Tiada Kenaikan Harga Elektrik Sehingga Disember 2019 Pembangkang Perlu Cari Modal Lain


Tiada kenaikan tarif elektrik bagi semua kategori pengguna elektrik domestik ataupun komersial dan industri untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Beliau berkata berdasarkan mekanisme ‘Imbalance Cost Pass Through’ (ICPT), kos bahan api dan peningkatan kos penjanaan lain yang perlu dilepaskan kepada pengguna bagi tempoh sama berjumlah RM1.592 bilion melalui surcaj kepada pengguna, iaitu peningkatan sebanyak 0.39 sen/kwj.

Bagaimanapun, katanya untuk mengurangkan beban rakyat serta pihak komersial dan industri, kerajaan mengambil pelbagai langkah dengan mengurangkan kos yang perlu dilepaskan kepada pengguna.

"Kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga telah membuat pelarasan ke atas hasil dan kos elektrik pada tahun 2018 dan 2019 di bawah ‘Incentive-Based-Regulation’ (IBR) berdasarkan peruntukan ‘Regulatory Implementation Guidelines’ (RIGs) dan berjaya mendapatkan jumlah penjimatan sebanyak RM336.70 juta.

"Kementerian juga mendapat kelulusan Kabinet untuk menyumbang subsidi kepada tarif elektrik melalui peruntukan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) sebanyak RM107.16 juta," katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Yeo menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang ingin tahu adakah kerajaan mengkaji semula tarif elektrik baharu berikutan pergerakan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa yang merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Yeo berkata meskipun harga pasaran bahan api mengalami penurunan kebelakangan ini, namun penetapan ICPT bagi Julai hingga Disember ini adalah berdasarkan harga purata bahan api bagi tempoh Januari hingga Jun lepas.

Beliau berkata kementerian itu sedang merangka Akta Kecekapan dan Konservasi sebagai langkah penggunaan tenaga dengan cekap sekali gus dapat menurunkan penggunaan elektrik dan menjimatkan bil elektrik.

Katanya satu sesi libat urus dan perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas mengenai akta tersebut.

SH



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/07/tiada-kenaikan-harga-elektrik-sehingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usdchf Usd Mengekalkan Tekanan Kenaikan Harga Berbanding Chf 3 Julai 2019

Usdchf Usd Mengekalkan Tekanan Kenaikan Harga Berbanding Chf 3 Julai 2019

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 276 hits
Dolar AS dapat mengembalikan momentum ke atas franc Swiss Dollar didagangkan di bawah tahap 0 9700 Menjelang laporan NFP minggu ini mata wang Amerika Syarikat dapat meneruskan keuntungannya Walau bagaimanapun sesetengah penganalisis berpend...
Tarif Elektrik Tiada Kenaikan Hingga Disember Yeo Bee Yin

Tarif Elektrik Tiada Kenaikan Hingga Disember Yeo Bee Yin

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 204 hits
Tiada kenaikan tarif elektrik bagi semua kategori pengguna elektrik domestik ataupun komersial dan industri untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini kata Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin Beliau...
Pemerintah Cari Cara Harga Gas Bumi Tarif Listrik Murah Genjot Industri Manufaktur

Pemerintah Cari Cara Harga Gas Bumi Tarif Listrik Murah Genjot Industri Manufaktur

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 263 hits
Kementerian Perindustrian terus berkoordinasi dengan pemangku kepentingan terkait untuk mengupayakan biaya energi yang kompetitif bagi pelaku industri baik itu harga gas bumi maupun tarif listrik Langkah strategis ini guna memacu produktivi...
Harga Baru Produk Petroleum Bermula 6 Julai 12 Julai 2019

Harga Baru Produk Petroleum Bermula 6 Julai 12 Julai 2019

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 463 hits
Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism Jadi setiap minggu akan mengumumkan harga baru bagi produk petroleum Bermula pada harga runcit petroleum bagi...
Harga Tiket Nonton Jicomfest 2019 Keluar Uang Buat Ngakak Kenapa Engga

Harga Tiket Nonton Jicomfest 2019 Keluar Uang Buat Ngakak Kenapa Engga

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 270 hits
Yuk nonton JICOMFEST 2019 karena banyak line up yang bakal menghadirkan penampilan brilian
Kata Menhub Budi Soal Tiket Pesawat Turun Harga Mulai 11 Juli 2019

Kata Menhub Budi Soal Tiket Pesawat Turun Harga Mulai 11 Juli 2019

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 280 hits
Pemerintah menyatakan pemberlakuan penurunan 50 persen tiket pesawat mulai dilakukan pada Kamis 11 Juli 2019 Adapun 3 hari penjualan tiket murah ini berlaku pada Selasa Kamis dan Sabtu Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi kembali menegaska...
Survey Harga Terkini Pressure Cooker Elektrik

Survey Harga Terkini Pressure Cooker Elektrik

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 493 hits
Kalau kita beritahu orang tua kita yang memang jimat orang nya tentang niat untuk membeli Pressure cooker elektrik Agak agak apa reaksi mereka Munkin ada yang berkata Meraka dah lama masak daging untuk bagi kita makan ok sahaja Buat apa nak...
Harga Minyak Mentah Indonesia Anjlok Jadi Usd 61 Per Barel Di Juni 2019

Harga Minyak Mentah Indonesia Anjlok Jadi Usd 61 Per Barel Di Juni 2019

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 238 hits
Kepala Biro Komunikasi Layanan Informasi Publik dan Kerja Sama Kementerian ESDM Agung Pribadi menjelaskan pergolakan harga minyak mentah di kawasan Asia juga salah satu faktor penting penentuan ICP
New Suzuki Jimny Rilis Di Giias 2019 Harga Mulai Rp 315 Jutaan

New Suzuki Jimny Rilis Di Giias 2019 Harga Mulai Rp 315 Jutaan

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 254 hits
Akhirnya PT Suzuki Indomobil Sales meluncurkan Jimny terbaru pada pembukaan Gaikindo Indonesia International Auto Show 2019 di ICE BSD City Tangerang Kamis Peluncuran mobil SUV fenomenal ini lama dinantikan para pecinta off road 4x4 di Tana...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti