The Soya Seremban
Assalamualaikum WBT
TERTARIK tengok senibina pintu dan tingkap serta kemasan lantai di The Soya Seremban ini semasa hendak Mengopi di Warung Kopi Peng. Kedua-dua kedai ini sebelah-menyebelah, terus keliru tak tahu nak pergi yang mana satu. Sk tanya Pak Inche, PI nak ke Warung Kopi Peng. Nanti, lepas tu kita pergi sini ya, hahaha
Agak unik sikit kedai ni untuk memasukinya iaitu dengan menyusuri tepi kedainya yang terletak di lot paling hujung. Yang kelakar, sekumpulan pelanggan yang sama-sama mengopi dengan kami di WKP tadi turut ke sini. Mesti dalam kepala otak dia pun sama berfikir macam Sk, dah terlanjur sampai, lain kali entah bila nak ke Seremban
Pesanan dibuat di kaunter dan terus bayar. Kemudian staf akan hantar ke meja. Mudah tapi susah jugak nak memilih menu. Sebagaimana namanya The Soya, konsep menu yang ditawarkan kebanyakannya berasaskan soya seperti Taufufa, sama macam Four Beans. Selain dari taufufa, ada Bingsu yang menggunakan ais dibuat dari soya. Juga nampaknya ada juga waffle dan croffle, maaflah, kalau salah, sebab tengok sekali imbas jer dalam menu dia, haha
Piring-piring motif bunga kangkung dilekatkan di dinding. Tak pasti ori atau refurbish. Selain tu banyak juga perhiasan dapur lama seperti dulang ayan digantung di dinding tapi Sk tak ambil gambarlah sebab depannya ada pelanggan, hehe
Soya di eja dalam empat bahasa, jawi, rumi, tamil dan mandarin
Lama jugak Sk belek-belek menu tu, akhirnya pilih Wonderful Fruit Soyice, RM18.90. Ia adalah menu Bingsu dengan buah mangga, honeydew dan tembikai.
Sempatlah turunkan kopi dan roti dalam perut menunggu mereka siapkan bingsu ni. Tak tahu nak sebut apa, makan bingsu atau minum bingsu, hihi. Layan jerlah laki bini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Johor. Buah honeydew tu dorang frozen jadi ada rasa ais sikit bercampur memar berair
Tiada SST, harga bersih
Kita snap la pic ni sebab pelanggan meja depan ni dah bangun. Sk rasa kedai ni masih mengekalkan jubin asal. Ni kat tepi kiri kanan ada ramai pelanggan jadi gambar ini sajalah dapat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/08/the-soya-seremban.html