Three Lions Benam Amerika Rooney Ucap Selamat Tinggal



LONDON: Wayne Rooney menutup tirai kariernya bersama England namun pemain muda Three Lions membuktikan pasukan mempunyai masa depan yang cerah apabila menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-0 di Wembley, awal pagi tadi.
Jesse Lingard, Trent Alexander-Arnold dan Callum Wilson yang membuat kemunculan kali pertama, masing-masing meledak gol buat England meskipun Gareth Southgate mempertaruhkan barisan paling tidak berpengalaman.



Namun tumpuan serta sorakan pada hari perlawanan terarah ketika Rooney diperkenalkan, menandakan cap perlawanan ke-120 bersama skuad kebangsaan itu. Penjaring gol terbaik England dan bekas kapten juga diberikan penghargaan sebelum sepak mula dan diberikan plak yang dihiasi logo keemasan Three Lions oleh kapten, Harry Kane.
Kane duduk sebaris Rooney di bangku simpanan untuk 45 minit awal permainan dan Wilson diberikan peluang untuk membuktikan sesuatu pada penampilan pertamanya itu.
Pada awal saingan, penyerang Bournemouth itu jelas mengambil kepercayaan pasukan secara positif namun dia terlepas peluang berharga untuk membuka tirai jaringan selepas tidak berjaya melunaskan hantaran Lingard.
Pertahanan Brighton, Lewis Dunk juga membuat kemunculan pertama bersama England dan meskipun jarang menerima asakan dari pihak lawan, satu kealpaan di bahagian belakang hampir membenarkan pelawat mengucar-kacirkan benteng terakhir pasukan.
Dengan Dunk dan Michael Keane didapati ofsaid, Christian Pulisic berjaya memecahkan pertahanan England namun percubaannya dipatahkan penjaga gol, Jordan Pickford.
England pantas mendominasi permainan dengan dua gol awal dijaringkan Lingard menerusi hantaran Dele Alli pada minit ke-25 sebelum Alexander-Arnold menambah jaringan, selang dua minit kemudian.
Seperti dirancang, Rooney menerima peluang untuk menambah jaringan antarabangsa ke-53 dan diberi kepercayaan memakai lilitan kapten buat kali terakhir apabila dimasukkan pada minit ke-58.
Wilson meledak gol ketiga England pada minit ke-77 dan ia adalah detik bernilai buat pemain berusia 26 tahun itu yang sebelum ini bergelut di liga bawahan selain mengalami kecederaan ligamen di kedua-dua bahagian lututnya sebelum ini.

“Malam ini sangat hebat untuk menamatkan karier antarabangsa saya dan kagum dengan prestasi pemain muda. Walaupun saya tak dapat menjaringkan gol saya tetap mengingatinya sepanjang hayat,” katanya.
“Pendapat saya England kini berada dalam tangan yang selamat berdasarkan pemerhatian minggu ini.”
Pasukan kendalian Southgate dijadual bertemu Croatia dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah Ahad ini. Croatia meraih kemenangan 3-2 ke atas Sepanyol di Zagreb dan pemenang di Wembley, Ahad ini bakal mara ke peringkat separuh akhir kejohanan. – AFP





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2018/11/three-lions-benam-amerika-rooney-ucap-selamat-tinggal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Seri Azizah Sebak Akhirnya Beliau Ucap Selamat Tinggal

Datuk Seri Azizah Sebak Akhirnya Beliau Ucap Selamat Tinggal

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 357 hits
Datuk Seri Azizah sebak akhirnya beliau ucap selamat tinggalDatuk Seri Azizah sebak akhirnya beliau ucap selamat tinggal
Selamat Tinggal Kepada Watak Captain America

Selamat Tinggal Kepada Watak Captain America

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 491 hits
Siapa yang minat menonton filem filem Marvels mesti Watak Captain America menjadi salah satu watak yang korang suka kan termasuklah nieyl Watak Captaion America yang di pegang oleh Chris Evans Baru baru ini dalam satu post twitter Chris men...
Awang Selamat Yang Marah Marah

Awang Selamat Yang Marah Marah

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 537 hits
oleh Ab Jalil Backer Awang Selamat marah dan menuduh Najib Razak menipu ahli UMNO kerana menjawab kepada Al Jazeera bahawa beliau tidak memeriksa dari mana keluarga di raja Arab Saudi mengambil wang untuk menderma kepadanya Ayat yang lebih ...
Pilih Barang Penjagaan Bayi Yang Selamat

Pilih Barang Penjagaan Bayi Yang Selamat

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 616 hits
Pilih Barang Penjagaan Bayi Yang Selamat Dalam usaha menjaga kesihatan anak anak yang kita sayang pilihlah jenama barangan penjagaan diri bayi yang selamat tidak kira sama ada ianya adalah produk sedia ada di pasaran Terdapat beberapa jenam...
Selamat Ulang Tahun Yang Ke 28 Buat Diriku

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 28 Buat Diriku

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 358 hits
SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRIKUAssalamualaikum semua 07 09 2018 ada apa dengan tarikh ni Mesti lah hari yang istimewa kan Alhamdulillah pada tarikh ni genap 28 tahun aku bertatih mencari cinta ILAHI Salam ulang tahun ke 28 buat aku Dengan b...
Tarian Mangael Dance Selamat Bakudapa Hingga Tokoh Moana Buka Ais Di Kota Manado

Tarian Mangael Dance Selamat Bakudapa Hingga Tokoh Moana Buka Ais Di Kota Manado

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 337 hits
Dalam kesempatan tersebut Gubernur Olly Dondokambey juga mengajak delegasi negara peserta Archipelagic and Island State Forum untuk membahas berbagai masalah dan mencari solusinya
6 Tips Pilih Taska Anak Yang Bagus Dan Selamat

6 Tips Pilih Taska Anak Yang Bagus Dan Selamat

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 1188 hits
Memilih taska anak memang sangat penting Tambah tambah pulak sekarang ni banyak sangat kes anak jatuh anak kena dera dan paling menakutkan ialah anak meninggal di taska Nauzubillahhiminzalik So kali ni saya nak sharekan tips yang saya amalk...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Colours Of Life Tekken 8 Season 8 15 Dis Ghost Jalan Ranked Pun Jalan

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi