Tiga Pasukan Ragbi Perlis Sedia Gegar Kejohanan Takaful Ikhlas Perlis Royal 7s




ARAU: Perlis yang mempertaruhkan tiga pasukan dalam kejohanan ragbi Takaful Ikhlas Perlis Royal 7s 2024 pada 1 hingga 2 Jun depan mensasarkan layak ke separuh akhir dan akhir dalam kejohanan memasuki edisi kelima itu.
Persatuan Ragbi Perlis (PRP) mempertaruhkan tiga kelab yang bernaung di bawah persatuan tersebut iaitu Perlis Border Boys, Perlis Sukma 24 dan Perlis Border Girls bagi bersaing bersama kelab-kelab ragbi lain dari seluruh negara termasuk Indonesia dan Thailand.
Presiden PRP, Syed Hazrain Syed Razlan Jamalullail berkata, kejohanan yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke-81 itu membabitkan penyertaan
17 kelab ragbi dengan perlawanan akan berlangsung di Padang B Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.
Katanya, kejohanan tahunan itu memasuki edisi kelima selepas kali terakhir dianjurkan pada 2022 dan penganjurannya juga sudah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan negeri, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) serta Majlis Sukan Negeri Perlis.
Ujarnya, selain Perlis Border Boys dan Perlis Sukma 24, kelab lain yang sudah mengesahkan penyertaan bagi kategori terbuka lelaki ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau Wolves, Serdang Angels (Universiti Putra Malaysia), dan Polis Bersatu (Polis DiRaja Malaysia).
“Kelab ragbi lain yang turut akan bersaing dalam kategori terbuka lelaki ialah Majlis Perbandaran Klang (MPK) Royal Town Warriors, Sukma Kedah dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) manakala bagi kategori terbuka wanita pula, kelab yang mengesahkan penyertaan adalah Perlis Border Girls, UPM Angels, Penang Ladies dan PDRM Women.
“Lima kelab antarabangsa dari Indonesia dan Thailand yang akan bersaing merebut kejuaraan itu ialah Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta bagi kedua-dua kategori, All For One dari Bangkok, Thailand, Provinsi Aceh (Indonesia) dan Thaksin University, Songkhla, Thailand,” katanya dalam sidang akhbar dan pengumuman penajaan rasmi Takaful Ikhlas bagi kejohanan itu Arauberry di sini semalam.
Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut adalah Penaung PRP, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail dan Timbalan PRP, Noor Amin Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar.
Tambah Syed Hazrain, bagi edisi kali ini, ia akan dibahagikan mengikut dua kumpulan berikutan penyertaan dari pasukan kelab yang agak memberangsangkan dan kejohanan ini juga mendapat suntikan penajaan daripada syarikat Takaful Ikhlas.
“Malah, kejohanan ini juga akan disertakan dalam kalendar Tahun Melawat Perlis 2024/2025 di mana majlis penutup dan penyampaian hadiahnya nanti akan disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
“Takaful Ikhlas Perlis Royal 7s 2024 juga bakal menjadi medan penting kepada pasukan Perlis Sukma 24 sebagai persiapan menuju ke Sukma 2024 di Sarawak nanti di mana untuk ke sukan itu juga kita menyasarkan separuh akhir sebagai sasaran kita,” katanya.
Syed Hazrain berkata, saingan kali ini dijangka hebat memandangkan tahun ini juga hadiah yang dipertandingkan meningkat berbanding penganjuran sebelum ini.
“Jika dahulu hadiah bagi johan kejohanan adalah RM5,000 namun bagi edisi kali ini, johan bagi kategori terbuka lelaki akan menerima hadiah sebanyak RM8,000 selain turut bakal membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan pingat kejohanan manakala naib johan pula mendapat wang sebanyak RM4,000 berserta pingat kejohanan.
“Bagi kategori terbuka wanita pula, juara akan menerima hadiah berjumlah RM3,000 berserta piala pusingan, piala iringan
dan pingat kejohanan manakala naib johan pula akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000 berserta pingat,” katanya.-UTUSAN




Source link
The post Tiga pasukan ragbi Perlis sedia gegar kejohanan Takaful Ikhlas Perlis Royal 7s appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/tiga-pasukan-ragbi-perlis-sedia-gegar-kejohanan-takaful-ikhlas-perlis-royal-7s/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlis Fokus Tiga Kaedah Perkasa Sektor Pertanian

Kerajaan Perlis Fokus Tiga Kaedah Perkasa Sektor Pertanian

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 99 hits
KANGAR Kerajaan negeri akan memberi fokus terhadap tiga kaedah bagi memajukan sektor pertanian di Perlis membabitkan pembangunan agro perniagaan industri padi beras dan mempertingkatkan penggunaan teknologi Menteri Besar Mohd Shukri Ramli b...
Anak Mb Perlis Didakwa Esok

Anak Mb Perlis Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 117 hits
Raja Noraina Raja Rahimrnoraina hmetro com myKuala Lumpur Anak kepada Menteri Besar Perlis akan didakwa di mahkamah esok berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600 000 Sumber berkata pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 18 ...
Azam Perlis Mb S Son Ex Aide To Be Charged Tomorrow

Azam Perlis Mb S Son Ex Aide To Be Charged Tomorrow

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 94 hits
Perlis Menteri Besar Mohd Shukri Ramli s son and his former political secretary will be charged in separate courts tomorrow in connection with the submission of false claims amounting to RM600 000 according to MACC MACC chief commissioner A...
Umno S Puad Tells Perlis Mb To Resign After Son Charged With Submitting False Claims

Umno S Puad Tells Perlis Mb To Resign After Son Charged With Submitting False Claims

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 144 hits
Fortunately there are no major projects to embezzle With a weak administration that is easily deceived Perlis will fall further behind An Umno Supreme Council member has called for Mohd Shukri Ramli to resign as Perlis Menteri Besar after h...
Pn Perlis Utuh Cerita Retak Rekaan Pihak Luar Kata Pas

Pn Perlis Utuh Cerita Retak Rekaan Pihak Luar Kata Pas

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 107 hits
PAS Perlis berkata walaupun Menteri Besar Mohd Shukri Ramli dan anaknya berdepan siasatan hubungan parti itu bersama Bersatu kekal utuh PETALING JAYA Dakwaan hubungan PAS dan Bersatu retak selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mala...
Bersatu Perlis Nafi Wujud Pergolakan Dalam Pn Perlis

Bersatu Perlis Nafi Wujud Pergolakan Dalam Pn Perlis

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 120 hits
KANGAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri menafikan wujudnya pergolakan di dalam Perikatan Nasional negeri susulan kontroversi membabitkan Menteri Besar Mohd Shukri Ramli Pengerusinya Abu Bakar Hamzah berkata parti itu masih mempunyai hu...
Berkait Rasuah Di Perlis Sprm Cadangkan Seorang Suspek Didakwa

Berkait Rasuah Di Perlis Sprm Cadangkan Seorang Suspek Didakwa

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 116 hits
Hariz MohdSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah menyelesaikan siasatan mereka anak Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli yang terkait dengan isu rasuah Malaysiakini difahamkan pegawai SPRM yang berkaitan sudah menyerahkan kertas sia...
Kena Dakwa Perlis Boleh Dapat Mb Baru Dah Tu

Kena Dakwa Perlis Boleh Dapat Mb Baru Dah Tu

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 71 hits
Che IbrahimDi Kelantan KADA dapat Pengurus Besar baru kerana wat lama kena tahan kerja kerana ditahan SPRM Di Perlis adakah bakal dapat MB baru kerana MB lama telah dipanggil oleh SPRM untuk siasatan
How To Assuage Public Fury Social Unrest Over Targeted Fuel Subsidies

Zahid Risks Ouster From Umno Over Mahb Deal Says Analyst

Blackrock Pertahan Urus Niaga Mahb Zahid Berisiko Disingkir Umno

Rm370bil Unseen Cost Of Women S Unpaid Work At Home

Bongkar Pokok Ubi Kayu Di Raised Bed

Dua Penumpang Meninggal Dunia Bas Bawa Pelancong China Terbalik Di Genting Highlands

Kisah Di Hujung Minggu

2 Pelancong China Maut Dalam Nahas Bas Genting Highlands



5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga

Biodata Arfie Shah Adwafri Shah Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 X Change Astro

5 Sebab Kenapa Sikap Golongan B40 Mampu Menyakitkan Hati Orang Ramai

8 Fakta Biodata Jazmy Juma Khan Hero Remaja Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Scha Elinnea


How Are Candidates In Sg Bakap Faring

Court Upholds Lecturer S Sacking For Letting Absent Students Pass Exam

Legal Eagle Edgar Joseph Jr Dies Aged 90

Taman Negara Bako Eksplorasi Alam Semula Jadi Bermula

Drama Ternyata Sebuah Bahagia

Kesan Buli Dan Impak Jangka Masa Panjang Pada Mangsa