Tia Alami Severe Eczema Paling Sedih Sampai Kena Berhenti Belajar Di Tadika


Anak sakit sikit pun mama dah sedih, inikan pula melihat anak kesayangan menggaru-garu, kulit pedih keterlaluan hingga berdarah. Lebih teruk lagi apabila air bisa yang keluar dari kulit yang digaru. Tapi itu antara perkara dan pengalaman biasa yang dihadapi oleh kanak-kanak yang bernama Tia Al-Batrisya Muhamad Alhafiz.
Mawarni Abd Manaf atau lebih mesra dengan panggilan Mimi yang merupakan ibu kepada Tia menambah hanya mereka yang mengalami masalah sebegini faham akan situasi yang dialami.
“Ramai orang ingat ekzema setakat gatal-gatal saja. Hanya yang merasai tahu perasaan ini. Sukar nak berhenti menggaru. Malah, cabaran utama pesakit ekzema ialah mengadu sangat pedih apabila terkena air ketika mandi. Begitulah juga yang dihadapi Tia, paling kesian bila selepas menggaru kulit Tia melecet hingga rapuh dan mula membengkak. MasyaAllah hanya Yang Maha Esa saja yang tahu deritanya Tia. Bila dari muka hingga kaki bengkak dek kerana kesan kulit gatal yang digaru. Bukan itu saja malah rambutnya gugur dan keningnya hilang,” terang Mimi yang rasa cukup gelisah bila keadaan sedemikian dialami anak kesayangannya dan suami, Muhamad Alhafiz Zakaria.
Tia Disahkan Hidap Severe Eczema Mimi juga menerangkan anaknya disahkan menghidap Severe Eczema iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki alami kegatalan teruk sehingga membuatkan anak kecil ini sering kegelisahan.
Keadaan Tia sebelum dan selepas sembuh “Tia mula menghidap ekzema ketika umurnya empat tahun. Penyakit ini mula menyerang selepas hari raya. Permulaannya kulit Tia jadi kering dan hitam. Dari situ saya dan suami ke klinik-klinik pakar untuk merawat Tia. Tapi keadaan dia semakin lama semakin teruk. Pada masa yang sama kami ke Pakar Kulit HUKM dan kemudiannya selepas lima bulan doktor pakar membuat surat rujukan untuk Tia dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur kerana kondisinya yang semakin teruk.
“Semakin hari keadaan Tia semakin teruk dan tidak terkawal sehinggalah kulit dia tak boleh nak pegang. Melecet pedih, 24 jam gatal-gatal dan dia menggaru. Bila mandi dia menjerit-jerit kesakitan.
“Malam tak boleh tidur. Berpeluk saja dengan dia 24 jam. Kemudian dia terus ditahan di HKL selama sembilan hari. Bermacam-macam jenis ubat yang diberikan kepada Tia. Sehari lapan jenis ubat yang Tia makan. Berjumpa doktor selang tiga hari, turun ke seminggu sekali, dua minggu sekali, tiga minggu sekali, sebulan sekali selama setahun lebih. Keadaan terkawal sebab penggunaan steroid dan ubat hospital. Dari ubat makan sampai ubat sapu. Bila berhenti makan ubat, keadaan menjadi kembali teruk.
“Sehingga satu ketika sewaktu berusia enam tahun, Tia sudah pandai luahkan perasaan dan dia tak mahu makan ubat lagi. Sebabnya bila dia makan ubat dia akan rasa lemah, letih dan tak boleh bermain-main. Dia rasa tak seronok dan dari situ saya mula mencari alternative lain dengan menggunakan Viprolabs.  Alhamdulillah perlahan-lahan penyakit Tia berkurangan,” ungkap Mimi.
Berhenti Dari Tadika Mimi turut berkongsi dia berasa sangat sedih apabila pada usia lima tahun, Tia hanya berpeluang ke Tadika selama beberapa bulan sahaja kerana keadaannya itu.
“Ketika usianya 5 tahun, hanya dua bulan dapat ke tadika. Kemudian dia terpaksa berulang alik ke hospital. Ketika usia 6 tahun, dua tadika dia pegi. Tadika pertama dan kedua tidak dapat menerima keadaan Tia. Jadi dia hanya sempat bersekolah paling lama pun hanya tiga bulan sahaja.
 “Akhirnya Tia tak pergi terus ke sekolah. Tapi syukur, tadika ketiga memahami keadaan Tia dan menerima Tia sebagai salah seorang pelajar mereka.” cerita Mimi dengan nada yang cukup sedih.
Tia kini pulih Tia Semakin Pulih   Tahun 2019 Tia mula bersekolah, bulan pertama memang penuh cabaran, Minggu pertama semuanya berjalan dengan lancar. Minggu kedua keadaan Tia mula meruncing. 
“Minggu kedua Tia mula menangis-nangis, tergaru-garu sehingga cikgu hubungi saya kerana badan Tia dah berdarah-darah. Kadang tu masuk pukul 7.30 kemudian jam 8.30 sekolah dah hubungi saya untuk ambil Tia. Bulan kedua bersekolah saya tunggu Tia di kantin dan dia akan hadir setakat mana dia mampu bertahan.
“Selama tiga bulan lebih Tia menderita ketika di sekolah akhirnya sekarang Tia pulih dan syukur kerana dia sudah tidak gatal-gatal teruk seperti dulu. Walaupun semakin pulih namun saya masih menjaga pemakanan Tia dan dia juga berpantang daripada mengambil beberapa makanan yang boleh membuatkan kulit Tia kembali gatal. Penyakit Tia bukan disebabkan faktor keturunan atau makanan, tetapi menurut doktor ia berpunca daripada sistem imun Tia sendiri,” jelas Mimi.
Demi menjaga anak kesayangannya, Mimi juga terpaksa berhenti kerja dek kerana keadaan Tia yang teruk pada tahun 2017. Namun pengorbanan itu sangat berbaloi kerana dia berasa puas dapat menjaga dan bersama-sama dengan Tia tatkala anaknya memerlukan ibu di sisi. Selain itu Mimi juga sangat bersyukur kerana keluarga memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka sekeluarga sepanjang Tia menderita penyakit yang dihidapi.
sumber: Mingguan Wanita
The post Tia Alami ‘Severe Eczema’, Paling Sedih Sampai Kena Berhenti Belajar Di Tadika appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tia-alami-severe-eczema-paling-sedih-sampai-kena-berhenti-belajar-di-tadika/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cedera Yang Paling Umum Kamu Alami Ketika Berolahraga

5 Cedera Yang Paling Umum Kamu Alami Ketika Berolahraga

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 168 hits
Selama ini olahraga di gym dianggap lebih aman dari cedera dibanding olahraga di luar ruangan Namun pada kenyataannya olahraga di gym juga bisa menjadi penyebab munculnya sejumlah cedera
Liliyana Sedih Audisi Beasiswa Djarum Disetop Masih Asa Indonesia Juara Dunia

Liliyana Sedih Audisi Beasiswa Djarum Disetop Masih Asa Indonesia Juara Dunia

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 204 hits
Sebagai mantan atlet Liliyana berharap audisi tetap bisa diselenggarakan Audisi ini ikut menjaga asa dan mimpi anak menjadi pemain dunia Karena calon atlet mau tidak mau harus masuk ke klub klub besar
Nggak Usah Sedih Kalau Kulitmu Sensitif Rawat Aja Pakai 5 Cara Ini

Nggak Usah Sedih Kalau Kulitmu Sensitif Rawat Aja Pakai 5 Cara Ini

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 253 hits
Kulit yang sensitif perlu perawatan spesial biar nggak iritasi Yuk deh ikutin tips tips berikut ini
Jujur Sebagai Kapten Saya Sangat Sedih Giliran Pemain Indonesia Luah Kekecewaan Dengan Perangai Penyokong Sendiri

Jujur Sebagai Kapten Saya Sangat Sedih Giliran Pemain Indonesia Luah Kekecewaan Dengan Perangai Penyokong Sendiri

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 444 hits
Jakarta Penjaga gol pasukan Indonesia Andritany Ardhiyasa menyuara kekesalan atas tindakan penyokong mereka yang mendekati penyokong Malaysia ketika pertandingan di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini semalam Menurut CNN Indonesia penyo...
Kisah Sedih Pelajar Teringin Ke Sekolah Tapi Tidak Mampu

Kisah Sedih Pelajar Teringin Ke Sekolah Tapi Tidak Mampu

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 1508 hits
Remaja 17 tahun tak mampu pergi sekolah tetapi masih tetap belajar dengan harapan Kisah keluarga ini mula mencuri tumpuan ramai apabila kisah kesusahan hidup mereka dikongsikan oleh Nur Asfaridah Umar Penolong Pegawai Sosio Ekonomi Yayasan ...
Ramai Yang Sedih Dahlia Shazwan Umum Tidak Lagi Jadi Gadis Trivago

Ramai Yang Sedih Dahlia Shazwan Umum Tidak Lagi Jadi Gadis Trivago

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 1833 hits
Sebut je Trivago mesti kita akan ingat Dahlia Shazwan kan Cik Rose antara yang meminati beliau Bukan shaja melalui iklan Trivago Tapi kalau Dahlia mengacara mana mana program mesti suka Sebab sebutannya jelas Perwatakannya yang ceria menjad...
Sedih Bila Tunang Keluarga Sendiri Minta Bukti Dr Amalina Tak Sangka Ada Lagi Yang Cetek Akal Isu Seiaput Dara

Sedih Bila Tunang Keluarga Sendiri Minta Bukti Dr Amalina Tak Sangka Ada Lagi Yang Cetek Akal Isu Seiaput Dara

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 675 hits
Doktor beddah popular Dr Amalina Bakri meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang lelaki dan yang bertanyakan tentang selaput darra tunangnya Sedih Bila Tunang Keluarga Sendiri Minta Bukti Dr Amalina tak sangka ada lagi yang cetek akal ...
Ulang Tahun Ke 70 Sby Rayakan Pertama Kali Tanpa Kehadiran Dua Wanita Tercintanya Sedih

Ulang Tahun Ke 70 Sby Rayakan Pertama Kali Tanpa Kehadiran Dua Wanita Tercintanya Sedih

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 248 hits
Perayaan ulang tahun kali ini memang nggak mudah bagi SBY tapi seenggaknya ia masih dikelilingi banyak orang yang mencintainya
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik