Tiga Keldai Akaun Termasuk Seorang Wanita Ditahan Polis


KUALA LUMPUR, 19 Jun — Seramai tiga individu termasuk seorang wanita dipercayai ‘keldai akaun’ ditahan dalam operasi ‘Op Mule Account’, di Petaling Jaya, hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 37 tahun, ditahan pada jam lebih kurang 8.30 pagi, oleh anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil.
“Siasatan awal mendapati suspek pernah membuat pinjaman ‘ah long’, kehilangan kad ATM yang mempunyai maklumat akaun bank, menjual kad ATM bagi mendapatkan wang atau diberi upah untuk membuka akaun bank atas nama mereka sendiri.
“Kesemua yang terdiri daripada rakyat tempatan didapati sama ada sedar atau tidak, akaun bank mereka dipergunakan oleh sindiket, bagi mengaut keuntungan serta melicinkan penipuan bagi mendapatkan wang dengan mudah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sindiket kemudian akan memberikan nombor akaun bank suspek yang dijadikan ‘keldai akaun’ ini kepada mangsa bagi urusan pembayaran atau pendeposit wang, untuk pelbagai tawaran yang tidak wujud termasuk pinjaman wang, pembelian barang di dalam media sosial, menipu dalam urusan sewa bilik atau rumah.
Katanya, kesemua suspek dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tegas Nik Ezanee, pihaknya akan terus mengesan ‘keldai akaun ini’ dan sindiket berkenaan hingga ke akar umbi, untuk mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa.
Sementara itu dalam kes berasingan, seramai 12 warga asing ditahan dalam operasi di sebuah rumah, dipercayai menjalankan aktiviti pelaburan dalam talian secara haram, di Mutiara Damansara, Petaling Jaya petang tadi.
Nik Ezanee berkata, ketika serbuan dilakukan pada 3 petang itu, kesemua suspek warga China berusia 26 hingga 53 tahun, termasuk enam wanita sedang sibuk mengendalikan beberapa buah komputer riba dipercayai sedang menjalankan kegiatan tersebut di ruang tamu dan bilik tidur.
“Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemukan sebuah bilik di tingkat dua, dipercayai dijadikan studio penggambaran untuk mempromosikan skim penipuan secara langsung, disiarkan di internet,” katanya.
Berikutan itu, polis telah merampas perbagai barangan termasuk enam unit komputer riba dan satu modem pelayaran internet.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut dilakukan untuk mengetahui cara kegiatan pelaburan itu dijalankan, dan bagaimana sindiket mengaut keuntungan daripada mangsa.
Sumber: BERNAMA
The post Tiga ‘Keldai Akaun’ Termasuk Seorang Wanita Ditahan- Polis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/20/tiga-keldai-akaun-termasuk-seorang-wanita-ditahan-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Keldai Akaun Polis Tahan Lima Individu

Jadi Keldai Akaun Polis Tahan Lima Individu

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 381 hits
POLIS menahan lima individu termasuk dua wanita berusia lingkungan 19 hingga 26 tahun kerana menjadi keldai akaun dalam sebuan di sekitar Kawasan Petaling Jaya pada pukul 8 pagi semalam Kesemua suspek dijadikan keldai akaun oleh sindiket ya...
Keluar Kata Kesat Tumbuk Polis Pembonceng Motosikal Ditahan

Keluar Kata Kesat Tumbuk Polis Pembonceng Motosikal Ditahan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 449 hits
JOHOR BAHRU 14 Syawal 1441H Sabtu Seorang pembonceng motosikal ditahan kerana mengeluarkan kata kata kesat dan menumbuk pegawai polis ketika diminta mengemukakan permit perjalanan rentas negeri di Sekatan Jalan Raya di KM1 Jalan Endau Rompi...
Shuk Ketawa Lihat Warganet Samakan Wajah Dengan Seorang Wanita

Shuk Ketawa Lihat Warganet Samakan Wajah Dengan Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 583 hits
Siapa jer tak kenal pelawak dan penyampai radio Hot FM Mohammad Shukri Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk Sahar berusia 34 tahun hanya mampu ketawa apabila mendapati wajah seorang wanita dikenali sebagai Qaseh Eiman seakan akan ...
14 Kemuliaan Wanita Hamil Dalam Islam Gedung Pahala Buat Seorang Perempuan

14 Kemuliaan Wanita Hamil Dalam Islam Gedung Pahala Buat Seorang Perempuan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 519 hits
Hamil atau mengandung itu satu nikmat yang tentunya diimpikan oleh semua wanita Dalam Islam khususnya banyak kemuliaan yang diperolehi buat wanita yang sedang hamil Ia seolah gedung untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala Ini antara 14 kemu...
Palsukan Tandatangan Adun Seorang Kontraktor Dan Bekas Penyelia Pejabat Ditahan Sprm

Palsukan Tandatangan Adun Seorang Kontraktor Dan Bekas Penyelia Pejabat Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 625 hits
KUALA LUMPUR 24 Jun Seorang kontraktor dan bekas penyelia pejabat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini kerrana disyaki memalsukan tandatangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri bagi tujuan tuntutan palsu bernilai kira kir...
Seorang Penumpang Wanita Memaksa Agar Dinikahi Abang Ojol Polisi Turun Tangan Atasi Aksi Nekatnya

Seorang Penumpang Wanita Memaksa Agar Dinikahi Abang Ojol Polisi Turun Tangan Atasi Aksi Nekatnya

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 433 hits
Seorang penumpang wanita bikin geger karena memaksaksa driver ojek online menikahi dirinya Kisah driver ojol dipaksa penumpang wanitanya ini juga sempat viral di media sosial Kisah pemaksaan untuk menikahi penumpang ini terjadi di wilayah M...
Sindiket Penipuan Rekrut Runner Cari Keldai Akaun

Sindiket Penipuan Rekrut Runner Cari Keldai Akaun

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 497 hits
KUALA TERENGGANU Polis Terengganu membongkar satu sindiket yang menjual kad bank serta nombor pin dengan bayaran lumayan selepas menahan 59 pemilik akaun di negeri ini disyaki menjadi keldai akaun untuk kegiatan itu
Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan

Kerajaan Hapuskan Rule Of 78 Dalam Pinjaman Sewa Beli Kereta Memudahkan Pemilik Kenderaan Baru

Pjh 2026 Senarai Pengelola Jemaah Haji 1447 2026

Remix Makes Sending Photos To Friends Even More Fun On Google Messages

Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

Tiga Warga Asing Ditahan Kes Bunuh Wanita Indonesia Yang Ditemui Reput Bawah Pelepah Kelapa Sawing Di Telemong Bentong

Lelaki Putus Ibu Jari Manakala Ibunya Pula Cedera Gara Gara Pergaduhan Dengan Pembantu Rumah Warga Asing Di Kotasas

Ultimate Dinner Recipes For 1 Year Old


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kepentingan Pembersihan Data

Kanser Kolon Realiti Tanpa Amaran

Berbaik Sangka Kepada Allah Bekal Menghadapi Segala Kesulitan

Israel Iran Bakal Meletus Lagi Laporan Nyt Dedah Tanda Tanda Awal

Keetas Cadangan Tanaman Kelapa Panduan

Impian Dan Realiti Alam Persaraan