Tiada Masalah Jika Pas Calon Pm Kata Pemimpin Bersatu


 
Mas Ermieyati Samsudin yakin pimpinan PN akan berbincang secara harmoni jika PAS memutuskan mengambil peranan kanan dalam komponen itu. (Gambar Facebook Keluar Sekejap)PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu tidak menolak kemungkinan tokoh dari PAS boleh menjadi calon perdana menteri bagi Perikatan Nasional (PN) pada PRU akan datang.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mas Ermieyati Samsudin berkata PAS kini berbeza dengan dahulu apabila dikuatkan dengan penyertaan golongan teknokrat seperti Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar.
Samsuri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Sam pernah menjadi ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM).
“Kenapa perlu tolak kalau ada calon PAS yang baik? PAS hari ini bukan yang 20-30 tahun dulu…kita tengok Samsuri satu tokoh baik dan teknokrat yang boleh dibanggakan PN.
“Apa pun pucuk pimpinan harus bincang dalam suasana berhemah,” kata Mas Ermieyati dalam podcast Keluar Sekejap kendalian Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.
Beliau mengulas soalan Khairy bagaimana Bersatu akan bertindak balas sekiranya PAS yang mempunyai kerusi terbanyak dalam Parlimen memutuskan untuk mengambil “peranan kanan” dalam PN.
Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata beliau yakin perkara itu akan ditangani sebaiknya dalam situasi harmoni.
“Walaupun mereka menang banyak kerusi tetapi mereka tak pernah rasa mereka ‘abang besar’ dalam PN,” katanya.
Nama Samsuri yang juga naib presiden PAS dan dan Ahli Parlimen Kemaman diuar-uarkan berpotensi sebagai perdana menteri apabila PN membentuk kerajaan, yang turut diakui Pengerusinya Muhyiddin Yassin.
Perkara itu dinyatakan Muhyiddin ketika berkempen untuk Samsuri pada kempen PRK Kemaman tahun lalu.
Pada pilihan raya kecil itu, Samsuri menewaskan calon Barisan Nasional Raja Affandi Raja Noor dengan majoriti 37,220 undi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/tiada-masalah-jika-pas-calon-pm-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 565 hits
SUASANA PRK Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor dilihat kurang meriah dengan amat kurangnya kehadiran dalam ceramah ceramah anjuran Perikatan Nasional Dengar dengar daripada kalangan ahli PAS di Hulu Selangor khususnya di Kuala Kubu Baharu b...
Calon Asli Berpotensi Kecilkan Majoriti Dap Kata Penganalisis

Calon Asli Berpotensi Kecilkan Majoriti Dap Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 163 hits
Seramai 40 226 pemilih layak mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu termasuk pengundi Orang Asli yang mewakili kelompok kecil PETALING JAYA Penyertaan Parti Orang Asli Malaysia pada PRK Kuala Kubu Baharu dijangka hanya akan mengecilkan 4 119 u...
Parti Bn Mesti Bantu Calon Kerajaan Perpaduan Di Kkb Kata Tok Mat

Parti Bn Mesti Bantu Calon Kerajaan Perpaduan Di Kkb Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 185 hits
PARTI komponen Barisan Nasional digesa membantu calon yang mewakili kerajaan perpaduan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu akan datang Ketika membuat gesaan itu Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan yang juga lebih
Bersatu Man Reprimands Pas Info Chief For Touching On Vernacular Schools

Bersatu Man Reprimands Pas Info Chief For Touching On Vernacular Schools

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 222 hits
Bersatu associate wing chairman Chong Fat Full has taken PAS information chief Ahmad Fadhli Shaari to task for bringing up the issue of vernacular schools PETALING JAYA A Bersatu leader has reprimanded PAS information chief Ahmad Fadhli Sha...
Penyamar Konon Sokong Ds Anwar Rupanya Geng Pas Bersatu

Penyamar Konon Sokong Ds Anwar Rupanya Geng Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 218 hits
Ketika memulakan kempennya pada Jumaat lalu calon PH Png Sock Tou dan pasukan kempennya didekati oleh seorang lelaki yang menyuarakan rasa kecewa tentang isu seperti kos sara hidup Walaupun lelaki itu pada mulanya mendakwa dirinya menyokong...
Kp Bersatu Ugut Kata Syed Hussien Syed Sadik Apa Pula Cerita

Kp Bersatu Ugut Kata Syed Hussien Syed Sadik Apa Pula Cerita

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 163 hits
Gambar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Bella Astillah mengundang usikan warganet termasuk menganggap Ahli Parlimen Muar itu sudah tahu cara untuk masuk trending FYP atau For You Page Netizen juga berseloroh dengan menganggap Syed Sadd...
Dua Masalah Utama Pas

Dua Masalah Utama Pas

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 179 hits
Here is another interesting video by RPK Raja Petra Kamaruddin Its an interesting observation about PAS But when I watched the video I was intrigued by RPK s shirt or windbreaker or rain poncho Very colourful Bang Cute headgear too Lama tak...
Respon Pemimpin Pas Atau Mb Perlis Anak Ditangkap Berkaitan Penipuan Tun

Respon Pemimpin Pas Atau Mb Perlis Anak Ditangkap Berkaitan Penipuan Tun

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 316 hits
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan Saya dah maklum berita daripada ...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai

Hujan Demi Lencana Di Dada Chord

Jojo Ends Skid With Brutal Two Minute Tko In Bangkok

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin