The Haven All Suite Resort Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan


The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan | Cik en seorang yang suka bercuti. Ada trip bercuti cik en yang memenatkan seperti explore satu satu kawasan. Kepuasan itu ada sebab cik en boleh melihat tempat orang tapi dalam masa yang sama, cik en perlukan percutian yang mendamai, releks dan tenang. That why, cik en mencari cari tempat percutian yang tidak terlalu jauh dan sangat releks selepas Perintah Kawalan Pergerakan kerana Covid19. Cik en survey dan cik en ada satu tempat yang tidak terlalu jauh dan persekitarannya sangat mendamaikan. Tempat tersebut adalah The Haven All Suite Resort, Ipoh Perak. Dengan konsep semulajadi atau nature menjadikan pecutian korang tenang bersama keluarga tersayang. | The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan


The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan
Selalunya percutian korang agak rushing nak berjalan jalan, cari kedai makan, risau keselamatan anak anak, bising, serabut, udara yang tidak sihat dan banyak lagi. Jadi semua itu akan buat korang tidak dapat merasakan percutian yang sebenar. Sedangkan percutian adalah masa untuk kita rehatkan fizikal dan mental. The Haven All Suite Resort, Ipoh adalah tempat yang paling tepat untuk percutian yang tenang, selamat dan selesa di setiap tempat. Disebabkan itulah dipanggil The Haven yang membawa maksud syurga


The Haven All Suite Resort, Ipoh ini kalau korang melalui Lebuhraya PLUS Utara Selatan, korang perlu keluar  tol Ipoh dan susur Tambun. Macam cik en dari Sitiawan, hanya melalui lebuhraya WCE dan turun lebuhraya Ipoh Lumut untuk sampai ke Ipoh. The Haven All Suite Resort, Ipoh terletak selepas Lost World Tambun dan Banjaran Hotspring. Sebelum masuk ke kawasan The Haven All Suite Resort, Ipoh, korang kena melalui security guard. Yang bestnya, security guard akan ceritakan secara asas apabila masuk ke dalam The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. Memang laju dan rasanya setiap orang yang masuk, dia akan bercerita secara ringkas, padat dan laju. Mesti uncle itu kerja lama disitu. Terhibur rasanya. ahhahaha

Selesai semuanya di guard, cik en pun masuk ke dalam dan kiri kanan dipenuhi pokok pokok yang merimbun, rasa sejuk je. The Haven All Suite Resort, Ipoh mempunyai 3 buah apartment yang diberi nama Acacia, Banyan dan Cycas. Bahagian reception terletak di Banyan yang merupakan apartment tengah. Nak cari parking memang senang, ada outdoor dan parking bertingkat. So jangan risau juga, setiap parking ini berhampiran dengan pintu masuk bangunan. Selesai pendaftaran dan pemeriksaan suhu yang merupakan SOP Covid19, cik en terus ke bilik untuk berehat. 

Cik en dapat Apartment Banyan, tingkat 13. Jangan risau, semuanya menghadap permandangan indah. Sama rata setiap bilik dan yang berbeza ketinggian dan kedudukan. Sebagai langkah keselamatan, access card digunakan didalam lif untuk ketingkat yang kita duduk. Sampai sahaja apartment cik en, cik en buka dan rasa teruja betul. Cantik, kemas dan semestinya ada balkoni. 
Cik en memilih 3 Bedroom Lakeview Executive Suite yang boleh memuatkan 8 orang. Apa yang ada untuk 3 Bedroom Lakeview Executive Suite?



Bilik Utama

2 katil single (boleh juga request, king atau queen bed)TVBilik air dengan showerHot WaterBathtubHairdryer In RoomIronIron BoardSafety DepositTingkap dan viewAlmari dengan cermin besar2 baju tidurMeja dan kerusiPenghawa dingin



Bilik Ke 2

2 katil single (boleh juga request, king atau queen bed)Bilik air dengan showerHot WaterSafety DepositTingkap dengan viewAlmari dengan cermin besar2 baju tidurTelefonPenghawa dingin



Bilik ke3

1 katil singleAda tingkap tapi tiada viewMeja dan KerusiPenghawa dingin



Ruang Makan

Peti AisMicrovaweDapur elektrikMesin KopiMakanan ringan/minumanAir Tapis (Coway)SinkiMeja makan Penghawa dingin



Ruang Tamu

TV dengan siaran HBO, MTV dllSofa2 Kerusi TelefonPenghawa Dingin



Balconi

Permandangan gunung dan tasik2 kerusi dan 1 meja

1 bilik untuk sidai bajuWifi dengan high speedKeluasan apartment 135 m2 / 1453 ft2Grill di pintu masuk aprtmentTempat letak kasut 
Lengkap kan? Complete dan terasa macam duduk di rumah dengan permandangan yang mendamaikan. So duduk dalam apartment pun dah terasa releks. Untuk versi video korang boleh tengok di The Haven All Suite Resort Ipoh by Eintan Nurfuzie. Tapi cik en nak kongsi dengan korang apa lagi yang korang boleh explore dan cuba di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. 
Kemudahan lain yang ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh
Ini antara yang sempat cik en explore dan cik en akan kongsi juga kemudahan lain yang cik en tak sempat nk explore okey? Manatau korang nak tahu keseluruhan kemudahan yang ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh. Masa dibuka dan lokasi nanti korang boleh tanya di bahagian reception. 

Junior PlayroomBilik ini sangat sesuai untuk anak anak pelbagai usia. Ada permainan, TV, bilik bacaan, bilik komputer, bilik permainan playground, dan ada seekor Guinea Pig yang mana anak anak boleh bermain
DinosaurDiletakkan seekor replika dinosaur dihadapan 1 bukit batu yang dipanggil Rockhaven untuk anak anak. Disini korang boleh menangkap gambar. Simbolik dinasour ini adalah Rockhaven telah wujud pada zaman dinasour lagi. 

Lake Viewing DeckDeck ini sangat sesuai kalau nak dijadikan tempat bergambar. deck jenis kayu ini kecil dan berada di tepi tasik. Sangat sesuai untuk private weeding. Ala ala English style. Tapi tak boleh ramai around dalam 50 orang. Boleh ditempah dengan The Haven All Suite Resort, Ipoh atau Love And Love
Meditation Deck/YogaDibahagian ini sangat tenang dan tak ramai orang. Jadi sesiapa yang sukakan Yoga boleh la buat aktiviti ini disini
Jogging Track Jogging track ini sepanjang 600 meter melalui tasik dan rimbunan pokok. Mendamaikan dan sangat menenangkan. Ini kalau round 10 kali tak terasa. Hahahahha

Amphitheatre by The LakeDisini adalah tempat paling sesuai untuk korang hayati view The Haven All Suite Resort, Ipoh. Disini nanti korang akan nampak 3 bangunan The Haven All Suite Resort, Ipoh mempunyai 3 warna car berbeza. Dibawah sekali bewarna kehijauan, dipertengahan bewarna kehijauan kebiruan dan tungkat atas akan nampak warna kebiruan. Ianya untuk memberi impak ketenangan antara bangunan dan persekitaran

Swimming PoolKeunikan swimming pool di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini adalah swimming pool dia yang besar dan berbentuk kuda laut. Ada 5 jenis kolam yang disediakan iaitu Jacuzzi, Leisure Pool, Lap Pool, Children Pool dan Wading Pool. Dibuka seawal 7 pagi sampai 10 malam. Kalau korang mandi malam, korang nampak view sendiri disebabkan swimming pool dibina dengan kaca jernih. 
Outdoor PlaygroundIni memang tempat kegemaran kanak kanak. Yang mana dah bosan di Junior Playground boleh ke sini dan semestinya semua enjoy. 
ClubhouseKorang kalau datang tempat yang ada clubhouse, please korang explore semua. Tapi cik en tak sempat nak explore semua disebabkan masa tak mencukupi. Clubhouse di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini menawarkan Gym Room, Table Tennis Room, Badminton Court, Squash Court, The Haven Spa dan Herbs Garden

Cuisines RestaurantCuisines Restaurant menyediakan makanan dan minuman yang bebas bahan perasa kerana konsep mereka yang nature. Jadi korang yang makan di restaurant ini jangan risau banyak pak aji sebabnya ianya menggunakan bahan semulajadi, bahan basah yang segar dan dibeli setiap hari. Bukannya sejuk beku. 


Outdoor ActivitySesiapa yang sukakan aktiviti outdoor, ada juga aktiviti untuk korang. The Haven All Suite Resort, Ipoh menyediakan Basketball Court, Tennis Court, Perkhdimatan sewa basikal, Archery dan The Havens Captivating Adventure. Sesiapa yang nak buat aktiviti bersama anak anak waktu malam, The Haven All Suite Resort, Ipoh juga menyediakan Camp Site dan boleh BBQ beserta tidur di khemah. 



Organic Farm
Disebabkan The Haven All Suite Resort, Ipoh menggunakan konsep nature, jadi pihak pengurusan menyediakan satu organic farm. Jadi anak anak yang tak pernah kenal sayuran sayuran asal boleh la melawat tempat ini.

Pendapat Jujur Cik EN Menginap di The Haven All Suite Resort, Ipoh
Cik en menginap di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini selama 3 hari 2 malam. Satu cik en nak cakap Awesome! Tapi tak cukup masa untuk cik en explore semua.

Bilik - Biliknya memang mewah dan lengkap ini memang buat korang tak perlu keluar. Lengkap dan mungkin korang takkan terasa masa berlalu. Privasi bersama keluarga takkan diganggu dengan bunyi bunyi bising ditambah suasananya yang tenang dan damai

Keselamatan - Selain daripada security guard, keselamatan disekitar swimming pool, sekitar track jogging sangat memuaskan.. Dengan norma baru, pihak The Haven All Suite Resort, Ipoh juga mengamalkan SOP yang terbaik untuk client mereka.

Tempat - Yang ini cik en rasa tak banyak resort yang boleh menyediakan tempat seperti The Haven All Suite Resort, Ipoh. Jauh dari hiruk pikuk kota, bunyi kenderaan, bunyi bising dan tempatnya sangat strategik. Tidak jauh dari Lebuhraya Utara Selatan


Makanan - Disebabkan covid, makanan disini dihidang dan tiada buffet, Cik en boleh pilih makanan apa dan pihak restaurant akan sediakan dan serve di meja. Makanan dia sedap walaupun tak menggunakan MSG atau perasa tambahan tapi tak cukuppppp.. ahahahha Sebab sedap sangat. Ada satu air yang korang patut cuba bila datang ke restaurant di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. Nature Drink eksklusif ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh sahaja.

Suasana - Sangat tenang dan kalau korang masuk The Haven All Suite Resort, Ipoh dengan fizikal dan mental negatif, korang akan keluar nanti dengan diri yang baru dan sangat POSITIF. Bercuti yang sangat berkualiti apabila memilih The Haven All Suite Resort, Ipoh sebagai pilihan.

Jika korang nak ketahui lebih banyak info dan harga mengenai bilik di The Haven All Suite Resort, Ipoh korang boleh layari web dan sosial media di bawah

Laman Web : https://www.thehavenresorts.com/Facebook : https://www.facebook.com/thehavenresorts/Instagram : https://www.instagram.com/thehavenresorts/Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCe43YAUZB_oc2u3W0CIjw7A


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurfuzie.com/2020/07/The-Haven-All-Suite-Resort-Ipoh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Tempat Percutian Menarik Di Bangkok

6 Tempat Percutian Menarik Di Bangkok

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 301 hits
Saya baru saja menerima maklum balas untuk 2 paper conference di Vietnam Alhamdulillah diterima walaupun masih perlu diperbaiki Sambil sambil tu mencari destinasi pelancongan di Vietnam tetapi tercari tempat menarik di Thailand pula Menyedi...
Terracotta All Over The House

Terracotta All Over The House

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 235 hits
The terracotta color is in our opinion an invitation to vacation and rest It is a color that we associate with a certain sweetness of life And on top of that it somehow represents nature The The post appeared first on
Nazri Aziz Kalau Kelam Kabut Sangat Kita Buatlah Pru15 Anytime We Are Ready Once For All

Nazri Aziz Kalau Kelam Kabut Sangat Kita Buatlah Pru15 Anytime We Are Ready Once For All

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 263 hits
Shahbbudin HussinSeteruk teruk Nazri dia tak setuju lompat parti Nazri mengajak semua MP berfikir macam mana nak halang perkara ini dari berlaku lagi yang membuatkan rakyat yang mengundi tidak berpuashati Nazri Aziz Kalau Kelam Kabut Sangat...
All Filming Requires Finas Licence Even For Personal Social Media Minister

All Filming Requires Finas Licence Even For Personal Social Media Minister

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 251 hits
All filming requires a licence from the National Film Development Corporation even for personal social media said Communications and Multimedia Minister Saifuddin Abdullah Asked about how this would affect people who use social media platfo...
Green Day Father Of All Arti Dan Terjemahan

Green Day Father Of All Arti Dan Terjemahan

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 301 hits
Terjemahan Lirik Lagu Green Day Father of All Lirik Terbaru dan Terpopuler Lagu Father of All sudah dilengkapi dengan Arti dan Terjemahannya dalam Bahasa Indonesia Lagu Father of All adalah satu single Rock yang dinyanyikan oleh Green Day L...
Yoursay New Bumi Prosperity Council Likely To Fail Like All Others

Yoursay New Bumi Prosperity Council Likely To Fail Like All Others

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 187 hits
YOURSAY How many of these schemes have actually benefited the people they were meant for ACR The starting point should be to analyse since 1969 how much money has been spent on the bumiputera agenda and what were the results in terms of the...
Moe Ready To Work With All Parties In Sabah Minister

Moe Ready To Work With All Parties In Sabah Minister

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 343 hits
The Ministry of Education is ready to work with all parties in Sabah if the matter involves school development Senior Minister Mohd Radzi Md Jidin said that for any matter that needs to be implemented including projects to upgrade dilapidat...
Cashless Payments At All Penang Markets By December

Cashless Payments At All Penang Markets By December

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 272 hits
Penang chief minister Chow Kon Yeow making an e payment at Bayan Baru market today GEORGE TOWN The Penang state government has launched a campaign to convert all public markets in the state to use cashless transactions by December Chief Min...
Australia Offers Safe Haven To 10 000 Hong Kongers

Australia Offers Safe Haven To 10 000 Hong Kongers

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 221 hits
Australia on Thursday offered protections for Hong Kongers living in the country in response to China s imposition of a tough national security law for the territory In steps certain to anger Beijing Prime Minister Scott Morrison said his g...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri