Tiktok Kena Katok


 



Dua hari lalu Shou Zi Chew, warga Singapura berusia 40 tahun yang pegang jawatan ketua pegawai eksekutif TikTok, berdepan ahli Kongres AS untuk memberi keterangan pada sesi yang dipanggil “Congressional hearing”.
AS menganggap TikTok satu ancaman keselamatan. Aplikasi TikTok dilihat mempunyai data rakyat AS dan dikatakan 150 juta rakyat AS menggunakan aplikasi itu. Washington percaya Beijing mengawal TikTok atau paling tidak mempunyai pengaruh ke atas TikTok. Satu lagi kebimbangan Washington, ia berpendapat TikTok memberi kesan buruk ke atas kanak-kanak AS. Tersenyum saya apabila mendengar “concern” ini yang ditimbulkan oleh sebuah negara yang bangga dengan kebebasan yang diberi kepada rakyatnya untuk membuat pilihan sendiri.
Lantas Khamis lalu, Shou dipanggil. Semua media antarabangsa melaporkan CEO TikTok itu “was grilled by Congressmen for five hours”. Istilah yang digunakan “grill”. Dalam bahasa Melayu “panggang”. Saya memilih istilah “katok”, perkataan dalam loghat Utara yang membawa maksud ‘pukul’ atau ketuk. Tak kiralah apa istilahnya, yang pasti anda faham apa yang dilalui Shou selama lima jam. Beliau ditekan dan diasak oleh ahli Kongress AS mewakili Democrat dan Republican. Buat julung kali mereka sepakat, bersatu menentang Tiktok ‘demi Amerika’. Malah Dan Crenshaw, seorang Republican mengucapkan terima kasih (jenaka atau perli?) kepada Shou “kerana berjaya merapatkan Democrat dan Republican”.
Kata mereka, Biro Siasatan Persekutuan atau FBI percaya TikTok senjata agresif yang boleh digunakan terhadap AS. Ertinya boleh memudaratkan. Mereka mahu tahu adakah ByteDance, syarikat yang mencipta aplikasi TikTok, menerima dan melaksanakan arahan China. Syarikat teknologi internet itu diasaskan oleh rakyat China, Zhang Yiming and Liang Rubo pada Mac 2012.

Lantas “concerns” atau apa yang dibimbangi AS berhubung TikTok boleh difahami. Ada justifikasi mengapa AS mensyaki TikTok. Bagi orang yang berkecuali dan tidak memihak, China bukan malaikat. Begitu juga AS. Setuju atau tidak terpulang. Berdasarkan apa yang saya lihat menerusi siaran langsung CNN, hampir jika tidak semua jawapan Shou terhadap persoalan yang diaju tidak diterima anggota Kongress AS. Mereka jelas sangsi.
Tekanan kepada TikTok tidak dinafikan lebih keras berbanding umpamanya ke atas Facebook, Twitter, atau Cambridge Analytica atas ‘kesalahan’ sama iaitu mengumpul data peribadi pengguna. Ahli Kongres mahu tindakan keras diambil terhadap TikTok. Wakil Republican dari Washington, Cathy Anne McMorris Rodgers yang bertindak sebagai pengerusi “perbicaraan” Khamis lalu membuka sesi dengan memberitahu Shou: “Platform anda sepatutnya diharamkan”.
Shou bagi saya menangani apa yang dihadapi dengan baik meskipun ada ketika nampak “gabra” dan kadangkala pula cuba “berpusing, berputar, dan mengelak”. Apa pun, menurut CNN, Washington “has already made up its mind about TikTok”. Sudah membuat keputusan sejak mula. Pun begitu kita tunggu kesudahan isu ini.
Di Malaysia, Ahli Parlimen Arau daripada Perikatan Nasional, Shahidan Kassim mendakwa penstriman langsungnya ketika berbahas di Dewan Rakyat 22 Mac lalu “disekat selepas Kementerian Komunikasi dan Digital mengadakan libat urus dengan TikTok”.
Ads by KioskedTersentak saya apabila membaca laporan mengenai dakwaan Shahidan. Ini tuduhan serius. Tuduhan besar bukan sahaja terhadap kerajaan tetapi juga pengendali aplkasi terkemuka dunia itu.
Betapa hebatnya Shahidan sehingga KKD terpaksa mengadakan libat urus (baca: buat deal) dengan gergasi antarabangsa untuk menyekat “live streaming” beliau di Parlimen. Tokoh utama pembangkang seperti Muhyiddin Yassin dan Hadi Awang pun tak kena macam itu. Apa agaknya hujah gempar beliau yang kerajaan begitu takut dan tidak mahu ia didengar rakyat?
Tampil Timbalan Menteri KKD Teo Nie Ching dengan penafian sambil menegaskan pihaknya tiada pengetahuan mengapa TikTok secara langsung Shahidan ditutup semasa perbahasan. “Saya rasa tuduhan beliau bahawa TikTok live stream beliau ditutup sebab KDD mengadakan kolaborasi dengan platform media sosial itu adalah tidak bertanggungjawab.”
Kata Teo lagi, kalau Shahidan benar berani sila ulang tuduhan di luar Dewan “supaya tindakan undang-undang boleh diambil”. Sememangnya Ahli Parlimen mahupun Adun diberi perlindungan atau mendapat imuniti untuk bercakap dengan bebas atau cakap ‘apa sahaja’ di dalam Dewan. Sehingga artikel ini ditulis Shahidan belum mengulangi tuduhannya di luar Dewan.
Imbau kembali laporan media menjelang PRU15 Nov 2022. Ramai penganalisis politik mendapati hampir semua calon menggunakan TikTok untuk mendekati generasi muda khususnya yang berusia 18 tahun yang mengundi buat pertama kali waktu itu.
Berikutan PRU15 timbul dakwaan kempen PN menggunakan TikTok untuk membangkitkan sentimen agama bertujuan menghasut golongan muda. Satu contoh ialah tuduhan Pakatan Harapan mempunyai kaitan dengan kumpulan Yahudi dan Kristianisasi yang disifatkan PH sebagai fitnah.
Ads by KioskedNyata di Malaysia isunya bukan TikTok. Isunya ialah konten fitnah yang membakar sentimen agama dan perkauman yang boleh mengancam keharmonian rakyat. Lalu yang mesti “dikatok” bukan TikTok tetapi si penyebar fitnah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/tiktok-kena-katok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Content Di Tiktok Wanita Indonesia Ini Selamba Makan Daging Babi

Demi Content Di Tiktok Wanita Indonesia Ini Selamba Makan Daging Babi

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 180 hits
Seorang wanita yang juga seorang TikToker di Indonesia mengakui bahawa dirinya telah menjamah daging babi bermula sejak dari usianya 25 tahun Baru baru ini tular di media sosial Video pengakuan wanita dikenali sebagai Lilu Mukerji yang meng...
9 Cara Membuat Konten Tiktok Yang Menarik Dan Mendapatkan Jumlah Views Yang Tinggi

9 Cara Membuat Konten Tiktok Yang Menarik Dan Mendapatkan Jumlah Views Yang Tinggi

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 240 hits
TikTok telah menjadi platform media sosial yang sangat popular ketika ini terutamanya dalam kalangan generasi muda Di sini pengguna boleh berkongsi video pendek yang menarik dan menghiburkan malah boleh menjadi terkenal dengan jumlah tonton...
Aku Cuma Nak Tahu Apa Rasa Daging Babi Wanita Indonesia Selamba Makan Daging Babi Demi Content Di Tiktok

Aku Cuma Nak Tahu Apa Rasa Daging Babi Wanita Indonesia Selamba Makan Daging Babi Demi Content Di Tiktok

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 369 hits
Seorang wanita yang juga TikToker Indonesia mengakui dirinya telah menjamah daging babi bermula dari usia 25 tahun Video pengakuan wanita dikenali sebagai Lilu Mukerji itu tular di media sosial baru baru ini mengundang pelbagai reaksi netiz...
Sesuai Dengan Awak Dik Main Filter Tiktok Ayda Jebat Terhibur Fyna Jebat Dapat Watak Peny0ndol

Sesuai Dengan Awak Dik Main Filter Tiktok Ayda Jebat Terhibur Fyna Jebat Dapat Watak Peny0ndol

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 142 hits
Ramai warganet geli hati melihat gelagat penyanyi dan pelakon Ayda Jebat bersama sama adiknya Fyna Jebat yang bermain filter Tonton Anugerah Drama Sangat di TikTok Berdekah ketawaNaib juara program realiti Famili Duo TV3 itu meluangkan masa...
Mampu Beli Kereta Honda Tetapi Tak Mampu Nak Naik Taraf Rumah Sendiri Wanita Sindir Jirannya Di Aplikasi Tiktok

Mampu Beli Kereta Honda Tetapi Tak Mampu Nak Naik Taraf Rumah Sendiri Wanita Sindir Jirannya Di Aplikasi Tiktok

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 473 hits
Seorang pengguna TikTok sengaja menyindir jirannya yang baru sahaja membeli sebuah kereta Honda sambil merakam keadaan rumah lelaki itu bagi menampakkan dia lebih mengutamakan kereta berbanding menaiktaraf kediamannya nbsp TikToker Anaayyy2...
Cara Beli Coin Tiktok Murah Malaysia Top Up Recharge

Cara Beli Coin Tiktok Murah Malaysia Top Up Recharge

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 825 hits
Cara Beli Coin Tiktok Murah Malaysia Top up Recharge Aplikasi Tiktok tidak lagi asing dalam kalangan remaja Ia merupakan platform media sosial yang memaparkan video berdurasi pendek untuk hiburan para pengguna akaun Tiktok Bukan itu sahaja ...
Ekspresi Ceo Tiktok Dicecar Habis Habisan Oleh Parlemen As

Ekspresi Ceo Tiktok Dicecar Habis Habisan Oleh Parlemen As

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 203 hits
Ekspresi CEO TikTok Dicecar Habis habisan oleh Parlemen AS CEO TikTok Shou Zi Chew diminta memberikan penjelasan terkait tuduhan dugaan aplikasinya jadi agen China untuk memata matai AS Tak hanya itu parlemen AS juga menuding konten TikTok ...
Tiktok Account In Ncid Director Ayob Khan S Name Is Fake Says Bukit Aman

Tiktok Account In Ncid Director Ayob Khan S Name Is Fake Says Bukit Aman

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 203 hits
A TikTok account purportedly under the name of Bukit Aman Narcotic Crimes Investigation Department director Comm Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay is fake say police The NCID denies that the TikTok account datukayub8 belongs to Comm Datuk Ayob ...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia