Tinggal Satu Saja Majoriti Pn
Spekulasi peletakan jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya Shahruddin Salleh tersebar susulan kenyataan media bertarikh hari ini yang menyatakan beliau melakukan ijtihad politik yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN akhirnya di sahkan..
<!--more-->Oleh itu PN hanya memiliki majoriti dua kerusi berdasarkan tempat duduk sidang Parlimen terakhir pada 18 Mei lalu.. kini hanya tinggal majoriti 1 kerusi saja..
Berikut adalah laporan dari FMT.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai timbalan menteri kerja raya secara mengejut berkuat kuasa hari ini.
Shahruddin dalam kenyataan berkata, beliau membuat “ijtihad politik” yang kurang tepat ketika menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya beliau seharusnya memberi keutamaan kepada pengundi di kawasan Parlimennya.
“Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading sudah memilih Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14.
“Sebagai langkah awal bagi membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.
Isnin lepas Shahruddin menyuarakan harapan supaya Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad berdamai bagi menguatkan semula PPBM.
Ketika dihubungi FMT, Shahruddin, yang merupakan bekas setiausaha agung pertama PPBM, mengesahkan keputusan itu.
Shahruddin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau bersedia melepaskan jawatan sebagai timbalan menteri kerja raya dan meninggalkan PN jika langkah itu dapat mengukuhkan PPBM.
Katanya, beliau menyayangi parti dan tidak mahu melihat PPBM lemah kerana berpecah-belah serta berlakunya serang menyerang yang memalukan
Tinggal 1 saja??... hmmm
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/06/tinggal-satu-saja-majoriti-pn.html