Tiada Pencerobohan Pendatang Tanpa Izin Dikesan Di Sempadan Negara Ismail Sabri


PUTRAJAYA, 13 April — Tiada pencerobohan pendatang tanpa izin dikesan di sempadan negara termasuk di jalan-jalan tikus setakat ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa di seluruh negara.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil maklum, ramai yang menyuarakan kerisauan mengenai kawalan di sempadan dan jalan tikus, namun beliau memberi jaminan bahawa ia sentiasa dikawal anggota penguat kuasa bertugas.
“Kita dapat laporan daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia, bahawa pintu sempadan negara sentiasa dikawal terutama jalan-jalan tikus digunakan oleh pendatang asing tanpa izin.
“Seperti kita tahu sempadan kita telah ditutup kepada kemasukan semua warga asing dan jalan tikus kita sentiasa dipantau untuk pastikan tiada warga asing yang menyeludup masuk,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di sini, hari ini.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata tindakan tegas pastinya diambil terhadap mana-mana warga asing yang memasuki negara ini melalui jalan-jalan tikus.
Selain jalan darat, beliau berkata mesyuarat pada pagi tadi turut memutuskan bahawa tindakan pengusiran akan diambil terhadap bot dari negara asing yang cuba menceroboh negara.
Beliau berkata sama sepertimana jalan darat, perairan negara juga dikawal dan dalam hal ini Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malayia akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang pencerobohan.
Mengenai rakyat Malaysia yang terkandas di negara-negara yang mengenakan sekatan akibat virus berkenaan, Ismail Sabri berkata urusan penerbangan khas akan diuruskan Kementerian Pengangkutan sekiranya dibenarkan negara-negara terbabit.
Bagaimanapun, jelasnya sekiranya pihak kerajaan diberi kebenaran, kos membawa pulang perlu ditanggung individu terbabit.
Sementara itu. Ismail Sabri berkata sebanyak 1,471 individu ditahan  semalam kerana ingkar PKP, dengan 949 dikenakan kompaun, 503 individu direman dan 19 individu dijamin polis, manakala 51 individu dituduh di mahkamah.
Mengenai pusat kuarantin, katanya setakat ini sebanyak 174 pusat telah beroperasi dan sebanyak 13,575 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, termasuk seramai 390 yang pulang ke tanah air, semalam.
Beliau turut memaklumkan sebanyak 114 operasi sanitasi dilakukan meliputi 43 zon di 12 negeri, termasuk 33 kawasan di Johor dan 19 kawasan di Pahang diadakan semalam.
— BERNAMA
The post Tiada Pencerobohan Pendatang Tanpa Izin Dikesan Di Sempadan Negara – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/13/tiada-pencerobohan-pendatang-tanpa-izin-dikesan-di-sempadan-negara-ismail-sabri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin 14 Di Tempat Dikhaskan Kerajaan Ismail Sabri

Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin 14 Di Tempat Dikhaskan Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 306 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara akan terus dikuarantin selama 14 hari Menurutnya ahli keluarga tidak ...
40 000 Boleh Ditempatkan Di 409 Pusat Kuarantin Seluruh Negara Ismail Sabri

40 000 Boleh Ditempatkan Di 409 Pusat Kuarantin Seluruh Negara Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 211 hits
PUTRAJAYA 4 April Kira kira 40 000 orang boleh ditempatkan di semua 409 pusat kuarantin COVID 19 yang digazetkan di seluruh negara jika kesemuanya beroperasi pada satu satu masa kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berka...
Penjualan E Iftar E Bazar Pandu Lalu Atau Tempah Dan Ambil Tidak Dibenarkan Ketika Bulan Ramadan Ismail Sabri

Penjualan E Iftar E Bazar Pandu Lalu Atau Tempah Dan Ambil Tidak Dibenarkan Ketika Bulan Ramadan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 446 hits
Menerusi sidang media Perkembangan PKP yang dilaporkan pada hari ini Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa sebarang penjualan seperti E Iftar E Bazaar Penjualan pada bulan Ramadan tidak dibenarkan Tambahnya lagi walaupun penjualan sepe...
Tak Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam Bukan Satu Kesalahan Ismail Sabri

Tak Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam Bukan Satu Kesalahan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 422 hits
KUALA LUMPUR Tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam bukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sehingga menyebabkan seseorang itu boleh ditahan atau didenda Menteri Kanan Datuk Seri Ismai...
Tidak Menjadi Kesalahan Tak Pakai Topeng Muka Kalau Tidak Bergejala Ismail Sabri

Tidak Menjadi Kesalahan Tak Pakai Topeng Muka Kalau Tidak Bergejala Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 505 hits
Tidak menjadi sebarang kesalahan sekiranya individu tidak memakai topeng muka menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata mereka yang mempunyai gejala sahaja perlu memakai topeng muka manakala yang tidak bergejala ad...
Mco Until June Is Igp S Personal Opinion Ismail Sabri

Mco Until June Is Igp S Personal Opinion Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 228 hits
CORONAVIRUS It is only the personal opinion of Inspector General of Police Abdul Hamid Bador that the movement control order may be extended to June said Senior Minister Ismail Sabri Yaakob The defence minister said today that this is becau...
Covid 19 Perketatkan Kawalan Keselamatan Sempadan Negara Ahmad Zahid

Covid 19 Perketatkan Kawalan Keselamatan Sempadan Negara Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 249 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melontarkan beberapa cadangan dalam usaha meningkatkan tahap kawalan keselamatan sempadan negara dan memutuskan rantaian pandemik COVID 19 pembawaan pendatang asing dan bukan warganegara Menuru...
Covid19 Tiada Yang Terkecuali Dijangkiti Dari Kayangan Atau Bumi Ismail Sabri

Covid19 Tiada Yang Terkecuali Dijangkiti Dari Kayangan Atau Bumi Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 375 hits
COVID 19 tidak kenal dari kayangan atau dari bumi Tidak ada siapa yang boleh dibezakan oleh Covid 19 Kalau mereka kaya raya pun tidak terkecuali daripada dijangkiti kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menurutnya beliau percaya...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine