Tiada Jalan Pintas Untuk Mengejar Ilmu


Nathaniel Tan    

Penulis Julia Yeow telah merumuskan kontroversi terkini dengan baik: Segulung ijazah bukan cerminan terhadap seseorang, tetapi berbohong tentang hal itu mencerminkan dirinya.

Sementara itu wartawan Malaysiakini, Zikri Kamarulzaman - antara yang terawal mengulas kontroversi ini - telah mengemukakan hujah bernas tentang mengapa integriti lebih baik daripada segulung 'ijazah'

Hal ini barangkali berkait rapat dengan fenomena sesetengah orang yang suka menggunakan darjah kebesaran - Datuk, Datuk Seri, dan Tan Sri - palsu pada nama di kad perniagaan mereka.

Mengapa kita begitu obses dengan darjat dan gelaran, sampai sanggup menipu?

Ini mungkin berpunca daripada kurangnya keyakinan diri, ditambah pula dengan kecenderungan untuk melalui jalan pintas ke arah pengiktirafan dan populariti.

Kita boleh menganggap tingkah laku sedemikian biasa bagi penipu dan “scammer”, tetapi amat membimbangkan jika ia melibatkan kalangan pemimpin tertinggi kerajaan kita.

Tahap pendidikan yang rendah memang membimbangkan, tetapi integriti yang rendah lebih membimbangkan.

Tanda-tanda curiga

Bagi saya, kurangnya kepintaran seseorang itu bukan kerana dia tiada ijazah, tetapi apabila memilih untuk membeli ijazah dari Cambridge International University.

Tindakan itu menunjukkan dua kemungkinan: Dia tidak menjangka tindakan itu akan diketahui orang atau, lebih parah, dia sendiri tidak sedar telah membeli ijazah dari universiti palsu.

Berikut beberapa tanda menunjukkan universiti tempat anda membeli ijazah mungkin tidak sah atau tidak berwibawa.



Pertama: Semua tenaga pengajar mempunyai pelbagai ijazah, dimulakan dengan kelulusan (misalnya "PHD") dan hanya diikuti dengan lokasi yang ditulis dalam tanda kurungan - misalnya "(London)".

Ia seolah-olah memberi anggapan hanya ada satu universiti di London, atau satu sahaja yang menyediakan pendidikan peringkat PHD. Kepada sesiapa yang ragu-ragu, izinkan saya tegaskan - ini tidak benar.

Kedua: Nama tempat universiti itu sendiri dieja dengan salah. Misalnya, Auckland dieja sebagai 'Aukland' dan Scotland menjadi 'Socttland'.

Ketiga: Gambar tenaga pengajar yang lebih menyerupai pelakon filem remaja era 1980-an, atau lebih sesuai di kalatog laman mencari jodoh atas talian.

Masa untuk seppuku?

Harapnya pemimpin tertinggi negara kita bukanlah jenis yang mudah termakan dengan penipuan tahap scam emel Nigeria 419.

Kita juga berharap para pemimpin sedar kita bukan lagi hidup di era lampau. Zaman sekarang, setiap pergerakan kita diawasi orang ramai di internet

Reaksi individu itu - setelah tembelangnya pecah - juga menunjukkan peribadinya yang sebenar.

Ketua yang tegas akan menuntutnya melakukan seppuku, tetapi kita mungkin belum sampai ke tahap meletakkan pendang Jepun di tangan mereka.

Bagaimanapun, tindakan memutar belit selepas berbohong selalunya hanya menjadikan keadaan bertambah buruk. Apatah lagi dengan mendakwa berbohong mengenai ijazah tidak seburuk membunuh atau merogol

Apabila sudah ditangkap terang-terang - in flagrante delicto - satu-satunya jalan keluar untuk ahli politik adalah insaf dan bertaubat.

Chua Soi Lek boleh dijadikan contoh

Jalan mulia
Saya telah bertemu dengan ramai individu yang tiada ijazah dan saya yakin - tanpa sebarang keraguan - mereka lebih pandai daripada saya.

Sentiasa merendah diri, tidak mendabik dada, dan jujur, mereka adalah orang yang bukan dihormati kerana perkataan di pangkal atau belakang nama, tetapi kerana perkataan yang dibaca dan diucap mereka.

Memang wajar untuk menambah baik diri sendiri - dengan atau tanpa pengiktirafan luaran.
Dalam mencari jalan untuk memperbaiki diri ini, kita mesti sedar bahawa jalan pintas tidak wujud sama sekali.

Ia jalan yang sukar dan saya sama sekali tidak akan berkata tahu jawapannya. Walaupun kita belum ada peta atau jawapan, cukup jelas bahawa jalan itu tidak melalui Cambridge International University.
NATHANIEL TAN adalah Pengarah Media dan Komunikasi di EMIR Research, badan pemikir dengan fokus terhadap penyelidikan dasar berteraskan data, berteraskan nilai perundingan, kesederhanaan, inovasi dan kerapian.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/tiada-jalan-pintas-untuk-mengejar-ilmu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembantu Rumah Peluk Islam Rebecca Nur Al Islam Buat Majlis Ilmu

Pembantu Rumah Peluk Islam Rebecca Nur Al Islam Buat Majlis Ilmu

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 297 hits
Selain melakukan majlis kesyukuran dan cukur jambul buat anaknya beberapa bulan lalu pelakon nbsp Datin Rebecca Nur Al Islam juga sering mengadakan majlis ilmu dan tazkirah di kediaman miliknya Terbaru isteri kepada Datuk Noor Azam Sulaiman...
Siapa Yang Suka Sangat Tidur Lepas Subuh Tolong Baca Ilmu Bermanfaat Ini Jangan Abaikan

Siapa Yang Suka Sangat Tidur Lepas Subuh Tolong Baca Ilmu Bermanfaat Ini Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 937 hits
Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca sentap n muhasabah sesame takde ruginya in shaa Allah Tidur lepas subuh bagi pandangan orang soleh Sedikit perkongsia...
Kemenpora Ingin Tim Pelajar U 15 Serap Ilmu Dari Portugal

Kemenpora Ingin Tim Pelajar U 15 Serap Ilmu Dari Portugal

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 145 hits
Kami berharap anak anak ini memperoleh pengalaman yang luar biasa karena pengalaman internasional dari atlet top dari benua sepakbola merupakan sesuatu yang harus diperoleh ucap ia
Doa Menghindarkan Diri Dari Ilmu Pukau Rileks Media

Doa Menghindarkan Diri Dari Ilmu Pukau Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 286 hits
Doa ini juga dikenali sebagai Doa Elak Mudarat yang baik dibaca pada setiap kali selepas solat subuh dan solat Maghrib sebanyak 3 kali Amalkan tiap tiap hari sebagai amalan yang baik untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga Pada ketika i...
Orang Eropah Pun Hormat Ilmu Maritim Bangsa Melayu

Orang Eropah Pun Hormat Ilmu Maritim Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 296 hits
Panglima Awang Henricus Nicrum Enrique De Malacca Dato Laut Dalam Statue Panglima Awang diabadikan di Muzium Singapura Orang Portuguese menggelar Melayu sebagai Lord Of The Sea Bagi yang suka mengkaji sejarah pasti tahu bagi yang malas meng...
Gadis Cantik Tidak Lokek Ilmu Ini Kongsi Cara Delete Akaun Facebook Apabila Pemiliknya Meninggal Dunia

Gadis Cantik Tidak Lokek Ilmu Ini Kongsi Cara Delete Akaun Facebook Apabila Pemiliknya Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 353 hits
Buat waris atau ahli keluarga pemilik facebook yang dah mening gal dunia tapi tak tahu cara macam mana nak delete akaun facebook arwah ini cara mudah nak lakukannya Cuma pesan Nur Aliah Mohd Nor Kalau boleh password facebook kita biar kelua...
Sandiaga Uno Akui Dapat Banyak Ilmu Dari Eka Tjipta Widjaja

Sandiaga Uno Akui Dapat Banyak Ilmu Dari Eka Tjipta Widjaja

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 176 hits
Calon Wakil Presiden RI Nomor Urut 2 Sandiaga Salahuddin Uno menilai Eka Tjipta merupakan sosok pengusaha yang patut diteladani lantaran bisa merintis bisnis dari kecil hingga menjadi besar Dia mengaku mendapat banyak bekal ilmu sebagai seo...
Tkn Jokowi Ma Ruf Sebut Amien Rais Cuma Andalkan Ilmu Suudzon Soal Mafia Kuasai Ri

Tkn Jokowi Ma Ruf Sebut Amien Rais Cuma Andalkan Ilmu Suudzon Soal Mafia Kuasai Ri

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 213 hits
Ketua Dewan Kehormatan Partai Amanat Nasional Amien Rais menilai penguasa sejati di Republik ini layaknya kaum mafia Amien juga memaparkan empat macam mafia menurut versinya
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan