 Lines Out Of 111 Pages From Hannah S Book To Derive Conclusion

Pm Anwar To Undertake Two Day Working Visit To Belgium

Manusia Antara Kehidupan Dan Kematian

Keadaan Akan Aman Jadi Untuk Apa Mahu Boikot Lagi Vincent Tan

Tak Habis Fikir Macam Mana Perkara Ini Boleh Berlaku Diatas Jalanraya Malaysia

Laporan Produksi Yufid Bulan Desember 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sabar Jangan Cepat Menghukum

Drama Calon Isteri Buat Suami

Isak Waang Sir Bila Nanti Chord

The Last Sled A Sparkling Kawasaki W650 Scrambler By Dirty Dick S Motos

Makan Nasi Daun Pisang Banana Bro Aeon Bukit Indah

Tiktok Fueled Travel Crazes What Happens Now